greeting

"Bissmillahi Rahmani Rahim"

Sunday 1 September 2013

Cousin's Wedding..

 
Assalamualaikum..
 
 
Alhamdulillah.. Lepas satu, satu wedding..
wedding kawan la, wedding jiran la, wedding sedara la..
tapi saya tidak berkesempatan nak hadirkan diri,
walaubagaimanapun saya sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian semua,
selamat mengemudi rumah tangga masing-masing..

time raya pun ramai dah duk bertanya 'bila nak kawen?'
'dah ada calon ke??' 'orang mana???'
dalam hati, terdetik juga..
orang Penang ke? atau orang Johor? atau orang KL? atau orang Klate juga?
oppss sound fishy je kat situ...
haishh susah betol nak menjawab soalan-soalan macam tu, then now I know the feeling...
a bit stress with that kind of questions..
 
tapi jodoh tu kan rahsia Allah,
so Dia lebih tahu bila masanya akan tiba dan dengan siapakah gerangan orangnya..
berdebar-debar pulak rasa nak tahu siapa orangnya..
mungkin masa itu belum tiba sebab saya sendiri pun masih belum bersedia..
tanggungjawab sebagai seorang anak buat kedua ibubapa pun kadang-kadang terlepas pandang,
masih banyak yang belum dilakukan dengan sempurna bagi membalas jasa mereka..
mungkin sebab itu, Allah tangguhkan dahulu saat itu,
cuma bila dengar atau tengok orang-orang disekeliling atau orang-orang yang kita kenal mula melangkah setapak membina keluarga sendiri,
hati mana yang tak teringin??
bukan untuk melunaskan nafsu semata-mata, tetapi bagi menyempurnakan iman, ingin membina baitul muslim.. insyaAllah..
so sementara ada masa ni, jom persiapkan diri..
bukan ingin menjadi yang sempurna, tetapi menjadi sebaik mungkin,
supaya yang menjadi pasangan kita itu juga adalah pelengkap hidup kita yang terbaik buat kita..
Amin... amin.. amin...
 
baru-baru ini, semasa hari raya keempat,
satu lagi majlis perkahwinan keluarga telah berlangsung..
sepupu saya sebelah abah, berumur 23 tahun..
saje nak mention umur sebab dia lagi muda dari saya..
time dengar dari abah saya, yang dia bakal berKAWEN, saya menjerit bagaikan tidak percaya..
'meroyan' bab kata orang KL..
sebabnya, sedikit perasaan tercabar menular dihati..
tetapi masih lagi waras..hehe
 
 
so lets check it out the pics of the bride's...
 
with sarah and si pengantin, anis
sarah the one who's excited to take pic with the bride..
well sarah selalu berangan nak jadi pengantin.. hehe
baju sama merah macam mak ngah..
such a simple wedding, but happening..

Apa-apa pon tahniah buat Anis dan pasangan,
The bride looks so happy with the wedding even though both of them just met each other..
Can see from her eyes that she starts to fall in love with her own husband,
Someone that was halal for her..
Tentunya cinta selepas nikah itu lebih baik dan manis..
Sebab, baru mula bercinta pon dah tak berdosa kalau nak berpegangan tangan bagai..
Kan sweet begitu.. haisshh ni yang makin cemburu ni….

pada hari yang sama juga, ada kenduri saudara yang jauh sikit tapi sebelah ma,
 kami saling kenal sebab time kecik-kecik selalu juga main bersama sebab kami pun sebaya..
tapi apakan daya, tidak berkesempatan nak ke majlis beliau sebab saya agak rushing perlu pulang ke KL semula setelah beberapa hari pulang untuk berhari raya..
esoknya dah mula kerja..
walaubagaimanapun, selamat pengantin baru buat Khairul a.k.a Eyo dan pasangan..
semoga berbahagia dan bercinta hingga ke jannah.. insyaAllah..

dan beberapa undangan yang tidak dapat dipenuhi sejak selepas hari raya,
-          hasanah dan pasangan (perak)
-          sayyid dan pasangan (Terengganu)
dua-dua ni classmate time sekolah menengah dari form 1 until form 3, and until form 5 with sayyid
-          asma dan pasangan (terengganu)
coursemate zaman university..
 
maaf kawan-kawan sebab tidak dapat menghadirkan diri di atas kekangan tertentu,
namun saya doakan yang terbaik buat kebahagian bersama pasangan masing-masing.
Rasa tak percaya pulak bila meniti umur-umur sekarang ni, ramai yang mula bertukar status..
so who's next?

and untuk next coming ceremony especially for this September pulak..

- kak min (senior time sekolah menengah)
- che aiza (schoolmate sekolah menengah)
-mira halim (classmate time form 1 until form 3)

xsure lagi dapat attend or tak, tapi terasa banyak sangat aktiviti tuk bulan ni..
kalau tak dapat attend pon, insyaAllah doa dari kejauhan..
 selamat pengantin baru semuanya...


goodbye..

wassalam...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment