greeting

"Bissmillahi Rahmani Rahim"

Saturday, 6 September 2014

Permulaan Yang Mencabar

Assalamualaikum..


Entah untuk ke berapa kali, keluhan demi keluhan didengari. Sekarang kusedar, sukarnya mencari rezeki demi sesuap nasi. Terbayang wajah abah dan ma di kampung, membanting tulang demi menampung keperluan keluarga. MasyaAllah.. Semestinya dugaan mereka jauh lebih berat. Walaupun dugaan dan cabarannya nampak berbeza, namun itulah lumrah kehidupan, setiap pekerjaan pasti ada cabarannya.

Bercerita tentang pekerjaan, semestinya ramai mendambakan menjadi seorang yang berjawatan tinggi dan bergaji besar. Apatah lagi jika pelajar lulusan ijazah, gaji pokoknya sahaja sudah mencecah RM2200 ke atas. Namun pengalaman saya cukup berbeza. Mungkin memang sudah tercatat rezeki saya begitu.

Saya bukanlah dari keluarga yang berada, selepas tamant pengajian matlamat utama saya adalah mencari pekerjaan. Saya perlu mencari duit sendiri daripada terus mengharapkan duit hasil dari ibu bapa. Ternyata mencari pekerjaan di pada waktu itu bukanlah sesenang yang diimpikan. Terkadang kecewa sendiri, mencari di manakah silapnya. Resume kah? Temudugakah? Keputusan yang tidak memberansangkan kah? Atau mungkin juga jurusan yang saya ambil ini kurang peluang pekerjaannya? Terkadang ianya seakan buntu memikirkan selepas graduasi masih menjadi penganggur terhormat. 

Lebih kurang 2 bulan tanam anggur di kampung, saya menerima satu panggilan telefon yang menawarkan untuk mengikuti program 'My Career My Future'. Program ini menjanjikan setiap pesertanya akan mendapat pekerjaan yang diidami setelah tamat program nanti. Pada mulanya saya agak kurang yakin, tetapi mendapat sokongan ahli kelurga memandangkan saya tidak bermajikan pada masa itu. Maka saya bersetuju mengikuti program tersebut selama sebulan setengah.

Sejurus tamat program 'My Career My Future', satu karnival kerjaya khas buat peserta program diadakan. namu sungguh saya hampa kerana janji pekerjaan 'idaman' itu sekadar janji semata. Namu saya akur, menjalani temuduga seperti biasa walaupun bukan dengan kerelaan hati. Mana tidaknya, peluang kerja agak banyak tetapi di bidang 'call center' sahaja.
Saya bernasib baik, dalam banyak-banyak yang saya hadiri temuduga tersebut, akhirnya sebuah syarikat menawarkan pekerjaan kepada saya. Ada dua kesimpulannya yang dapat dibuat di sini, yang pertama saya bukanlah seorang yang layak untuk berada dibidang ini dan yang keduanya inilah rezeki saya. Memandangkan saya tidak mempunyai banyak pilihan, maka saya menerima tawaran ini dengan berat hati dengan alasan: Yang pertama ini bukanlah pekerjaan yang saya minati. Yang kedua, gaji yang ditawarkan bukanlah gaji sepatutnya buat seorang kelulusan ijazah. Yang Ketiga, saya bakal berdepan dengan masalah kenderaan sedangkan waktu kerja adalah 'shift'.  Yang keempat, saya tidak mahir berbahasa Inggeris dengan baik. Walau berat hati, namun saya akur demi mencari rezeki. Saya yakin Allah pasti telah merencanakan sesuatu yang lebih baik buat masa depan saya.

sumber: google

Saya mula mengikuti 'Training' di VADS Berhad pada hujung Januari 2012 sebagai seorang 'agent call center' atau dalam bahasa kampung sebagai 'operator telefon'. Sungguh saya sebenarnya malu dengan pekerjaan ini dikala rakan-rakan lain, sudah punyai jawatan yang setimpal. Namun saya redha, mungkin Allah ingin menguji saya, permulaan saya sedikit susah berbanding orang lain. 
Training selama hampir 2 bulan, nampaknya bukan semudah yang di sangka kerana saya sebenarnya gagal dalam 'On Job Assessment' yang dijalankan. Kontrak saya diberhentikan serta merta. Maka berakhirlah saya bersama projek TM Streamyx di VADS Berhad ini. Usaha saya semakin pudar, dan hampir berputusa asa. Adakah disebabkan saya tidak ikhlas dengan pekerjaan yang ditawarkan ini, dan disebab itu saya gagal? Astaghfirullah, saya kembali kepadaNya memohon petunjuk. Janganlah Engkau menutup pintu rezekiku secepat ini, sedangkan aku tidak mempunyai punca rezeki yang lain...

Kisah seterusnya dientry yang akan datang...

No comments:

Post a Comment