greeting

"Bissmillahi Rahmani Rahim"

Friday, 26 July 2013

Sarah Yang Kuat

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah masuk ke fasa kedua bulan Ramadhan dah..
let me introduce with the comey girl that i have.

taraaa



hey.. this is my niece, Sarah.  Sarah Nur Ieman bt Mohd Azahar. She was 3 years old and plus..
very talkative person with the people that she known well, but will be silent person with the prople that she doesn't known, and sometimes she will crying non stop seeing the face of the person that she doesn't know.. anthropophobia kot.. hehe pandai-pandai je bagi nama fobia tu, teringat a few days ago my housemate cari list of phobia..

Sarah ni bijak, and i'm very sure everyone yang tengok dia yang petah berkata-kata tu akan gelak sakan.. mana tidaknya, budak 3 tahun kalau bercakap macam orang besar.. cara dia bercakap pon tak pelat macam sesetengah kanak-kanak yang sebaya dia..
from 1 years and plus, dia dah ingat kira SATU sampai SEPULUH and ONE to TEN.
umur 2 tahun, dah pandai baca doa-doa yang mudah macam doa makan, doa tidur, dan doa naik kerete..
dah ingat surah Al-Fatihah.. Alhamdulillah.. satu perkembangan yang sangat baik untuk proses tumbesaran dia..
dan sekarang dia bukan sahaja ingat SATU sampai sepuluh and ONE to TEN, but dia dah pandai mengira dan tulis nombor-nombor tu.. dah tahu A-Z as well.. and ALIF sampai YA..well done Sarah..

cerita kegemaran Sarah, tak lain tak bukan Upin dan Ipin. Kadang-kadang kalau tengok citer yang filem Geng Pengembaraan Bermula Upin Ipin tu tak sah kalau tak ulang 2 kali.. sume dialog-dialog dah boleh hafal dah.
selain tu suka tengok citer Wonderpets, Dora and Diego.. fuh memang tak ada can orang lain nak tengok yang lain la kalau ada citer-citer ni kat tv.

Sarah ni minat sangat dengan Najwa Latif, dan berangan nak jadi macam Najwa.. haha
dia suka benda-benda yang cantik, suka pakai make up, suka kalau orang cakap dia cantik..
and she's the one yang selalu cakap 'cik lah cantik la!' haha daripada tak ada orang nak puji kita cantik memadai lah kalau sarah yang puji.. cuma tak tahu la sebenarnya sarah nak puji baju saya ke, tudung saya ke, or memang nak puji saya.. tapi saya terima pujian dia dengan ucapan 'terima kasih sarah, sarah pon cantik juga!!' lepas tu dia mesti senyum lebar-lebar..

sebelum ni Sarah tak pernah berpisah dengan Umi dia which is my sis. kalau tak ada papa, tak ape lagi asal jangan tak ada umi.. menangis la budak kecik ni.. i mean kalau malam-malam time nak tidur bagai la.. sebab anak sulung, so manja dengan umi n papa dia tu lain macam sikit la..asyik menangis je kerja nya.. dah la kalau orang tak kenal tegur pun menangis macam meroyan bagai.. adeii, abis dah hilang cantik n comel tu..

lately, umi sarah dah dimasukkan ke hospital disebabkan komplikasi terhadap kandungannya. so mahu tak mahu, tidur sarah sekarang hanya bertemankan papanya sahaja.. everyday, abang ipar saya akan ke hospital after iftar, untuk hantar makanan. so saya yang jaga sarah sementara papa dia pergi melawat umi dia.
kalau sarah nak pergi pon, budak-budak mana boleh masuk hospital. malam-malam pulak tu..

baru 1st day umi dia masuk hospital, dia dah cakap..
'bila umi nak balik ni?'

masuk hari keempat umi dia di HKL, maknanya dah 4 hari sarah tak jumpa umi dia..
 malam tu saya jaga sarah lagi,
time saya datang umah dia after berbuka, dia dah tidur sambil hisap botol susu yang ada air.. tapi papa dia cakap dia baru je tidur, mungkin tak nyenyak lagi...
sayu pulak tengok sarah yang tengah tidur ni, sayu je rasa..dah makin kurus dah.. mana tidak nya, bulan puasa ni orang puasa siang hari dia pon tak makan jugak, just minum susu n air je. time orang berbuka pon dia tak makan nasi jugak, makan kuih and  minum air je.. camne tak kurus macam tu??
or dia tak nak makan sebab dia rindu umi dia??
then saya cuba tarik botol susunya, dengan harapan dia dapat tidur dengan lebih selesa,
tanpa disengajakan saya sebenarnya telah mengganggu tidurnya.. dia buka mata dan memandang sekeliling..
'mana papa?' sejurus bertanya,,
"papa pegi hosptital, hantar nasi kat umi... sarah tidur eh" sambil bagi balik botol susu dia..
saya baring sekali kat sebelah dia kat depan tv tu dengan harapan dia akan pejamkan matanya semula..
sambil tepuk-tepuk dia, sambil tengok berita tv9..
sarah tak tidur pun..
then dia cakap
'cik lah, sarah rindu umi..' dengan tenang sarah berkata,
tetiba hati saya rasa sebak semacam je.. air mata dah mula bertakung ditubir mata..
saya dahi dia..
'cik lah rindu umi jugak?'
"rindu" pendek je saya balas, sebab saya dah mula nak mengalir air mata..

then saya bergegas ke bilik air,
terlupa pula yang sarah takut duduk sorang-sorang,
dia juga bergegas ke toilet..
'cik lah buat ape?'
"tak de buat ape pon" hasrat nak sambung nangis tak menjadi,
'basuh muka eh?'
"a'ah"
'ooohhh, ingat ambik air sembahyang'
"tak lah"
sambil keluar dari toilet saya bertanya,
"sarah dah solat?"
'dah! dekat rumah mak tadi'
"nanti kalau sarah solat, sarah doakan lah untuk umi"
'doa untuk umi?'
'doa: YaAllah sembuhkanlah umi sarah!'
saya sekadar mengangguk tapi tak pandang dia pun, sebab dah merah mata menangis...

terasa yang sarah sangat kuat menghadapi ujian ini...
saya tak boleh lemah dihadapan dia, sebab dia juga perlukan sokongan dari saya..

hari keenam umi sarah di hospital, kami melawat dia..
sarah memang kuat, dia tak menangis pon, cuma hanya bertakung je air mata dia..
saya dengan umi dia pulak yang menangis sakan..
(adeii murah betol air mata saya, boleh lawan pelakon air mata wan maimunah ni)
then malam tu dia tidur dengan saya,
terasa macam tidur dengan anak sendiri..
alhamdulillah dia tak banyak songeh, minum susu before tidur je..
then tidur sampai ke pagi,
kencing malam pon tak..

sekarang dah masuk 2minggu umi sarah kat hospital,
setiap malam after iftar, saya akan pegi rumah dia untuk jaga dia sementara papa dia melawat umi dia..
setiap malam jugak dia cakap yang dia rindu umi dia..
setiap kali tu saya suruh dia doakan umi dia cepat sihat..
masih ada lebih kurang 2 bulan umi sarah akan ditahan dihospital sehingga tiba masa untuk bersalin,
bermakna sarah bakal beraya tanpa umi kali ini,
semoga sarah kuat menghadapinya,
semoga kami sekeluarga juga kuat mengharunginya

seperti mana umi sarah sedang berkorban demi adik sarah,
papa sarah juga berkorban megambil alih tugas-tugas seorang isteri dirumah,
sarah juga perlu berkorban demi adik yang bakal dilahirkan kelak..
semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal di atas ujian yang diberikan kepada keluarga ini..
semoga setiap insan yang diujinya dalam ujian ini dapat terus tabah dan sabar dalam mengharunginya..
semoga kakak saya selamat melahirkan baby kelak, sedangkan dia bertarung dengan nyawa demi kelahiran seorang umat ke dunia. sungguh besar pengorbanan seorang ibu itu..
kami sekeluarga mendoakan dia dan bayinya selamat,

raya tahun ini sepatutnya kami 7 beradik berkumpul, tapi semua perancangan Allah lebih baik dari perancangan kami.. mungkin 6 beradik sahaja yang akan pulang ke kampung hari raya nanti..
semoga last scan before raya 31 julai nanti memberikan perkhabaran gembira buat kami sekeluarga,
sebab walaupun doktor cakap dia akan ditahan sehingga tarikh bersalin dan risiko untuk keluar dari hospital sebelum itu sangat tinggi, kami masih berdoa agar keajaiban itu muncul supaya dia dapat keluar hospital dan dapat berhari raya bersama keluarga..
just pray for the best, because we know the risk of the plasenta previa type 3..
either save or dead..

insyaAllah ada hikmah yang lebih baik Allah telah janjikan buat kami sekeluarga dipengakhiran ujian ini..

semoga sarah kuat menghadapi hari-harinya tanpa umi disisi sementara uminya di hospital..
semoga umi sarah sentiasa kuat, sabar dan tabah mengharungi ujian ini..
semoga kami juga kuat menghadapi sebarang kemungkinan kelak..

salam nuzul quran dan selamat berpuasa..

wassalam




1 comment:

  1. siannye sarah..
    sedih je baca, semoga umi sarah n baby selamat
    insyallah..

    ReplyDelete