greeting

"Bissmillahi Rahmani Rahim"

Sunday 22 September 2013

Allahuakhbar...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..
di atas nikmat iman dan islam,
nikmat kesihatan dan kelapangan masa,
masih lagi bernafas dan menghirup udara yang Allah berikan secara percuma tidak pernah putus-putus,

kalau kita perhatikan disekeliling kita pun, kita dah boleh menzahirkan syukur,
Alhamdulillah...
dengan kejadian disekeliling kita pun dah terbukti hebatnya kuasa Tuhan yang tiada bandingannya..
Allahuakhbar..
jelas lagi nyata yang keindahan ciptaanNya itu tiada tandingan..
subhanallah..

last week, saya balik kampung..
for my 1st time,
to meet my new niece..
the 2nd princess of my sister..
alhamdulillah dia diberikan kesihatan yang baik walaupun dia dilahirkan tidak cukup bulan seperti mana yang telah diceritakan dalam entry sebelum ini..
dan saya tak sangka that she was too small..


here she is.. saya perkenalkan baby baru dalam keluarga kami, Qisya Nur Ieman bt Mohd Azahar,
(habit dia memang suka tido dengan gaya yang macam ni, cute je..)
just imagine, bantal sebelah dia tu sama panjang dan lebarnya dengan bantal yang dia tidur..
so boleh bayang la berapa je panjang dia from her head to her toe..
lebar jari kaki dia juz sebesar saiz 2 jari saya yang tak berapa nak besar ni..
cuba fikir, kalau fizikalnya sekecil ini, bagaimana pula dengan organ dalamannya..
besar mana je jantung dia, hatinya..
dan yang paling kagum urat sarafnya..
Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!
semakin difikir, semakin lahir rasa kagum dan hebatnya pada Allah yang satu...


nak pegang pon takut, because she was too small..
semua pun lembik dan lemut je.. 
nak pakaikan sarung tangan pun kene berhati-hati takut kalau kasar-kasar, terpatah jari comel tu..
heeee geram kot...

memandangnya mengingatkan saya,
betapa hebatnya Allah menciptakan seseorang manusia di dunia ini..
dari sebesar-besarnya orang sehingga ke sekecil-kecil bayi..
menyedarkan diri ini kerdil yang amat sangat dengan sang pencipta yang maha dari segala aspek..
apa lagi yang kita tunggu, untuk melihat kehebatan dan kekuasaan Allah?
semuanya sudah ada didepan mata..
cuma terpulang pada kita untuk terus berfikir hebatnya Dia, lalu terus menyembahNya,
taat perintah dan laranganNya, atau terus hanyut dalam kehidupan dunia yang melalaikan lagi menyesatkan..
buka hati, buka minda...
tepuk dada, tanyalah iman...
dimana kita sekarang?
mungkin hebatnya kita sekarang di atas nikmat dariNya,
mungkin juga jatuhnya kita sekarang kerana kasihnya Dia pada kita,
kerana setiap ujian itu adalah tandanya Allah sayangkan kita..
maka bersyukurlah....

semoga saya dan kita semua menjadi hambanya yang sentiasa mengingatinya dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberiNya dalam hidup kita..
jom bersujud kepadaNya,

semoga setiap amalan wajib semuanya diterimaNya,
dan insyaAllah istiqamah dalam amalan-amalan sunat yang lain,
solat sunat hajat, tahajjud, dhuha,
bacaan Kalam Allah konsisten sehelai sehari dan surah Al-waqi'ah,
mudah-mudahan surah al-mulk juga ingin dijadikan amalan setiap malam..
bacaan ma'thurat disebelah pagi dan petang setiap hari,
puasa sunat isnin dan khamis,
insyaAllah, ya Allah jadikan aku terus istiqamah dalam melakukannya keranaMu..

Allahuakhbar, Alhamdulillah, Subhanallah, Astaghfirullah...
wassalam..




Sunday 8 September 2013

Pot Luck at Office

Assalamualaikum...

Alhadulillah, Syawal baru sahaja berlalu..
semoga kita berkesempatan bertemu dengan Ramadhan dan Syawal yang akan datang..

baru-baru ni jugak kami ada buat pot luck kat office..
nak kata sempena hari raya tak sangat, tapi lebih kepada suka-suka dan untuk mengeratka lagi ukhwah..
secara peribadi agak pelik bila sesuatu event tu diuruskan oleh lelaki.. tapi its goes so well..
memandangkan team kami ni mostly lelaki..
oppss sebenarnya bukan team saya, saya hanya ditumpangkan bersama team diorang,
tapi alhamdulillah mereka menerima saya seperti ahli dalam team diorang..
kami just ada 4 orang perempuan termasuk saya, selebihnya 8 orang lelaki termasuk seorang TL dan TM..
OM tak masuk sebab dia tiada pada waktu kejadian..

pengalaman sebelum ini, terutamanya semasa time sekolah..
memang susah nak berurusan dengan kaum lelaki sebab diorang ni tak sporting..
selalunya tak nak join kalau kami organize event apa-apa..
tapi untuk group saya kali ini,
sangat ketaranya sebab mereka semua sangat sporting..
mungkin diorang sudah matang, <ya mungkin>..
atau mungkin mereka perlu berdikari sebab dalam team ini, golongan perempuan menjadi golongan yang minoriti sahaja.. <mungkin juga>..

diorang yang plan, decide, discuss n organize..
kitaorang just follow..
since group kami pon tak seberapa, so kemeriahan tu pon tak seberapa..
tapi apa yang mengagumkan,
bila masing-masing bawa makanan event diorang ni lelaki..
ada yang bawak nasi tomato,
ada yang bawa dominos pizza,
dan ada yang bawa chocolate indulgance from secret resepi..
nampak yang diorang ni tak berkira pon dari segi wang ringgit..
terima kasih banyak-banyak
susah nak mencari team yang supportive macam ni..
rasa beruntung bersama diorang..
even sebelum ini saya tak pernah sembang pon dengan diorang,
just kenal nama je, but now kami dah kenal dan mereka terima budak menumpang macam saya as diorang punye member..
thanks a lot..

alhamadulillah.. 
for the 1st time.. saya try masak nasi himpit dengan satay goreng..
menjadi cuma terlebih garam sikit...
still boleh improve in future,
ramai yang cakap dah boleh mula cari calon la..
dah tak lama nak kawen la, sebab masak makanan yang terlebih garam ni sinonim dengan ungkapan 'dah tak lama nak kawen la tu'..
tergelak je dengar..
apa-apa pon saya terima komen tu dengan hati yang terbuka untuk memperbaik lagi skill memasak saya dimasa akan datang..
cehhh..

semoga ukhwah yang terjalin ini berkekalan dan bertambah erat..
insyaAllah jumpa lagi di next event..


wassalam..






Sunday 1 September 2013

Thank You Allah..

 
Assalamualaikum..
 
Alhamdulillah..
kita baru sahaja menyambut hari kemerdekaan yang ke-56.
thank you Allah kerana telah menganugerahkan kita sebuah Negara yang aman sentosa..
kalau hendak dibandingkan dengan Negara-Negara lain, Alhamdulillah kita masih di dalam kategori Negara yang selamat untuk didiami..
semoga keharmonian yang dikecapi ini akan berkekalan hingga ke akhirnya..
dalam kita panjatkan kesyukuran ini,
selitkan jua sepatah doa buat saudara-saudara sesame islam kita di Negara-Negara yang sedang bergolak seperti Mesir, Syiria, Palestin, Somalia dan walau di mana sahaja mereka berada..
mudah-mudahan dengan doa kita yang tak seberapa ini, dapat menjadikan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita mililki dan seterusnya dapat medekatkan diri kepada Allah..
sungguh dikala kita sedang menjamu selera dan bergembira, mereka sedang bertempur lalu syahid dan syurga janji Allah buat mereka sedangkan kita...
tepuk dada Tanya iman..
Alhamdulillah, terima kasih Allah...
 
 
Alhamdulillah,
lebih kurang seminggu yang lalu, kakak saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan..
setelah lebih kurang 6minggu ditahan di wad,
dengan masih lagi berbaki hamper 3 minggu dengan tarikh yang sepatutnya dia akan dibedah,
Allah telah memberi dia peluang untuk pulang ke rumah lebih awal dari yang sepatutnya..
tiba-tiba dia bleeding, dan terpaksa dibedah dikala kandungannya mencecah 35minggu 5 hari..
agak panic bila tiba-tiba dapat call dari abang ipar yang kakak dah berada di bilik bedah..
memandangkan kami tiada siapa-siapa lagi di sini, memang saya waris terdekat yang dihubungi..
sepatutnya ma saya akan dating menemaninya semasa bersalin dan dalam perancangan akan kemari dalam awal bulan September..
so belum tiba masanya my mum sampai sini, anak dia dah bersalin..
 kita hanya merancang, namun perancangan Allah jauh lebih baik..
Alhamdulillah kedua-dua ibu dan bayi selamat, walaupun baby mengalami masalah nafas yang kurang stable pada mulanya..
Alhamdulillah.. terima kasih Allah..
kami menerima orang baru dalam keadaan belum bersedia secukupnya..
 
Alhamdulillah satu kejayaan besar buat diri sendiri juga, yang mana
Berjaya drive sendiri ke HKL time kakak saya nak bersalin tu..
memang saya ni penakut sikit, tapi Allah beri kekuatan tu untuk drive di jalan kat KL yang time tu masa orang tengah balik kerja..
walaupun tidak lah mencabar sangat, tapi Alhamdulillah, syukur dengan kejayaan ini memandangkan saya jarang-jarang drive sendiri..
 
then Alhamdulillah, 2 hari selepas itu
ma dan abah dating KL..
sekalil lagi kejayaan buat diri sendiri bila dapat sambut ketibaan parents dengan menyediakan nasi lemak for our breakfast...
honestly, this is my first time..
before ni, selalu tolong-tolong je..
Alhamdulillah ma dan abah suka!!
**sebenarnya dalam hati nak dengar ma cakap.. 'dah boleh kawen dah anak aku ni'**
tapi hampa sebab 'green light' tak dapat pon lagi..
biasanya semua bab-bab memasak ni,
serah je pada kakak saya, coz dia 'master' masak-memasak dalam family kitaorang,
even ma saya pon ada belajar dari dia sesetengah resepi yang tak tahu..
so no wonder la sebelum ni saya tak ada chance nak masak bagi parents makan,
sebab ada yang lagi terer..
but for this time, saya kene berdikari sendiri..
tak kan nak suruh ma masak pulak?
dia baru je sampai, dah la dating rumah kita pulak tu...
haisyyyhhh..
Alhamdulillah, thank you Allah sebab semuanya menjadi dan berjalan dengan lancer.
 
dan sarah dah dapat adik..
she seems excited but a bit jealous at the same time..
sampai tilam baby pon dia nak share skali...
first time jumpe ummie dia kat hospital, dia tak nak cakap dengan ummie dia..
tapi saya pasti dia sangat rindukan ummienya..
 
now baby dah balik kampong, my sis pun dah berpantang kat kampong..
dan saya sedar, hidup saya sunyi tanpa my sis dan sarah di sini..
hujung minggu lagi lah bosan, sampai tak tahu nak buat apa..
insyaAllah dalam 2 bulan lagi they will be here as usual..
 
selamat datang, ahlan wasahlan
ke dalam keluarga kami..
keluarga pok soh dan che dah..
semoga menjadi anak yang beriman dan solehah kelak
insyaAllah...

our new family member..


Alhamdulillah, terima kasih Allah
diatas segala kurniaan dan kenikmatan yang Engkau berikan kepada kami..
jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan apa yang kami kecapi sehingga kini.. dan jangan sekali-kali jadikan kami hamba yang tidak bersyukur dan lali akan tanggungjawab kami terhadapMu..
 
 wassalam...
 
 
 
 
 

Cousin's Wedding..

 
Assalamualaikum..
 
 
Alhamdulillah.. Lepas satu, satu wedding..
wedding kawan la, wedding jiran la, wedding sedara la..
tapi saya tidak berkesempatan nak hadirkan diri,
walaubagaimanapun saya sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian semua,
selamat mengemudi rumah tangga masing-masing..

time raya pun ramai dah duk bertanya 'bila nak kawen?'
'dah ada calon ke??' 'orang mana???'
dalam hati, terdetik juga..
orang Penang ke? atau orang Johor? atau orang KL? atau orang Klate juga?
oppss sound fishy je kat situ...
haishh susah betol nak menjawab soalan-soalan macam tu, then now I know the feeling...
a bit stress with that kind of questions..
 
tapi jodoh tu kan rahsia Allah,
so Dia lebih tahu bila masanya akan tiba dan dengan siapakah gerangan orangnya..
berdebar-debar pulak rasa nak tahu siapa orangnya..
mungkin masa itu belum tiba sebab saya sendiri pun masih belum bersedia..
tanggungjawab sebagai seorang anak buat kedua ibubapa pun kadang-kadang terlepas pandang,
masih banyak yang belum dilakukan dengan sempurna bagi membalas jasa mereka..
mungkin sebab itu, Allah tangguhkan dahulu saat itu,
cuma bila dengar atau tengok orang-orang disekeliling atau orang-orang yang kita kenal mula melangkah setapak membina keluarga sendiri,
hati mana yang tak teringin??
bukan untuk melunaskan nafsu semata-mata, tetapi bagi menyempurnakan iman, ingin membina baitul muslim.. insyaAllah..
so sementara ada masa ni, jom persiapkan diri..
bukan ingin menjadi yang sempurna, tetapi menjadi sebaik mungkin,
supaya yang menjadi pasangan kita itu juga adalah pelengkap hidup kita yang terbaik buat kita..
Amin... amin.. amin...
 
baru-baru ini, semasa hari raya keempat,
satu lagi majlis perkahwinan keluarga telah berlangsung..
sepupu saya sebelah abah, berumur 23 tahun..
saje nak mention umur sebab dia lagi muda dari saya..
time dengar dari abah saya, yang dia bakal berKAWEN, saya menjerit bagaikan tidak percaya..
'meroyan' bab kata orang KL..
sebabnya, sedikit perasaan tercabar menular dihati..
tetapi masih lagi waras..hehe
 
 
so lets check it out the pics of the bride's...
 
with sarah and si pengantin, anis
sarah the one who's excited to take pic with the bride..
well sarah selalu berangan nak jadi pengantin.. hehe
baju sama merah macam mak ngah..
such a simple wedding, but happening..

Apa-apa pon tahniah buat Anis dan pasangan,
The bride looks so happy with the wedding even though both of them just met each other..
Can see from her eyes that she starts to fall in love with her own husband,
Someone that was halal for her..
Tentunya cinta selepas nikah itu lebih baik dan manis..
Sebab, baru mula bercinta pon dah tak berdosa kalau nak berpegangan tangan bagai..
Kan sweet begitu.. haisshh ni yang makin cemburu ni….

pada hari yang sama juga, ada kenduri saudara yang jauh sikit tapi sebelah ma,
 kami saling kenal sebab time kecik-kecik selalu juga main bersama sebab kami pun sebaya..
tapi apakan daya, tidak berkesempatan nak ke majlis beliau sebab saya agak rushing perlu pulang ke KL semula setelah beberapa hari pulang untuk berhari raya..
esoknya dah mula kerja..
walaubagaimanapun, selamat pengantin baru buat Khairul a.k.a Eyo dan pasangan..
semoga berbahagia dan bercinta hingga ke jannah.. insyaAllah..

dan beberapa undangan yang tidak dapat dipenuhi sejak selepas hari raya,
-          hasanah dan pasangan (perak)
-          sayyid dan pasangan (Terengganu)
dua-dua ni classmate time sekolah menengah dari form 1 until form 3, and until form 5 with sayyid
-          asma dan pasangan (terengganu)
coursemate zaman university..
 
maaf kawan-kawan sebab tidak dapat menghadirkan diri di atas kekangan tertentu,
namun saya doakan yang terbaik buat kebahagian bersama pasangan masing-masing.
Rasa tak percaya pulak bila meniti umur-umur sekarang ni, ramai yang mula bertukar status..
so who's next?

and untuk next coming ceremony especially for this September pulak..

- kak min (senior time sekolah menengah)
- che aiza (schoolmate sekolah menengah)
-mira halim (classmate time form 1 until form 3)

xsure lagi dapat attend or tak, tapi terasa banyak sangat aktiviti tuk bulan ni..
kalau tak dapat attend pon, insyaAllah doa dari kejauhan..
 selamat pengantin baru semuanya...


goodbye..

wassalam...