greeting

"Bissmillahi Rahmani Rahim"

Saturday 6 July 2013

I'm Back!!!


Assalamualaikum…
Hai whatsapp peeps…
Adeiii rase lama giler tak update blog ni..
Dah berzaman dah agak nya..
Bukan setakat berhabuk dah blog ni, tapi dah bersawang berlapis-lapis lagi nih…
Maaf la bukan tak nak update, tapi keadaan tak mengizinkan..
Hampir 6 bulan hidup tanpa laptop sendiri..
Alhamdulillah..i’m back!!
My Compact also is back!! (dah macam lagu Big Bang- Big Bang is back)
Alhamdulillah masih dapat berkhidmat even dah nak masuk 5 years dah ni. Siap dapat dilegasikan pada generasi seterusnya lagi..  memang sangat tahan lasak dan kuat la Compact ni.
Terima kaseh my lovely lappy, Compact!!!

PERINGATAN: entry kali ini agak panjang. Tak memaksa untuk baca sampai habis, tapi kalau sudi baca silakan. Terima kasih kepada yang sudi.. cehhh

So ape citer? Banyak sangat citer-citer yang dah tertinggal.. tapi tak apa.
 Yang berlalu, biarkan berlalu. Hidup harus diteruskan. bak kata orang putih tu 'Life must go on..' Hehe
Yang berlalu akan menjadi coretan dalam album kenangan saya. insyaAllah..
So now, sedikit sebanyak perkembangan terkini saya… ‘cehh dah macam artis pulak rasenya’
Sekarang  umur saya sudah semakin bertambah.. juz tambah satu angka kat belakang daripada before ni la. Dan buat pengetahuan semua, saya masih lagi bekerja secara makan gaji di tempat lama, tinggal juga di tempat yang sama, cuma sudah dua kali bertukar roommate. Masih lagi berstatus seperti yang sebelum ini. Bilangan anak pun masih lagi sama iaitu seramai 2 orang dan insyaAllah akan bertambah dalam masa beberapa bulan lagi… doa-doakan ye… ‘jangan salah faham, I’m not a preggy women!!’ Kemudian dari segi asset pula, Alhamdulillah ada sedikit pertambahan dari sebelum ini. tp liabiliti juga semakin bertambah, seakan berkadar terus ya.. (hehe rindu maths) Alhamdulillah rezeki la katakan.. (termasuk aset lemak dalam badan gamaknya) dan dipendekkan cerita, masih lagi tidak banyak perubahannya dari tahun lepas ke tahun ini. Haha  

So serba sedikit pasal citer kerja. Erm sedar tak sedar, dah setahun lebih bertahan di situ. Seperti kebiasaannya masih lagi perlu berhadapan dengan karenah-karenah customers yang bermacam-macam tu. Bukan salah kita pon, kita juga yang kena. Ada yang poyo dan kerek. Ada yang kelakar dan sangat baik. Kadang-kadang rase macam tak cukup kuat untuk bertahan, tapi kadang-kadang rasa sangat sayang untuk tinggalkan. Apa yang penting SABAR. Itulah kuncinya untuk bertahan dibidang ini. Perangai orang kadang-kadang kita tak boleh nak jangka, apatah lagi nak mengubahnya. Mahu tak mahu, kita perlulah bertindak lebih professional dengan karenah mereka yang kadang-kadang tak professional langsung terhadap kita.

Projek yang dikerjakan dari seawalnya, tak ada senior untuk dirujuk, tak ada team leader untuk meluahkan masalah, Cuma ada manager yang sangat jauh jurangnya. Senang citer saya la 1st batch tuk projeck ni. Semua perkara perlu belajar sendiri. Kerja with minimum supervision la katakan.. Tapi Alhamdulillah, bertahan sehingga kini tanpa ada sebarang masalah yang teruk-teruk. Keadaan projek sekarang pon sudah semakin stabil. Terasa sangat sayang jika nak ditinggalkan. Sayang jika kedudukan projek yang stabil ini, bakal merundum sekiranya orang lain yang ambil alih. Apatah lagi sekiranya melihat orang lain dengan senang hatinya mengambil alih tempat kita yang kita telah usahakan dengan susah payah semasa diawal projek ini wujud. Sekarang bos-bos and manager dah duk berebut nak jaga projek ni. Katanya projek ni tak banyak masalah, apatah lagi dapat staff yang handle projek ni sangat komited (saya la tu). ‘This project will be expend because you make this project  successful’, said my boss. ‘Your boss will not worries about you because she know you is a responsible person to handle the project well.’said my client.  Keadaan ni yang buat saya rasa sayang tuk tinggalkan company ni. Bukan sebab nak mendapat pujian semata, tapi saya juga punyai visi untuk melihat projek yang saya uruskan seorang diri ini dikembangkan. Mungkin bukan lah kejayaan yang besar buat orang lain sebab hanya projek kecil yang diusahakan,tetapi merupakan satu kejayaan besar buat diri saya yang menjayakannya dengan susah payah dari awal. Sekali gus boleh menjadikan sebagai batu lonjatan terhadap diri saya dalam perkembangnan dunia kerja saya yang tidak seberapa ini.
 Bukan sekali dua menangis menghadapinya seorang diri, tapi berkali-kali mengalirkan air mata. ada satu ketika hampir-hampir nak resign sebab tak tahan, tapi my beloved older sis cakap ‘SABAR’.  Then now I know the hikmah disebalik SABAR itu. Sebelum ini, orang tak tahu pun projek ni wujud kat company tu, insyaAllah tak lama lagi mampu berdiri seiring dengan projek-projek besar lain kat company tu. So sekarang ni saya bertahan dulu di sini untuk melihat perubahan besar terhadap projek ni. Dan saya juga ingin meninggalkan nama baik dan jasa terhadap projek ini sekiranya rezeki saya ditempat lain pula kelak. Just wait and see the expending project by end of this year. Kalau setahun 3 bulan boleh tunggu, takkan lagi 5 bulan tak boleh tunggu kan? Melainkan saya dapat better offer from the biggest company or government, then I will move on from here.

So stop talking about the work. Lets talk about…. WEDDING!!!
Erk bulat mata masing-masing bila sebut pasal KAWEN kan? Haha saya pon excited jugak ni, nak citer pasal kawan-kawan saya dah ramai yang menamatkan zaman bujang mereka dengan pilihan hati masing-masing. Wahhh seronoknya dengar orang nak membina masjid ni.. tumpang gembira dan bahagia.  Bagus kawen awal tu, boleh elak maksiat. Dari bercouple dan berpegang tangan yang haram, lebih baik cepat-cepat jadikan hubungan tu halal. Bercinta lepas kawen tu kan lebih manis. Boleh pegang-pegang tanpa buat dosa lagi.
Sejak dua bulan kebelakangan ni, banyak juga undangan perkahwinan yang saya dapat. Mostly invitation melalui facebook la.. maklum la sekarang ni zaman teknologi,  dah tak payah nak bazirkan duit dan pokok untuk print kad kawen banyak-banyak. Betol tak? Tapi kad kawen tu still ada sense of value yang tersendiri buat sesetengah orang.
By the way, bila dapat banyak jemputan kawen ni, terasa yang diri ini macam dah besar rupanya. Rakan sebaya dah kawen, dan terasa yang diri sendiri pon dah boleh kawen jugak. Erm tapi mungkin banyak lagi persediaan yang diperlukan sebelum bertukar status dan berkemampuan untuk memegang tanggungjawab yang lebih besar.
Baru-baru ni, my close cousin yang sebaya dengan saya tu dah masuk merisik pilihan hatinya. Maknanya dah tak lama lagi la tu. So saya juga perlu bersedia untuk menjadi  ‘baham’ dari sanak saudara bila pulang ke kampung kelak. Kalau sekarang pun ramai yang duk tanya ‘bila?’ so lepas ni, makin ramai la yang bertanya ‘bila?’. Saya dah biasa dengan soalan tu, Cuma jawapan untuk soalan tu je yang tak tahu nak cari kat mane.. adeiii.. stress bila orang tanya soalan ‘so when is your turn?’
Baru-baru ni juga, anak sepupu saya yang baru berumur 21tahun dah kawen dengan pilihan hatinya.  Kami telah berkumpul bersama-sama untuk memeriahkan lagi majlis yang berlangsung di Pasir Gudang, Johor.  Dari segi umur for me, she was too young for getting married. Tapi yang ada kawen lebih muda dari itu mampu untuk meraih bahagia. Umur itu bukan pengukur kebahagian dalam sesebuah rumah tangga, tetapi kematangan seseorang dan kesediannya dalam menjalankan tanggungjawabnya yang lebih besar di alam rumah tangga itu lebih penting. Ada orang umur 30 tahun pun masih lagi tidak berfikiran matang. So apa-apa pon yang penting, bila seseorang itu tahu kewajipannya dan tahu tujuan berumah tangga itu bukanlah sekadar melunaskan nafsu semata-mata tapi juga satu ibadah kerana Allah, insyaAllah rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu bakal beroleh bahagia. Tapi seperti saya katakan tadi dengan syarat, berpaksikan Allah sebagai matlamat dalam kehidupan kita.
Next is my cousin, umur yang muda setahun dari saya yg bakal berkahwin pada hari raya keempat nanti. Mula-mula dengar berita ni, agak meroyan jugak la… tak percaya sorang lagi nak kalah kan saya kan.. adeii.. stress betul bila dengar orang nak kawen ni, tambah-tambah kalau sedara sepupu sepapat yang umur lagi muda dari kita yang nak kawen tu... then berseloroh ngan my mum.. “bila pulak ma nak dapat menantu?”.. my father dah gelak-gelak dah.. tapi dengan selamba je ma saya cakap “tak tahu..” erk.. nampaknya tak dapat green light lagi disitu..ooooo….

lokasi: Masai, Pasir Gudang, Johor
26052013

Ok stop dulu about family’s wedding.. next is friends’ wedding.
Tahniah kepada semua kawan-kawan yang sudah selamat diijab kabulkan dari beberapa bulan lalu.
Semoga berbahagia and bercinta hingga ke syurga.. Ramai sangat yang kawen tak sempat pon nak memenuhi semua jemputan. Hanya dua majlis yang sempat dihadiri.. so lets check it out the pic..

bersama geng MCMF, AEU7
lokasi: Senawang, Negeri Sembilan
15062013


bersama cik nurul hidayah, member matrik- KMNS
lokasi: Banting, Selangor
23062013


okay enough dulu for this time being...
till we meet again soon...

Ramadhan is around the corner.. lets prepare for the barakah months..
semoga dapat menjalankan ibadah puasa serta amalan-amalan sunat yang lain dengan sempurna..
selamat berpuasa
ahlan wasahlan ya Ramadhan..

bye
wassalam..





2 comments:

  1. keymee, lama xdengar cite..
    rindu. projek pe keymee?
    cm besar2 je, tahniah
    u're the best..
    tekejut tgk kata ank baru 2, ingtkn dh terlepas wedding u.. hikhikk..
    nanti nk mendirikan masjid jgn lupa ngajak..
    selamat menyambut ramadan~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai wannor... tu la lama xdgr citer.. hehe
      xde la projek besar pon wan.. Alhamdulillah, baru nak berkembang ckit2, banyak cabarannya.. ak bermula dari bawah, xmacam setengah org abis degree terus dpt jawatan pegawai.. huhu..
      ko masih jd cikgu ke???
      anak sedara dh 2 org.. insyaAllah ak jemput bila tiba masanya nanti..
      aritu xdpt nk g wedding ana.. best je nmpak gmbar korang sume berkumpul...hehe..
      selamat berpuasa jgak wan...

      Delete