greeting

"Bissmillahi Rahmani Rahim"

Sunday 24 June 2012

Experience is the Teachers of Life

Assalamualaikum..
Alhamdulillahi Rabbil A'lamin, syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat kita bertemu kembali pada entry kali ini.
<erkk.. dah macam teks ucapan time sekolah je..skema je ayatnya pon >

Experience is the Teachers of Life!!
itulah tajuk entry saya pada kali ini. <macam karangan bahasa melayu la pulak ni. dah-dah, cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini saja-eh macam pernah dengar la..hehe>

siapa setuju dengan tajuk entry saya kali ni, boleh cuba angkat telinga kanan senyap-senyap.
<sebab dah tau mesti ramai yang tak boleh nak buat, nanti kalau kecoh-kecoh segan pulak kalau orang tau kan??>oppsss banyak betul yang tak betul kali ni.. maaf owner blog ni agak sengal sikit sekarang..ish3

OK, BACK TO THE STORY!!!

Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pada hari ini, tidak kira samada baik mahupun buruk, suka mahupun duka, manis mahupun pahit, merupakan satu kenangan dan pengalaman dalam kehidupan kita. Pengalaman itulah yang bakal mematangkan pemikiran kita dan membuatkan kita lebih yakin dan bersedia untuk menempuhi hari-hari yang bakal mendatang. Sekurang-kurangnya pengalaman akan mengajar kita bagaimana untuk mengurus dan membuat keputusan yang lebih baik sekiranya perkara yang sama berulang lagi pada masa akan datang.

"If u never try, then u will never know!"

Kalau setakat mendengar cerita dan pengalaman daripada orang lain, mungkin kita sudah boleh mendapat gambaran idea, namun ianya menjadi lebih bermakna lagi sekiranya kita boleh mengalami dan merasai sendiri apa yang cuba disampaikan daripada penceritaan tersebut.

Pengalaman semasa di zaman belajar sememangnya sangat jauh berbeza dengan pengalaman di zaman bekerja. Tahun ini merupakan tahun pertama saya mula melangkah ke alam pekerjaan. Mulanya rasa tidak sabar-sabar, tetapi hakikatnya masih banyak yang perlu dipelajari, dikuasai dan didalami.

Selain bertukar kepada beberapa suasana yang baru, saya juga bertukar dan berkenalan dengan rakan baru hampir setiap hari. Setiap yang saya jumpai pasti ada sesuatu yang cukup membuatkan saya impress sendiri terhadap pengalaman mereka terutamanya dari segi pengalaman kerja mereka.

Sebelum ini saya pernah bercerita tentang pengalaman-pengalaman kerja bos dan trainer saya yang mengujakan saya sebagai budak mentah yang baru ingin menapak dan berjinak-jinak dalam dunia pekerjaan. Tetapi kali ini saya nak bercerita mengenai dua orang kawan baru saya yang masing-masing punyai pengalaman kerja yang mengujakan saya.

Fuhhh letih jugak buat ayat-ayat dan tulisan-tulisan skema ni..
Tarik nafas dulu sebelum cerita...

OK, baru-baru ini saya baru mendapat 2 orang rakan sekerja baru bagi menggantikan 2 orang yang lama yang baru sahaja berhenti kerja. So before diorang ni masuk, saya memang sorang-sorang duduk dekat row saya tu, sebab kiri kanan dan belakang saya semuanya kosong, tak ada orang. sunyi sangat-sangat. rasa macam orang penting dalam company tu pula sebab buat keje fokus je, diam je sebab tak ada orang yang nak di ajak bersembang semasa time keje..

Sekarang dah dapat dua orang baru, mula-mula excited jugak la sebab lepas ni tak ada la sunyi sangat. sekurang-kurangnya akan rasa tak busy sangat sebab sudah ada orang yang boleh diajak berbual semasa kerje (bukan mengumpat tau!!). Sekali, yang masuk dua orang tu dua-duanya lelaki.
DOWN kejap!! adoii musnah harapan. nasib badan la.. nampaknya keje jadi orang busy jugak la lepas ni...adoii..mula-mula berlagak sombong la konon. tak tegur pon diorang ni. dah la dua-dua botak. sorang indian guy and yang sorang lagi pula muka macam orang cina. Hari pertama tak bercakap pon dengan diorang. berlagak busy la konon, mentang-mentang kita lah satu-satunya yang handle projek tu..jual mahal la konon. haha.

Keesokkan harinya, mula lah sesi kenal-mengenal antara satu sama lain. (bukan kenal hati budi ye!!). Macam biasa la, tak kan perempuan nak mula dula kan?? mestilah si lelaki yang mula dulu. YES berjaya!! so kenal nama, tempat tinggal, asal, umur sume la dengan yang duk sebelah ni.. muka je macam cina, orang melayu rupanya, orang Tganu pulak tu. tak pasai-pasai diajaknya cakap Ganu pulak.. adoii, baru nak berlagak orang Key El..(Hakikatnya Klate tetap di hati, Gomo Klate Gomo!!!)

so sesi bersembang sebelum mula bekerja berakhir dulu sampai di situ.. kemudian sesi bersembang semasa bekerja bersambung lagi kepada element seterusnya iaitu kenapa behenti keje kat tempat lama. bersembang pula pasal sambung-sambung belajar bagai.. dan berakhir juga untuk seketika.
ermm siapa kata lelaki tak kuat bersembang??? elok je kami bersembang time keje pulak tu.. hakikatnya lelaki ke perempuan ke dua-dua memang kuat bersembang. tapi kami bersembang perkara-perkara yang berguna sahaja.

OK Pause kejap pasal sembang yang tu.. nak lari topik kejap, nak masuk pasal sambung blaja.
baru-baru ni juga, saya baru je bersembang dengan housemate saya pasal sambung blaja ni.. (SEMBANG lagi?? memang saya dilahirkan untuk bersembang ke apa ni??? musykil kejap, sejak bila jadi orang kuat sembang ni??)

kami sembang-sembang mengenai niat dihati yang masih berbaki sebenarnya untuk sambung blaja.. hajat di hati nak buat part time la sambung blaja ni.
sekarang ni saya ada 3 pilihan untuk sambung blaja.. saya pun masih terfikir-fikir lagi nak sambung Master bagi kesinambungan degree yang sedia ada ATAUPUN buat 2nd degree dalam bidang yang tiba-tiba saya rasa minat untuk mendalaminya... tapi nak sambung degree dalam bidang ni kene ada 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. maka disebabkan itu timbul lah pilihan yang ketiga iaitu buat diploma dalam bidang yang baru ini. erm, sound insteresting kan?? So time ni dah buat perkiraan dan target la, nanti umur 28 tahun, at least dapat buat keputusan antara 3 pilihan yang ada ni.. wahhh punyalah panjang jangka masanya..
haha nak buat macam mana, itu sahaja yang termampu fikir buat masa sekarang ni, sekurang-kurangnya kene ada duit simpanan sendiri untuk sambung blaja nanti. tak kan nak buat pinjaman lagi, yang sedia ada ni pon tak terbayar lagi, nak mintak nga mak ayah lagi la buang tebiat...

pastu tiba-tiba boleh pula jumpa nga kawan baru si Heiri ni yang tengah wat part time diploma kat UITM. wah tiba-tiba rasa membuak-buak nak sambung diploma jugak..tapi persoalannya 'mampukah nak blaja dari awal semula dalam bidang yang baru??' ermm masih dalam pertimbangan...hehe

OK Play semula. kembali ke pangkal jalan cerita yang sebenar.
seterusnya kami bersembang lagi keesokkan harinya berkenaan pengalaman kerja diorang pula. 
(lunch time, bukan time keje ye!!)
WOW cukup impressive!! before ni dia keje kat Digi, pastu the lastest is EON. Now baru join kat sini di atas sebab-sebab tertentu. yang wat saya impress nya, kenapa tak cari dalam bidang lain?? kata budak IT, kenapa nak terus dan terus cari bidang yang sama cuma company yang berlainan??

itu baru sekali wow.. belum lagi cerita pasal si indian guy ni pulak.
sedang asyik kami bersembang, tiba-tiba si Shawn ni pula datang nak join skali kami bersembang.maybe nampak macam best kot. hehe
so dia pula di'temuduga' oleh 'interviewer' yang tak bertauliah ni..
kalau dekat Heiri saya bagi Wow, dekat Shawn ni saya boleh bagi dia WOW WOW WOW. (pelik pula dengarnya kalau banyak-banyak kali sangat)
Tiba-tiba je dah tak pandang si Heiri tu, terpegun kejap mendengar pengalaman keje si Shawn ni pulak.
mana tidak nya. dah 10 tahun pengalaman keje dalam bidang ni. macam-macam company dah dia rasa.
dekat Shell, Microsoft, Singapore Airlines, Maxis, and Digi. Fuhh... kalau nak cerita satu-satu tak abis sejam kot..
tiba-tiba rasa kecilnya saya..(dah memang kecik tak besar mana pon)
bila diorang tanya pasal pengalaman saya, rasa segan pula nak cerita. baru nak masuk 5 bulan dalam bidang ni. hahaha rasa nak tergelak sorang-sorang pon ada kalau compare nga diorang.

walaupun dirang ni dah ada pengalaman masing-masing dalam bidang berkaitan, tetapi diorang tetap fokus dan komited dengan keje diorang. minggu pertama diorang adalah minggu training bagi diorang. kat sini pon saya dah boleh nampak begitu bersungguh-sungguh dan semangat diorang ni belajar benda baru. tak macam zaman saya training dulu, kami sume nampak main-main je.. (patut la tak pass)
pendek cerita boleh dikatakan diorang ni, memang sangat tak berlagak even dah banyak experience dalam bidang ni, malah sedia menerima segala ilmu-ilmu baru dan kemudiannya akan diolah dan diasimilasikan dengan pengalaman sedia ada. macam best je nak jadi macam diorang.

saya berkesempatan bertanya kepada Shawn soalan yang menjadi teka teki dalam diri saya sepanjang bekerja dalam bidang ini.
"u tak ada plan nak keje selain bidang ni ke??"
-tak ada!!
"masa u mula-mula join bidang ni dulu pon, u memang tak ada rasa macam nak tukar keje lain jugak ke??"
-tak ada!!
"u memang minat keje macam ni ke??"
-yup

fuhhh... so, no wonder la dia ada 10 tahun pengalaman dalam bidang ni. saya yang baru beberapa bulan ni dah rasa macam-macam dah. macam-macam alasan boleh bagi kalau tanya.
sebabnya minat saya bukan di sini!! however i will miss all the memory in this field.. 
especially bila ada insan-insan yang berjaya buat saya sentap dan mengalirkan air mata.. 
itulah pengalaman paling berharga saya di bidang ini, yang pasti tak akan dapat di bidang yang lain..

kontrak saya bakal tamat hujung bulan ini. saya yakin company akan sambung kontrak ni. tapi saya sendiri masih berteka teki. nak sambung ke?? ataupun nak cari kerja lain?? memang sampai ke hari ini masih ada rasa tak kena dengan jiwa, tapi biasanya apa yang kita tak nak lah yang akan datang dekat dengan kita. so saya serahkan rezeki saya pada Allah. saya hanya perlu buat yang terbaik, selebihnya serahkan saja kepada pemilik diri saya, yang maha berkuasa, Allah swt.


note: pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. so tak perlu takut untuk kita rasai dan hadapi apa jua perkara baru dalam hidup kita kerna ianya bakal menjadikan kita berpengalaman dalam perkara itu, justeru menjadikan kita lebih tenang menghadapi perkara yang sama di kemudian hari..
'Pengalaman mengajar kita erti kehidupan yang lebih bermakna'




mode: nak ada kete sendiri, bila tengok ramai rakan sebaya yang mula memiliki kete, tambah-tambah roomate baru beli kete baru arini. saga flx warna merah..


till we meet again...

wassalam..










Saturday 9 June 2012

kenapa?mengapa?bagaimana?siapa?dimana?

assalamualaikum...

menghadapi minggu yang agak memenatkan...
letih, sedih, resah, syukur, semua perasaan pon ada..
entry kali ini, nak meluahkan perasaan...
perasaan yang sebenarnya dah lama terpendam, tetapi baru terasa nak meluahkan memandang sedang mengalami isu hampir sama seperti sebelum ini...
kalau rasa taknak baca sampai abis, tak payah baca..
sebab ini hanya luahan hati kecil yang biasa-biasa saja..

kadang-kadang terfikir, susah sebenarnya jadi orang baik ni..
eh silap, orang baik mane mengaku die baik kan??
so kita tukar la kepada 'orang jahat' ye..
so saya ni 'budak jahat', OK!!
saya tak cakap saya baik, saya cakap saya 'jahat'....hehe

tak tahu sejak bila mulanya, saya seolah-olah telah dilahirkan tidak suka membantah..
apa-apa sahaja yang orang sekeliling saya buat, pasti saya ikut...
tak kira la dengan kawan-kawan ke, dengan adik beradik or dengan sapa-sape je..

kalau sape-sape tanya saya, mesti saya cakap..
"aku ikut je!"
"ntah, ak ikot ko je la"
"erm boleh la"
kalau orang ajak pegi mane-mane pulak, mesti saya cakap..
"mana-mana je pon boleh"
kalau diorang ajak teman diorang..
"erm.. boleh la.."
senang kan??
tak payah nak fikir...

YES!!!!!!!!!! THAT'S ME....

saya  bukan tak ada jawapan yang lebih baik dari itu,
tapi saya rasa rendah diri sangat-sangat bila berada dikalangan orang sekeliling saya..
so saya rasa lebih baik saya menurut perintah dari membantah..
apatah lagi, rasa ilmu dan pengetahuan saya tidaklah seberapa, takut jika bersuara bakal ditolak jugak nanti..
so saya mengambil langkah 'play save' dengan memberi jawapan-jawapan sebegitu..

disebabkan attitude saya yang macam tu, orang pon dah tak kisah pasal saya..
sebab kalau diorang tanye pon, diorang dah tahu apa jawapan saya..
so better tak payah tanye, buat abis air liur je.. betol tak???

tahukah anda, dikala saya berkata sebegitu, saya juga seolah-olah memakan hati saya sendiri..
dengan mengikut sahaja apa yang tidak memberi kegembiraan untuk diri kita sendiri..
kadang-kadang terasa ada orang mengambil kesempatan di atas 'kejahatan' kita tu...
tapi alhamdulillah, Allah tu Maha Adil, diberi saya rasa kesabaran yang agak tinggi menempuhi orang-orang disekeliling saya..
biasanya, apa je diorang buat.. saya sabar je..
kalau tak dapat nak sabar pon, nanti dah sampai bilik, berleter sorang-sorang dalam bilik..
bukan ada orang nampak pon, kalau ada orang nampak ye la, diorang akan cakap saya gila..
tapi setakat ni OK lagi la, tak ada yang cakap macam tu..

tapi percaya la wahai kawan-kawan sekalian,
bila saya memberi jawapan sebegitu.. (mulut cakap lain, dalam hati cakap lain),
sehingga akhirnya saya menurut sahaja tanpa bantahan..
buat pertama kalinya saya akan rasa macam tak suka..
tapi siapa sangka tidak lama lepas itu,
saya dapat rasa yang itu adalah pilihan yang terbaik..(mulut cakap sama macam dalam hati cakap)
tiba-tiba je boleh tukar jadi suka dengan pilihan yang orang lain buat tu..
even teruk sangat sekali pon saya boleh suka je..itu maknanya saya tak berkira dengan diorang ni..
tak berkira sangat dengan apa pilihan yang diorang buat before ni.

keadaan macam ini, telah membawa saya bertingkah laku yang sama sehingga saat ini..
beberapa hari lepas saya telah membuat pilihan yang tidak tepat sekali lagi dengan hanya mengikut sahaja pilihan yang dibuat oleh orang lain tanpa sedikit bantahan pon...
sedangkan saya sedar pilihan yang dibuatnya, bukanlah pilihan yang tepat..
tetapi sungguh saya seperti hilang kekuatan untuk mengatakan yang pilihan itu sama sekali tidak tepat..
saya seolah-olah redha dengan membiarkan orang lain menentukan 'konon'nya itulah yang terbaik, sedangkan saya sedar pilihan yang lain sepatutnya lebih tepat...

dengan pilihan yang boleh dikatakan 'paksa rela jadi ikhlas' tu, saya telah mendapat teguran yang berunsurkan leteran panjang oleh kakak saya..
teguran yang sangat pedih dihati, tetapi terkesan dek minda..

"kenapa lah boleh jadi 'lurus bendul' macam sudip tu" ayat ni saya tak kisah sangat pon, sebab dah biasa dalam family digelar macam ni..

"kata budak math, benda macam tu pon tak boleh nak fikir mana lagi better??" ermm ayat ni ada bunyi macam kasar sikit la.. sentap kot!!

tak cukup dengan itu,  dapat pula leteran panjang oleh bonda tersayang...
walaupon bonda tak marah saya sangat, malah ada back-up saya lagi..
tapi bonda saya marah kakak saya..
itu yang buat saya sedih tu..kesian dia, bukan salah dia pon.. dia tak patut dipersalahkan, sebab dia tak tahu menahu langsung.. malah kakak saya dah cuba bagi pandangan before ni..
'saya salah! memang saya mengaku saya salah! salah sebab tak buat pilihan dengan tepat!
salah sebab biarkan je orang lain yang buat pilihan tu tanpa bantahan sedangkan saya ada hak untuk membantah dan ada hak untuk bersuarakan pendapat saya sendiri..'
bila dah libat pasal family mula la touching, emosional bagai sampai mata merah bengkak dan hidung berair tak nak berhenti....

lantas membuatkan saya berfikir panjang yang perkara sebegini tidak boleh dibiarkan terus berlaku berterusan.. tak salah untuk jadi 'orang jahat' dengan mendengar pendapat orang lain, tapi perlu berani untuk melontarkan pandangan kita sendiri.. lebih baik berbincang cara berhikmah sebelum membuat keputusan, atau membiarkan sahaja orang lain membuat keputusan untuk diri kita sendiri,  apatah lagi sekiranya keputusan yang diambil tu boleh melibatkan serta menjejaskan banyak pihak..

jadi dengan itu, saya sudah belajar dengan kesilapan saya sendiri...
kesilapan dalam menentukan pilihan yang lebih tepat...
kesilapan dalam mematangkan diri menempuhi alam kehidupan..

so lepas ini saya bukan lagi semudah jawapan...

"aku ikut je!"
"ntah, aku ikot ko je la"
"erm boleh la"

tetapi sekiranya saya masih memberikan jawapan sebegitu..
sesiapa sahaja boleh 'marah' saya sebab saya memberi jawapan 'play save' tu lagi..

Alhamdulillah..
siapa sangka keputusan yang dibuat tu sesungguhnya tidak dapat menandingi keputusan yang Allah tentukan.. syukur alhamdulillah, keputusan yang dibuat itu telah mendapat jalan penyelesaian yang lebih baik.. sungguh saya belajar dari kesilapan itu.. dan sungguh Allah itu Maha Bijaksana dalam menentukan segalanya..

hanya celoteh dan luahan kecil-kecilan yang terkesan di hati...

p/s: sedih dan menangis itu perlu, sebab sewaktu kita gembira, kadang-kadang kita leka dan alpha untuk mengingati yang Maha Berkuasa.. oleh itu, Dia datangkan kesedihan supaya kita tidak lupa untuk mengingatiNya..sentiasa dekat denganNya..syukur, Alhamdulillah kerana Allah masih sayangkan kita..
Alhamdulillah...

notasebelahkaki: maaf,  saya tidak bermaksud untuk menyalahkan mana-mana pihak lain yang terlibat mahupun individu-individu lain yang terlibat.. malah saya menganggapnya adalah satu kecuaian saya dalam membuat pilihan yang lebih tepat.. sorry kepada yang terasa...
jom kita berubah untuk sama-sama mendengar pendapat antara satu sama lain...
supaya pilihan yang optimum dapat dicapai serta dapat memenuhi hati semua pihak..


wassalam..






Friday 1 June 2012

EXCITED TAPI SEDIH!!



Alhamdulillah.. 
syukur dipanjatkan pada ilahi.. 
Sedar tak sedar dah masuk 2 bulan saya berada di FSC Samsung, PJ..
Mengikut jadual asalnya, saya dihantar oleh company  untuk training kat sini selama seminggu..
Tapi memandangkan beberapa masalah teknikal yang memerlukan persetujuan daripada HQ di Singapore memakan masa yang agak lama untuk diselesaikan, saya terpaksa untuk terus berada di Samsung sehingga semua masalah dapat diselesaikan. Bunyi macam senangkan?? Ye la just nk mintak permission je pon, bukannya ape sangat kan?? Tapi mereka-mereka yang bertanggungjawab wat permohonan tu, siap kene ada peguam bagai.. so memang makan masa la kan bila dah kene upah peguam bagai..
Mane tak nya sumenya under secrecy and confidential..(betol ke??)

Mula-mula dapat tau kene stay kat PJ, rase macam tak best sangat..
Kat sini, xde kawan, xde tempat nak makan, susah nak datang n balik keje, guna telefon avaya yang ada ganggang, tempat terbuka, tempat solat susah, majority pekerja-pekerja kat situ berbangsa cina, dan macam-macam lagi perkara lain yang tak best boleh disenaraikan…
Itu belum senaraikan lagi rase tersisih and macam anak tiri duk situ..
Mane tak nya, orang lain pakai tag colourful kite ni pakai tag colour biru yang dah nak luntur je, siap tulis 'visitor ' lagi..fuhhh 
Nampak sangat kite ni bukan staff sebenar Samsung..huk3
Orang lain boleh dapat baju and mug Samsung, kite?? Memang tak dapat la!!
Orang lain guna emel Samsung, kite?? Guna emel yahoo sendiri je!! Huk3
Boleh dikatakan tiap-tiap hari merungut..
Selalu wat comparison dengan kat VADS..
Kalau kat vads, ramai kawan, nak cari tempat makan pon senang, nak pegi and balik keje pon tau caranya, even jauh, sebabnya sume dah biasa..

Tapi itu time mula-mula kene stay kat situ la.. hampir sebulan juga nak sesuaikan diri nga persekitaran kat situ..
Sedar tak sedar, mula rasa best keje kat situ… dalam hati rasa macam tak payah tukar ke vads pon xpe, lagi senang.. kat sini, mula kenal nga kawan-kawan.. even diorg cina, tapi sume baik-baik..
Tambah-tambah nga amoi yang duk sebelah..  sangat baik and friendly.. 
Kalau ada masalah tanya je, mesti die explain sampai habis…best dapat kawan camni..
Kadang-kadang sembang, gossip sume pon boleh..

Even kat situ susah nak cari tempat makan, tapi saya boleh je survive, bawak bekal hari-hari.. (bekal kakak yang masakkan..haha tq sis!)..kalau tak bawak bekal dari umah pon, beli nasi lemak time datang keje awal-awal tu..
Pastu makan kat pantry. Memang sunyi sebab makan sorang2 je, tapi lama-lama dah boleh terima nga keadaan macam tu…
Lagi jimat duit and masa..huhu

Pasal susah nak datang keje lak, lama-lama rupanya lagi senang dari nak g ke vads..mula-mula je xnak explore..lepas dh tau sume alternatif yang ada, baru rase.. 'wahhh senang je nk datang sini..'
dekat pulak tu nga umah, jimat masa and duit....dah xde masalah pon..
Pagi-pagi kuar rumah pegi stesen komuter. Naik komuter dari pantai dalam sampai seri setia. Pastu cross the bridge jalan sikit, tunggu bus kat sungei way then turun terus kat Samsung.. senang kan??
Cuma kene jalan banyak ckit la, yang penting tmbang lagi murah…
sambil-sambil leh excercise skali kan?? (klu xcakap camtu, nk cakap camne lagi kan??)
9ti kalau pegi vads kene naik komuter sampai KL Sentral pastu naik bus jgak pegi TTDI. Memang xpayah jalan jauh, tapi lagi mahal coz lagi jauh, pastu nk kene kuar umah pon kene lagi awal la..

Kalau kat Samsung ni, memang duk tempat terbuka, tapi saya duduk dikalangan technical support team samsung.. memang sume orang pon ada high respect la kat diorg kat situ.. mana taknya, sume pangkat engineer kot… kalau dah ke vads nanti, of course saya akan berada dikalangan rakan sekerja yang wat 
kerje hampir sama nga saya.. 
Kalau kat Samsung ni, saya keje independent, xde orang yang pantau.. xpayah nak punch card or swap tag card bagai, saya nak datang pukul berapa, nak balik pukul berapa pon xde orang nak kisah… janji keje siap, and tiap-tiap hari send report kat manager..
Nanti Kalau kat vad pulak, dah xde makna sume tu.. manager hari-hari tengok and pantau kot..
Erkkk, yang paling macam tak best, nanti sume keje saya direcord..
memang kene wat keje perfect, ikut skrip and xleh la nak main tipu-tipu lagi
siap-siap boleh dapat warning and maybe dibuang keje la kalau wat keje xperfect macam yang die nak…

bos yang kat Samsung nga kat vads pon dah nmpak style diorang lain-lain, 
kalau kat Samsung, leh gila-gila, kuar makan sama-sama bagai..
kalau bos vads tak tau la camne nanti..
yang penting, aritu bos kat Samsung dah bagi complement kat bos yang kat Samsung..
saya rase xde apa sangat pon yang saya wat, tapi die dah bagi complement, so Alhamdulillah, syukur!!

Sekarang ni hari tuk berpindah ke tempat asal saya dah pon hampir tiba.. rasa macam sedih sangat nak tinggalkan tempat ni..sedih nak tinggalkan kawan-kawan yang kat sini yang dah mula nak rapat..
Aritu, sembang kejap nga aunty cleaner kt sini, tiba-tiba die cakap..
“nanti saya sedih la..”
“kenapa aunty nak sedih??”
“ sebab nanti dah tak dapat jumpe awak lagi..”
Ouchhh!! rase macam, waaa mak cik cleaner pon dah sayang saya..hehe
Tak sedar pulak saya dah jadi rapat nga mak cik cleaner berbangsa india tu sejak keje kat sini..
Hari-hari sembang nga die…
“alaa, xpe kat sini ada ramai lagi pekerje lain.. yang kat dalam call centre sume tu, kan… kalau ad masa, saya datang sini lagi ye…”
Terharu la pulak rase, bila mak cik ni cakap camtu kat saya…huhu

 nanti kat vads, belum tentu dapat sume ni…dapat mak cik cleaner yang baik and dapat kawan yang baik camni.. mesti nak kene ambik masa tuk sesuaikan diri kat sane pulak.. even saya datang dari vads, tapi saya dah xsama project lagi nga kawan-kawan yang saya kenal kat vads before ni.. so of course lepas ni my colleagues pon orang lain…Cuma waktu lunch je la boleh jumpe nga kawan-kawan saya before ni kot.. tu pon kalau  time rehat diorang sama nga saya…huhu
Memang rase excited nak ke vads semula, tapi takut pon ada.. rase macam baru nak mula keje kat tempat baru je..because environment and people around totally will be change…


Macam mane la agaknya nanti bila dah berpindah ke vads.. hopefully every things will be okay and much better than before..
So, just wait for this June, I will be at plaza vads…welcome to VADS!!! And goodbye plaza Samsung!!
I’m pretty sure that I will be miss all the moments at Samsung, and of course my friends here..
Nicole, Yennie, tham, usha, chee, and aidil..i will miss to hear shouting from handsome Korean boss  and the cute Korean boss… the hensem Chinese man and the cute malay guy..also akak pregnant yang comel tu..


p/s: happy anniversary to my beloved sister and her husband..this almost 6 years already.. hope for your love till to heaven..
selamat bertunang buat cik D...., one of my close friend during matrix merangkap housemate sekarang..
semoga ke jinjang pelamin next year...

till we meet again!!


Wassalam…