Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
kita baru sahaja menyambut hari kemerdekaan yang ke-56.
thank you Allah kerana telah menganugerahkan kita sebuah Negara yang aman sentosa..
kalau hendak dibandingkan dengan Negara-Negara lain, Alhamdulillah kita masih di dalam kategori Negara yang selamat untuk didiami..
semoga keharmonian yang dikecapi ini akan berkekalan hingga ke akhirnya..
dalam kita panjatkan kesyukuran ini,
selitkan jua sepatah doa buat saudara-saudara sesame islam kita di Negara-Negara yang sedang bergolak seperti Mesir, Syiria, Palestin, Somalia dan walau di mana sahaja mereka berada..
mudah-mudahan dengan doa kita yang tak seberapa ini, dapat menjadikan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita mililki dan seterusnya dapat medekatkan diri kepada Allah..
sungguh dikala kita sedang menjamu selera dan bergembira, mereka sedang bertempur lalu syahid dan syurga janji Allah buat mereka sedangkan kita...
tepuk dada Tanya iman..
Alhamdulillah, terima kasih Allah...
Alhamdulillah,
lebih kurang seminggu yang lalu, kakak saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan..
setelah lebih kurang 6minggu ditahan di wad,
dengan masih lagi berbaki hamper 3 minggu dengan tarikh yang sepatutnya dia akan dibedah,
Allah telah memberi dia peluang untuk pulang ke rumah lebih awal dari yang sepatutnya..
tiba-tiba dia bleeding, dan terpaksa dibedah dikala kandungannya mencecah 35minggu 5 hari..
agak panic bila tiba-tiba dapat call dari abang ipar yang kakak dah berada di bilik bedah..
memandangkan kami tiada siapa-siapa lagi di sini, memang saya waris terdekat yang dihubungi..
sepatutnya ma saya akan dating menemaninya semasa bersalin dan dalam perancangan akan kemari dalam awal bulan September..
so belum tiba masanya my mum sampai sini, anak dia dah bersalin..
kita hanya merancang, namun perancangan Allah jauh lebih baik..
Alhamdulillah kedua-dua ibu dan bayi selamat, walaupun baby mengalami masalah nafas yang kurang stable pada mulanya..
Alhamdulillah.. terima kasih Allah..
kami menerima orang baru dalam keadaan belum bersedia secukupnya..
Alhamdulillah satu kejayaan besar buat diri sendiri juga, yang mana
Berjaya drive sendiri ke HKL time kakak saya nak bersalin tu..
memang saya ni penakut sikit, tapi Allah beri kekuatan tu untuk drive di jalan kat KL yang time tu masa orang tengah balik kerja..
walaupun tidak lah mencabar sangat, tapi Alhamdulillah, syukur dengan kejayaan ini memandangkan saya jarang-jarang drive sendiri..
then Alhamdulillah, 2 hari selepas itu
ma dan abah dating KL..
sekalil lagi kejayaan buat diri sendiri bila dapat sambut ketibaan parents dengan menyediakan nasi lemak for our breakfast...
honestly, this is my first time..
before ni, selalu tolong-tolong je..
Alhamdulillah ma dan abah suka!!
**sebenarnya dalam hati nak dengar ma cakap.. 'dah boleh kawen dah anak aku ni'**
tapi hampa sebab 'green light' tak dapat pon lagi..
biasanya semua bab-bab memasak ni,
serah je pada kakak saya, coz dia 'master' masak-memasak dalam family kitaorang,
even ma saya pon ada belajar dari dia sesetengah resepi yang tak tahu..
so no wonder la sebelum ni saya tak ada chance nak masak bagi parents makan,
sebab ada yang lagi terer..
but for this time, saya kene berdikari sendiri..
tak kan nak suruh ma masak pulak?
dia baru je sampai, dah la dating rumah kita pulak tu...
haisyyyhhh..
Alhamdulillah, thank you Allah sebab semuanya menjadi dan berjalan dengan lancer.
dan sarah dah dapat adik..
she seems excited but a bit jealous at the same time..
sampai tilam baby pon dia nak share skali...
first time jumpe ummie dia kat hospital, dia tak nak cakap dengan ummie dia..
tapi saya pasti dia sangat rindukan ummienya..
now baby dah balik kampong, my sis pun dah berpantang kat kampong..
dan saya sedar, hidup saya sunyi tanpa my sis dan sarah di sini..
hujung minggu lagi lah bosan, sampai tak tahu nak buat apa..
insyaAllah dalam 2 bulan lagi they will be here as usual..
selamat datang, ahlan wasahlan
ke dalam keluarga kami..
keluarga pok soh dan che dah..
semoga menjadi anak yang beriman dan solehah kelak
insyaAllah...
our new family member..
Alhamdulillah, terima kasih Allah
diatas segala kurniaan dan kenikmatan yang Engkau berikan kepada kami..
jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan apa yang kami kecapi sehingga kini.. dan jangan sekali-kali jadikan kami hamba yang tidak bersyukur dan lali akan tanggungjawab kami terhadapMu..
wassalam...
http://sleepyhead1998.blogspot.co.id/ >> jangan lupa kunjung dan follow blognya si tipul ini 8-) thanks very much
ReplyDelete