greeting

"Bissmillahi Rahmani Rahim"

Thursday, 15 November 2012

Salam Ma'al Hijrah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
syukur masih lagi dianugerahkan segala kenikmatan daripada Allah swt.

Alhamdulillah,
1433H telah pun berlalu,
kedatangan 1434H diharapkan memberi sinar baru dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran ini..
semakin hari berganti hari, zaman sudah berubah, dunia pula sudah semakin maju,
sudah tentu ujian, cabaran dan dugaan yang harus dihadapi saban hari juga semakin mencabar..
diharapkan diri ini tetap istiqamah dalam setiap perkara baik yang telah diusahakan..
semoga sinar baru ini memberi peluang dan ruang untuk mengubah segala keburukan dalam diri kepada perkara yang lebih baik dan bermanfaat..
insyaAllah...


semoga perjalanan hidup tahun ini lebih indah dan penuh barakah..
Salam Ma'al Hijrah 1434H kepada semua..


p/s:
hepi belated besday to my beloved mum...
101112
semoga hidup ma sentiasa dalam keredhaan Allah...
sayang ma sangat2..
insyaAllah nanti ada kelapangan balik kg, nak bagi hadiah kat ma..
(ore tau dah hadiah gapo nk bagi ko ma...)
love u mum....

yaAllah aku ingin sentiasa dekat denganMu..
berikan aku kekuatan dalam setiap ujian yang Engkau berikan padaku,
aku yakin aku adaMu disisiku selalu...

bersama-sama kita doakan saudara sesama islam kita di Palestin sana..

just a quick update...

wassalam...


Monday, 29 October 2012

Hayati Erti Pengorbanan, Salam AidilAdha...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sudah selamat kembali ke Kuala Lumpur walau berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang minggu lepas sehinga semalam..
bila ingatkan semula rasa macam berserabut memikirkan pelbagai masalah yang singgah di benak..
masalah kerja , masalah customer, masalah majikan, masalah personal, masalah kewangan,
masalah kesihatan, masalah keluarga, masalah kawan-kawan, masalah orang sekeliling, 
masalah rumah tangga (erkk melampau-lampau dah ni -sila abaikan yang tidak berkaitan..)
kesemua masalah tu Alhamdulillah, menjadikan saya lebih matang dalam menanganinya
(cehh poyo je ayat, sebenarnya tak seberapa pon)

memandangkan kita masih lagi dalam mood beraya,
so hayatilah sepenuh-penuhnya erti pengorbanan..
setiap orang pasti pernah berkorban, tak kira la dari segi apa sekalipon..
yang paling penting pengorbanan ibu bapa kita dalam membesarkan kita dan adik beradik...
sayangi dan hargailah mereka selagi mereka masih ada..

kepenatan pulang berhari raya dari KL ke Pasir Mas, Kelantan masih lagi terasa
perjalanan pulang dengan menaiki bus memakan masa selama 15jam..
jem yang boleh dimakan dengan roti pon sodap yang teramat..
bermula jam 10.30 pagi daripada stensen bus putra, KL pada hari khamis
berakhir di stesen bus pasir mas, Kelantan pada pukul 1.30 pagi hari jumaat..

tidak kurang hebatnya dengan kepenatan perjalanan pulang dari kampung ke KL semalam yang mengambil masa selama 20 jam dengan menaiki kereta..
kami bercadang untuk melalui lebuhraya pantai timur-lebuh raya karak ke KL bagi mengelak kesesakan yang teruk dengan melalui jalan gua musang-kuala lipis,
namun kita hanya mampu merancang, Allah yang selayaknya menentukan..
rupanya bukan kami sahaja yang merancang begitu, malah ramai lagi warga kelantan dan terengganu yang membuat perancangan yang sama,
oleh itu laluan lebuhraya pantai timur-lebuhraya karak telah dipenuhi dengan plat kereta bermula dengan W??? dan mengalami kesesakan yang tidak mampu untuk digambarkan..
bertolak pukul 10.30 pagi semalam dari umah, sampai KL pukul 6.30 pagi arini..
2 saat bergerak 20 minit berhenti... adeiii

itulah dinamakan pengorbanan..
pengorbanan untuk pulang ke kg halaman bertemu ibubapa dan sanak keluarga,
seterusnya pengorbanan kembali ke ibu kota untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warga kerja demi sesuap nasi..

alhamdulillah, bersyukur sangat dilahirkan dalam keluarga yang harmoni dan penuh kasih sayang..
biar tak kaya duit, tapi kaya kasih sayang..
sayang ma abah abe-abe kak n adik-adik sume..
terima kasih Allah..
semoga kasih sayang antara kami berkekalan hingga ke syurgaMu yang abadi...


mood: selsema + demam + sakit tekak + batuk + sakit kepala..
esok kembali kerja..
semoga Allah permudahkan segala urusan 

salam Aidil Adha 1433H

wassalam...

Sunday, 21 October 2012

JODOH


Assalamualaikum...



Sekadar perkongsian.
Pengisian malam Jumaat yang bermanfaat..jom ikuti diskusi ini.. (diskusi ini berlaku semasa 2 tahun lepas)
Diskusi ini diketuai oleh Kak Ain (pelajar tahun akhir Sains Makanan & merangkap sebagai naqibah), Kak Dayah (pelajar lepasan diploma &  sekarang tahun 2 Bahasa Inggeris), Kak Erma (pelajar lepasan diploma & sekarang tahun 2 Dakwah & Kepimpinan), Nazirah (pelajar tahun 2 Dakwah & Kepmpinan) & saya (pelajar tahun 2 yang biase-biase saje).. Topic kami adalah mengenai Beriman Kpd Qada’ &  Qadar…

Kak Ain : Apakah  yang adik-adik faham tentang Qada’ & Qadar??
Kak Dayah : Ketentuan, ketetapan….
Kak Erma : Takdir!!
Saya dan Nazirah masih berfikir tanpa menjawab persoalan Kak Ain. Setelah agak lama menanti jawapan dari kami, akhirnya Kak Ain sendiri yang menjawab pertanyaannya tadi.. Mungkin agak hampa dengan kami yang dari awal lagi kurang bersuara.. Namun sabar dengan gelagat kami yang merupakan antara paling muda dikalangan sume..

Kak Ain : Ye betol jawapan Dayah & Erma tu… Qada’ & Qadar adalah setiap sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah.. Takdir pula, ada takdir yang baik & ada takdir yang buruk. Takdir yang baik adalah takdir yang memberi kita manfaat, contohnya makanan. Manakala takdir yang buruk pula adalah takdir yang boleh memudaratkan kita… Dan kita semua kene ingat setiap ape yang Allah takdirkan pada kita pasti ada hikmahNya, tak kira lah takdir yang baik atau yang buruk.. Kadang-kadang kita selalu menyalahkan takdir bila kita tak dapat sesuatu yag kita nak, sedangkan kita tak tahu sebenarnya ada yang lebih baik yang Allah dah tentukan buat kita. Jadi sepatutnya kita kene banyak bersabar, bersyukur, berdoa & tawakkal dengan ape yang terjadi.. So ape contoh takdir-takdir yang buruk dan hikmah disebaliknya??
Panjang lebar Kak Ain menerangkan berkenaan takdir itu tadi...
Kak Ain memandang kami berempat untuk mendengar jawapan.. Kami masing-masing ligat berfikir mencari contoh yang sesuai setelah mendengar penjelasan yang panjang lebar dari Kak Ain tadi..

Kak Dayah : Erm contohnya, kita gagal dalam study.. Ia satu contoh takdir yang buruk la bagi kita.. Tapi sebenarnya Allah beri kita gagal sebab nak suruh kita lagi kuat dan berusha bersungguh-sungguh time study tu.. Kita juga kene banyak berdoa & tawakkal pada Allah.. Mungkin kalau Allah bagi kita berjaya dari sekarang kita akan bangga diri, cepat rase selesa dengan keadaan sekarang, & tak nak berusha sebab kita tahu yang kita akan dapat jugak kalau kita tak usaha pon, so that’s why Dia bagi kita gagal dulu sekarang..  Jadi, kene banyak bersyukur la dengan takdir yang Allah dah berikan & berusaha untuk ubahnya kepada yang lebih baik sem ni pulak..

Kak Ain & yang lain-lain mengangguk-angguk tanda setuju dengan pendapat Kak Dayah..

Kak Erma : Erm kalau saya ambik contoh pasal cinta boleh tak Kak Ain?? Rase jiwang la pulak..hehe
Kak Ain : Terpulang pada kamu..
Kak Erma : Ok memandangkan remaja sekarang suka bila disebut soal cinta-cinta ni.. So saya ada satu contoh la..hehe.. Contohnya kalau kita bercinta, pastu clash.. Sebenarnya kat sini, Allah nak tunjuk kat kita bahawa cinta yang tidak berlandaskan Allah tak akan kekal, jadi lebih baik bercinta la dengan Allah dari bercinta dengan hambaNya.. Dari sini kita dapat muhasabah balik diri kita ape yang kita buat before ni adalah salah & Allah sangat sayangkan kita dengan perpisahan ini, supaya kita lebih ingatkan Dia.. So sepatutnya kita lebih bersyukur la bila Allah putuskan kita dengan couple kita tu untuk kita kembali kepada cinta yang hakiki, iaitu cinta kepadaNya.. Subhanallah baiknya Allah.. Supaya kita menjadi hamba yang lebih baik dari sebelumnya..

Kak Ain tersenyum sendiri sambil mengangguk setuju.. Seterusnya  3 pasang mata memandang saya & Nazirah, kerana hanya kami tidak memberikan contoh lagi bagi persoalan Kak Ain. Kami pula saling berpandangan & sama-sama tersenyum.. Tetapi Nazirah lebih pantas bersuara mengatakan dia belum mendapat point untuk bersuara. Mahu tidak mahu saya la yang harus bersuara  kali ini. Walapon masih tidak punyai point yang kukuh, namun otak sentiasa ligat berfikir mencari hujah untuk menguatkan kata-kata saya selepas ini..

Saya : Erm saya juz sambung sikit lagi dari situasi Kak Erma la…hehe (pasal cinta lagi.. macam la aku pernah bercinta.. tapi takpe la coz aku tak tau nak cakap ape.. dari tadi otak macam beku sebenarnye..) Erm kadang-kadang orang putus cinta, or putus tunang ke, die selalu salahkan takdir..So ni dalam kategori takdir buruk la kan, sebab bukan ini yang kita nak sebenarnya dalam sesuatu perhubungan..(cehhh) Tapi sebenarnya disebalik takdir itu, mungkin Allah dah tetapkan die tak sesuai untuk kita.. Allah dah tentukan ada yang lagi baik & hebat dari die.. Mungkin kita akan lagi bahagia dengan orang lain.. Sesungguhnya Allah mengetahui ape yang tidak kita ketahui. So sepatutnya kita kene banyak-banyak bersyukur dengan petunjuk dari Allah ini.. kalau tak, mungkin kita dah tersalah pilih pasangan.. (eh btol ke ape aku ckap ni..entah-entah aku merepek je…)
Kak Ain: Erm sume contoh-contoh yang adik-adik bagi tu betol… Tapi satu contoh yang paling mudah Kak Ain nak bagi ialah Allah bagi kita rase lapar. Kalau tak lapar tak makan la kita.. so simple kan..
Kami semua mangangguk setuju.. (simple & tepat contoh Kak Ain, tak payah nak pikir jauh-jauh pasal cinta la, pape la..ish3.. Subhanallah hebatnya Allah, kita rase lapar pon satu takdir rupenye..)

Kak Dayah : Erm saya nak tanye, takdir tu kan ketentuan yang Allah dah tetapkan... Dari sekecil zarah pon Allah dah tetapkan segala-galanya ape yang terjadi kat kita ni… So ada tak tadir yang boleh kita ubah??
kak dayah bertanya sambil memandang ke arah yang lain, mohon penjelasan.
Kak Ain : Ada tak sape-sape yang nak tolong jawab soalan ni??

Nazirah : Yess.. Memang takdir boleh berubah mengikut ape yang kita ushakan & ape yang kita doakan dengan bersungguh-sungguh. Allah maha adil. Kalau kita buat baik mesti Allah bagi yang baik even Allah dah tetapkan yang buruk pada kita pada awalnya.. Dengan usha, doa & tawakkal, takdir tu boleh berubah.. Yang penting kene istiqomah jugak la, tak pernah kenal erti putus asa… Erm saya ada satu benda nak kongsikan dengan sume..  Ni mak saya yang bagi contoh & sampai sekarang saya boleh faham pasal konsep Qada’ & Qadar ni… Kalau kita hayati satu maksud dalam Al-Quran yang lebih kurang camni bunyinya, “wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik & lelaki yang baik untuk wanita yang baik juga, & begitulah sebaliknya.”  Ok, sebenarnya dah tertulis pon kat Loh Mahfuz sana yang jodoh seorang wanita ni dengan si polan bin si polan ni.. pada awalnya wanita ni jahil dalam agamanya, maka disebabkan Allah yang maha adil, begitu jugalah keadaanya dengan si polan tu.. tetapi setelah seberapa lama, si wanita ni sedar & insaf, maka telah kembali ke pangkal jalan (Alhamdulillah dengan hidayah Allah)…
so sekarang die dah jadi baik kan?? So, adakah jodohnya juga berubah kepada orang lain???
Jawapannya tidak.. Jodohnya tetap dengan si polan tu, tetapi yang berubahnya, keadaan si polan tu.. die pon dah jadi orang yang baik.. MasyaAllah hebatnya Allah mengatur hidup hambaNya… Adilnya Dia.. Jadi disini la kita sendri nilai diri kite, kat mana kita berada sekarang.. Jadi disitu lah juga kita dapat tahu kat mane diri pasangan kita berada sekarang… so begitulah konsep qada' & qadar sebenarnya boleh berubah mengikut usaha yang kita cuba dapatkannya.....
(Wahhh dalam diam die mengeluarkan point yang sangat kukuh… Patut la Kak Ain biar je bile die tak bersuara, coz dah tau kalau die bersuara pasti jawapannya betol, tepat, lengkap & padat..syabas Nazirah!! Saya suke dengan jawapan awak…hehe)

Erm orang selalu cakap kalau kita nak jodoh yang baik, kita kene la jadi baik dulu.. erm betol3, saya sangat setuju & sekarang makin yakin dengan adanye jawapan dari Nazirah tu.. Tapi secara jujurnya before ni, saya ingat jodoh tu berubah dari orang lain kepada orang lain, rupe-rupenye Allah jadikan juga pasangan kita  bertambah baik kalau kita pon bertambah baik… Adilnya Allah terhadap hamba-hambanya…

‘Ya Allah jadikan hambaMu ini seorang yg bersyukur & redha dengan setiap takdirMu, siapa jua jodohku aku yakin dia adalah yang terbaik yang Engkau telah tetapkan untukku.. Amin’


p/s: saya pernah post entry ni dulu kat yahoo emel blog, tapi sekarang no longer exist.. tetiba jumpa balik entry ni dalam document, so saya post sekali lagi kat sini pulak..

semoga ada sesuatu untuk dikongsikan bersama


wassalam

Sunday, 14 October 2012

Day 9

Assalamualaikum...

ya Allah lama betol tak update entry tuk 28 hari mencari cinta rasul ni..
dh setahun lebih agaknya...
itulah, update entry yang merepek meraban boleh, 
nak update entry yang islamik dan berguna untuk semua orang susah pulak..
ini lah manusia, 
selalu je leka & alpha..
(membebel untuk telinga yang paling dekat..)
YaAllah berilah aku taufik dan hidayah semoga aku sentiasa mengingatiMu..

bersesuaian dengan mood customers saya tuk last week, yang suka nak marah-marah..
sedangkan saya tak salah!! saya cuma menjalankan tugas sahaja..
maka oleh itu saya tujukan khas kepada semua customers saya dan bakal customers saya..
jangan marah-marah ye semua..
redha lah dengan apa yang berlaku itu..
terima lah hakikat, kalau barang tu rosak,
maknanya dah tak ada rezeki la tu..
belilah yang lain..
anda mampu untuk membuat pilihan yang lebih bijak..


kalau rasa nak marah tu, cepat-cepat ambik wudhuk,
baca quran dan buat solat sunat..
insyaAllah hati akan menjadi lebih tenang..

maafkan semua orang setiap hari sebelum melelapkan mata..
dan berdoa supaya orang lain turut memaafkan kita sebelum tidur mereka..


saya pon dah maafkan anda semua..
semoga ada sesuatu yang dapat dikongsikan..

wallahu'allam...

wassalam..

Sunday, 7 October 2012

Perasaan itu Satu Ujian...

Assalamualaikum..

minggu ni ada macam-macam rasa,
macam-macam perkara fikir dalam kepala..
yang penting, Allah selalu ada bersama kita..
Alhamdulillah.. terima kasih Allah..

bercakap secara general, semua orang pasti mengalami saat-saat mempunyai 
perasaan yang sukar untuk diungkapkan..
bak kata orang, buat kerja sume serba tak kena
makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah..
ada orang cakap perasaan macam tu adalah anugerah..
betul ke??
betol betol betol!
perasaan itu anugerah sekiranya kerana Allah..

ramai orang yang kononnya bercinta kerana Allah,
tapi ada jugak yang bercinta kerana Allah tu, putus ditengah jalan,
so kerana Allah ke tu?
mungkin ya, mungkin juga tidak..
bercinta kerana Allah itu, bukan sekadar dimulut, 
tapi dengan hati dan perbuatan sekali..
hanya Allah yang tahu kita bercinta tu berlandaskan cinta kerana Allah ataupun tidak..
yang paling afdal adalah perlahwinan,
cinta selepas kawen lebih barakah..
lebih terasa manisnya..

okay okay, terlebih emo pulak saya,
bukan saya nak citer pasal cinta after nikah pon..
ni citer lain..
citer yang tiba-tiba je boleh ada perasaan tu..

dah lama saya tak alami perasaan yang macam ni..
sebelum ni (semasa saya jahil tentang kehidupan), 
ada la jugak timbul perasaan ni,
dah timbul tu layan je la..
siapa tak nak rasa camtu?
...................
tapi hakikat yang perlu saya lalui adalah
hati tak tenang, rasa macam jiwa kacau pulak..
tapi perasaan tu tak lama
bayangnya berlalu dek masa dan jarak yang memisahkan..

masa yang berlalu, menjadikan saya semakin belajar mengenal kehidupan..
kehidupan yang 100% pergantungan kita bukan pada siapa-siapa,
tetapi hanya pada si Dia yang Maha Esa...

namun kini saya didatangi lagi dengan perasaan itu..
ya perasaan itu indah..
namun hakikatnya itu semua adalah ujian..
ujian sejauh mana kewarasan saya berfikir,
sejauh mana kebergantugan saya pada si Dia..

menangis mohon petunjuk,
Alhamdulillah,
saya masih punya Allah untuk mengadu,
ternyata perasaan yang hadir itu bukan anugerah untuk saya,
ia cuma bisikan syaitan untuk melekakan saya kepada Pencipta saya sahaja..
kini saya semakin tenang menghadapinya...
mohon ketenangan yang berpanjangan ya Allah...

............................................................
         Hadis nabi yang bermaksud: 
‘sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya, hingga kematian 
datang menjemputnya, maka dia adalah seorg yg syahid.’
- riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain.

  Dalam riwayat lain pula bermaksud: 
‘ sesiapa yg jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan 
bersabar hingga meniggal dunia, maka dia adalah seorg yg syahid.’


Ya Allah, andainya dia adalah jodoh yg ditetapkan olehMu kpdku, maka, campakkanlah ke dlm hatiku, cintanya adlh krn-Mu, dan campakkanlah ke dlm hatinya, cinta kpdku adlh krn-Mu.
Namun, andainya dia bukanlah jodoh yg ditetapkan oleh-Mu kpdku, berikanlah aku kekuatan agar pasrah dlm mengharungi ujian, yg Kau berikan kpdku….

Ya Allah sekiranya perasaan ini hanya bisikan syaitan yang
hadir semata-mata untuk melekakan aku terhadapMu,
maka Engkau jauhkanlah ia dari aku,
peliharalah aku untuk sentiasa tidak melupakanMu..

...........................................................................

kadang-kadang Allah hantar seseorang untuk menguji kita,
kadang-kadang Allah hilangkan seseorang untuk menguji kita,
kadang-kadang Allah beri kesakitan untuk menguji kita,
dan kadang-kadang Allah beri keselesaan juga untuk menguji kita..
-jangan mengeluh-
*copy daripada status kawan di FB*


perasaan itu adalah anugerah, malah ia juga satu ujian bagaimana untuk kita memelihara perasaan itu..

hope the points will share to others...
wassalam

Sunday, 30 September 2012

Kawan Saya Dah Kawen!!


Assalamualaikum..

Allahmdulillah, ada kelapangan masa untuk update blog..Daripada duk bercerita sorang-sorang baik bercerita dalam blog..hehe
Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini, saya nak bercerita sedikit berkenaan sorang kawan saya dah kaweeeen!! (sila baca dengan excited)

Ohh memang kami semua excited sangat bila dengar dia akan menamatkan zaman bujangnya.. tak sangka dalam kami-kami ni, dia yang sampai jodoh dulu. Dalam mind saya duk ingatkan housemate saya yang paling awal akan kawen pada awal tahun depan, rupanya tak!! Ada yang lagi awal. Antara kami berlima, yang lain duk hangat bercinta, tapi yang lain yang kawen dulu, mana tak terkejut.. diam-diam je, tup tup kami semua dapat kad undangan. Siap undangan special lagi, undangan akad nikah.

Kebetulan tempat majlis pon dalam area KL jugak, so kami tak lah keberatan nak menghadirinya. Ada dua orang yang kerja hari sabtu pon, kami paksa diorang ambik cuti. Sebenarnya kami semua dah lama tak jumpa, boleh dikatakan dalam 4 tahun la. Sejak abis matrik dulu. Itu pon salah satu sebab excited semacam. Kalau saya sendiri pulak, ini majlis perkahwinan yang kedua yang saya hadiri di kalangan kawan-kawan.  Yang lain bukan tak nak pergi, tapi banyak kekangan yang menghalang untuk ke majlis perkahwinan mereka. Tambahan, ini pula antara kawan rapat saya, jadi kalau boleh tak nak ketinggalan untuk meraikan bersama detik-detik bahagia mereka..

Before jauh bercerita, inilah kitaorang.. gambar zaman 4 tahun lepas.. sume muda mudi lagi..hehe

saje kecikkan gambar. 1st time expose gambar sendiri dalam blog..
Dalam kami berlima ini, agak-agak yang mana satu akan kawen dulu? Dan yang mana satu pengantin baru yang saya tengah bercerita ni??

Okay sambung balik cerita!

Sebelum ke majlis dia, saya dengan kawan saya ni (merangkap housemate saya sekarang-yang sebelah saya dalam gambar), kami stalker FB dia. Disebabkan kami tak sabar nak tengok siapalah bakal husband die, so dengan harapan kami dapat tengok dulu melalui FB dia. Namun nyata usaha kami gagal. Sebab dia budak baik-baik, alim pulak tu, mana ada letak gambar lelaki dalam FB. Kami check FB bakal husband die pon, tak ada letak gambar. So terpaksalah kami bersabar sehingga hari perkahwinan mereka. Majlis akad nikah dan perkahwinan akan diadakan di K-Club, Taman Melawati. Dengar nama pon, macam happening dan mewah je majlis diorang ni. Itu yang buat kitorang tak sabar-sabar je nak attend majlis tu.. Tak dinafikan yang dia ni dari keluarga yang agak berada tetapi hidup dalam penuh kesederhanaan. So tak mustahil kalau majlis nak happening bagai, lagipon dia anak sulung. Tapi saya tak boleh imagine lagi majlis yang bakal berlangsung tu macam mana. So tunggu je la, sehingga hari yang dinanti itu. (dah macam saya pulak yang nak kawin nya..)

di Hari kejadian:
Tempat yang kami cari, tidak lah sesusah mana, sesat sikit je. Kami sampai agak awal, bakal pengantin pon ngam-ngam baru je lepas bersiap dan bersolek. Nampak je kitorang sampai, berlari-lari anak dia mendapatkan kami. Owhh lama nya tak jumpa. Dia dah makin comel pulak.
Saya terpegun seketika. Baju akad nikah berwarna putih yang sangat simple, dengan solekan yang nipis dan simple. Cukup! Yang penting seri pengantin menampakkan dia cantik dalam persalinan serba putih akad nikahnya.

Kami masuk pula di dalam bilik khas bagi majlis akad nikah yang bakal berlangsung kurang sejam lagi. Hanya mini pelamin yang sangat-sangat simple berwarna putih & biru tersedia disitu. Memang sangat bersederhana. Tak perlu berlebih-lebihan, yang hadiri pon hanya saudara terdekat kedua-dua belah pihak.



ruangan berlangsungnya majlis akad nikah yang cukup simple dimple...

Alhamdulillah, akhirnya dengan sekali lafaz, dia sah menjadi isteri kepada seseorang yang kelihatan cukup simple dan pemalu. Biasalah dalam rumah tangga, kalau isteri dah banyak cakap, si suami kene banyak berdiam. Oppss..tak lah, kawan saya bukan banyak cakap sangat, die just happy go lucky je sepanjang masa..hehe.
Diorang berkawan sejak dibangku sekolah lagi, bermula dari darjah satu sehinggalah ke tingkatan lima. Tapi sejak bila cinta mereka mula berputik ataupun disebabkan pilihan keluarga, tidak dapat dipastikan. Yang penting itulah pilihan Allah yang terbaik buat mereka.

Selepas lafaz akad, dan ta’liq. Si suami tidak lupa untuk melakukan solat syukur terlebih dahulu. Owhh sejuk mata memandang, (eh laki orang tu!!) kemudian barulah upacara pembatalan air sembahyang, isteri sarung cincin kat suami. Kemudian…apa yang jadi???

Biasanya kita tengok si suami akan kucup dahi si isteri kan?? Tapi kali ini, si suami letakkan tangan kanannya sambil mulut terkumat kamit membaca doa. Alaaa yang macam Ustaz Don buat kat isteri dia tuuu. Cukup simple kan? Tak payah nak cium-cium depan semua orang untuk buktikan kasih sayang, yang penting perkara yang kita buat tu lebih mendapat keredhaan Allah.

kemudian, menganjak ke tengah hari pula, majlis makan beradap. Di dalam dewan yang tersegam indah, tiada pelamin mewah untuk persandingan seperti yang di’imagine’ sebelum ini. Hanya dewan dengan hiasan yang cukup simple. Dengan persalinan baju berwarna biru turquoise dan hitam, satu gandingan yang saya rasa cukup berani. Sebab jarang kita tengok orang kawin pakai warna hitam. Sepasang jubah yang cukup simple. Majlis yang juga simple dan penuh barakah. Tiada majlis persandingan bagai, cukup dengan kedua mempelai makan makanan pengantin dan kemudian upacara memotong kek.

Berakhirnya sebuah majlis yang cukup simple dan sederhana, namun penuh barakah. Tak perlu berhabisan, yang penting setiap perkara yang dilakukan itu mendapat keredhaan dari Allah.
Untungnya dia, bukan sahaja dilahirkan dalam keluarga memahami konsep islamik sebenar, tetapi kini mendapat pasangan yang sama fikrahnya. Selamat pengantin baru & selamat membina baitul muslim buat pasangan mempelai. Semoga pasangan Aisyah dan Hafiz berbahagia meniti alam rumah tangga yang baru dibina. Selamat bercinta hingga ke syurga. InsyaAllah bakal melahirkan zuriat yang soleh & solehah, sebagai khalifah ummah dimuka bumi Allah ini .

sama cantik, sama padan. yang paling penting sama fikrahnya..
alhamdulillah..

Mungkin entry saya kali ini, menimbulkan banyak spekulasi. Maka mohon maaf di atas kekilafan kata-kata yang mungkin mengguris hati. Namun, bukan tujuan saya untuk membandingkan dengan majlis perkahwinan kawan-kawan lain, saya cuma cukup kagum dengan majlis yang cukup sederhana ini. Saya pon kalau boleh nak majlis yang simple je, tapi saya tak pasti lagi, apa yang saya impikan itu, bakal terjadi atau pun tidak. Tiba-tiba jadi pembaziran ke dikemudian hari kelak? Saya sendiri pon tak tahu, tapi mintalah dijauhkan dari semua perkara yang tidak elok itu. 

p/s: selamat pengantin baru juga kepada pasangan 
Suhaylah (kawan baik kepada aisyah-pengantin kat atas tu) & Zahin (statistik ukm)
semoga kalian juga turut berbahagia hingga ke syurga yang abadi.
maaf tak dapat hadir majlis dipihak perempuan tempoh hari.

tahniah juga kepada kawan-kawan lain yang turut bakal meninggalkan zaman bujang ke alam rumah tangga,
mohon maaf sebab tidak dapat hadir di majlis persepsi kalian. hanya ucapan dan doa dari jauh yang mampu dipanjatkan
tidak lupa juga ucapan tahniah kepada kawan-kawan yang bergelar tunangan kepada seseorang..
<doakan juga jodoh owner blog cepat-cepat sampai..>

mode: saya pun rasa tak sabar nak kawen jugak!!!

"ya Allah, jadikanlah hambaMu ini menyintai orang yang beriman 
dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku"

wassalam...







Saturday, 22 September 2012

Kerja Oh Kerja


BOS: Kalau awak join kerja dengan saya, nak tak?
STAFF: Ermm, berapa En nak offer saya?
BOS: Saya offer awak lebih seringgit daripada gaji yang awak dapat sekarang..hehe
STAFF: Alaa, seringgit aje yang lebihnya??
BOS: Erm.. OK, kalau saya nak offer awak RM4000, awak rase awak boleh ke buat semua kerja dengan memenuhi kehendak saya?
STAFF: Secara jujurnya, dengan pengalaman yang tak seberapa yang saya ada sekarang, memang saya tak dapat nak buat mengikut kehendak En. Tapi saya pun tak mintak gaji RM4000 buat masa sekarang ini. Saya Cuma minta gaji yang adil dengan qualification yang saya ada. Itu sahaja.
BOS: Ok, memang tidak dinafikan, qualification merupakan perkara yang penting dalam sesebuah bidang pekerjaan, tetapi awak jangan lupa pengalaman merupakan satu lagi aspek penting yang perlu dititikberatkan bagi menjamin mutu kerja yang lebih baik dan ia menunjukkan setakat mana kemampuan yang ada dalam diri seseorang mengendalikan setiap urusan pekerjaannya.
STAFF: Memang pengalaman saya sekarang tidaklah seberapa, tetapi kalau bos yang tak bagi saya peluang untuk membuktikan kemampuan yang saya ada, maka saya rasa tidak salah kalau saya ingin mencari peluang di tempat lain yang mungkin lebih baik dari ini, betul tak?
BOS: Ya, memang tak salah. Tetapi sayang sangat sebab awak dah berada sebelah kaki di sini, awak Cuma perlukan sedikit masa dan usaha untuk memastikan sebelah lagi kaki awak turut berada di sini bagi mendapat jawatan yang lebih baik daripada sekarang. So, awak kene tunjukkan yang awak boleh pergi lebih jauh daripada apa yang awak buat sekarang. Awak ada banyak peluang kat sini yang awak boleh gunakan tetapi awak perlu mencari jalan bagaimana hendak menonjolkan diri awak, supaya awak menjadi lebih maju kelak.
STAFF: Masalahnya, saya memang tak Nampak apa-apa jalan pon sekarang ni, bagaimana cara hendak pergi lebih jauh di sini??
BOS: Itu lah sebabnya, awak kene pandai mencari peluang dan jalan macam mana awak hendak berjaya di sini??
STAFF: Macam mana, saya hendak mencari jalannya, kalau bos saya berada di atas, saya pula berada di bawah. Bos saya tak pernah datang jenguk saya atau memantau kerja-kerja yang saya buat. Dia tak pernah nak ambik tahu apa masalah yang saya hadapi sepanjang saya buat kerja ni dan bayak lagi la.. So macam mana saya nak dapatkan promotion daripada bos saya kalau cara saya bekerja tidak diperhatikan dan tidak dinilai oleh bos saya sendiri??
BOS: Erm.. Itu, saya tidak boleh cakap apa-apa lah. Itu masalah datang dari bos awak la. Kalau awak di bawah seliaan saya, saya tahulah bagaimana cara awak buat kerja semua tu..
STAFF: erm itulah masalahnya En…
BOS: So dalam kes awak ni, awak kene terima qada’ dan qadqr Allah, bahawa rezeki awak hanya setakat ini sahaja.
STAFF: Yup! Saya sedar, saya terima, dan saya bersyukur dengan apa yang saya ada dan perolehi sekarang…

KESIMPULANNYA:
>Gaji yang kita perolehi, adalah sesuai dengan level kemampuan kita.
>Terimalah qada’ dan qadar Allah seikhlasnya, kerna pasti ini satu ujian buat hambaNya dalam meniti kehidupan yang lebih mencabar kelak.
>Jadikan semua masalah itu sebagai motivasi dan pendorong untuk kita menjadi lebih kuat dan lebih baik daripada kedudukan kita sekarang.


Assalamualaikum..

lama betul tak update blog, daripada sebelum raya sampai dah habis sebulan beraya,
banyak sangat perkara dah jadi, hujung minggu pulak ada sahaja perkara nak dilakukan..
kadang-kadang rase macam tak cukup je weekend yang ada 2 hari untuk berehat..

perbualan di atas, bukan sekadar rekaan semata-mata, tetapi realiti yang agak sinis untuk
diterima, namun sebagai umat Islam, kita perlu tanganinya dengan sebaik mungkin
supaya menjadi insan  yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan.
sekadar perkongsian, banyak lagi cabaran dan ujian yang perlu dilakukan di alam
pekerjaan yang sebenar. realiti bekerja, tidak seindah mimpi syoknya bila dah bekerja..

mood: ikhlaskan hati dalam setiap perkara yang dilakukan..

notakaki: Tahniah buat exroomate matrik KMNS 07-08 siti aisyah & pasangan yang
selamat diijab kabulkan pada hari ini. semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke
syurga. ada sesuatu yang menarik mengenai perkahwinan mereka yang ingin saya
kongsikan. nantikan pada entry yang akan datang.. (cehhh macam ada je orang nak baca,
huhhh)

till we meet again..

bye..