Assalamualaikum…
Hai whatsapp peeps…
Adeiii rase lama giler tak update
blog ni..
Dah berzaman dah agak nya..
Bukan setakat berhabuk dah blog ni,
tapi dah bersawang berlapis-lapis lagi nih…
Maaf la bukan tak nak update, tapi
keadaan tak mengizinkan..
Hampir 6 bulan hidup tanpa laptop
sendiri..
Alhamdulillah..i’m back!!
My Compact also is back!! (dah macam
lagu Big Bang- Big Bang is back)
Alhamdulillah masih dapat berkhidmat
even dah nak masuk 5 years dah ni. Siap dapat dilegasikan pada generasi seterusnya
lagi.. memang sangat tahan lasak dan
kuat la Compact ni.
Terima kaseh my lovely lappy,
Compact!!!
PERINGATAN: entry kali ini agak
panjang. Tak memaksa untuk baca sampai habis, tapi kalau sudi baca silakan.
Terima kasih kepada yang sudi.. cehhh
So ape citer? Banyak sangat
citer-citer yang dah tertinggal.. tapi tak apa.
Yang berlalu, biarkan berlalu. Hidup harus
diteruskan. bak kata orang putih tu 'Life must go on..' Hehe
Yang berlalu akan menjadi coretan
dalam album kenangan saya. insyaAllah..
So now, sedikit sebanyak
perkembangan terkini saya… ‘cehh dah macam artis pulak rasenya’
Sekarang umur saya sudah semakin bertambah.. juz
tambah satu angka kat belakang daripada before ni la. Dan buat pengetahuan
semua, saya masih lagi bekerja secara makan gaji di tempat lama, tinggal juga
di tempat yang sama, cuma sudah dua kali bertukar roommate. Masih lagi
berstatus seperti yang sebelum ini. Bilangan anak pun masih lagi sama iaitu
seramai 2 orang dan insyaAllah akan bertambah dalam masa beberapa bulan lagi…
doa-doakan ye… ‘jangan salah faham, I’m not a preggy women!!’ Kemudian dari
segi asset pula, Alhamdulillah ada sedikit pertambahan dari sebelum ini. tp liabiliti juga semakin bertambah, seakan berkadar terus ya.. (hehe rindu maths) Alhamdulillah rezeki la katakan.. (termasuk aset lemak dalam badan gamaknya) dan
dipendekkan cerita, masih lagi tidak banyak perubahannya dari tahun lepas ke
tahun ini. Haha
So serba sedikit pasal citer kerja.
Erm sedar tak sedar, dah setahun lebih bertahan di situ. Seperti kebiasaannya
masih lagi perlu berhadapan dengan karenah-karenah customers yang
bermacam-macam tu. Bukan salah kita pon, kita juga yang kena. Ada yang poyo dan
kerek. Ada yang kelakar dan sangat baik. Kadang-kadang rase macam tak cukup
kuat untuk bertahan, tapi kadang-kadang rasa sangat sayang untuk tinggalkan. Apa
yang penting SABAR. Itulah kuncinya untuk bertahan dibidang ini. Perangai orang
kadang-kadang kita tak boleh nak jangka, apatah lagi nak mengubahnya. Mahu tak
mahu, kita perlulah bertindak lebih professional dengan karenah mereka yang
kadang-kadang tak professional langsung terhadap kita.
Projek yang dikerjakan dari seawalnya,
tak ada senior untuk dirujuk, tak ada team leader untuk meluahkan masalah, Cuma
ada manager yang sangat jauh jurangnya. Senang citer saya la 1st
batch tuk projeck ni. Semua perkara perlu belajar sendiri. Kerja with minimum
supervision la katakan.. Tapi Alhamdulillah, bertahan sehingga kini tanpa ada
sebarang masalah yang teruk-teruk. Keadaan projek sekarang pon sudah semakin
stabil. Terasa sangat sayang jika nak ditinggalkan. Sayang jika kedudukan
projek yang stabil ini, bakal merundum sekiranya orang lain yang ambil alih.
Apatah lagi sekiranya melihat orang lain dengan senang hatinya mengambil alih
tempat kita yang kita telah usahakan dengan susah payah semasa diawal projek
ini wujud. Sekarang bos-bos and manager dah duk berebut nak jaga projek ni. Katanya
projek ni tak banyak masalah, apatah lagi dapat staff yang handle projek ni
sangat komited (saya la tu). ‘This project will be expend because you make this
project successful’, said my boss. ‘Your
boss will not worries about you because she know you is a responsible person to
handle the project well.’said my client. Keadaan ni yang buat saya rasa sayang tuk
tinggalkan company ni. Bukan sebab nak mendapat pujian semata, tapi saya juga
punyai visi untuk melihat projek yang saya uruskan seorang diri ini
dikembangkan. Mungkin bukan lah kejayaan yang besar buat orang lain sebab hanya
projek kecil yang diusahakan,tetapi merupakan satu kejayaan besar buat diri
saya yang menjayakannya dengan susah payah dari awal. Sekali gus boleh
menjadikan sebagai batu lonjatan terhadap diri saya dalam perkembangnan dunia
kerja saya yang tidak seberapa ini.
Bukan sekali dua menangis menghadapinya
seorang diri, tapi berkali-kali mengalirkan air mata. ada satu ketika
hampir-hampir nak resign sebab tak tahan, tapi my beloved older sis cakap
‘SABAR’. Then now I know the hikmah
disebalik SABAR itu. Sebelum ini, orang tak tahu pun projek ni wujud kat
company tu, insyaAllah tak lama lagi mampu berdiri seiring dengan projek-projek
besar lain kat company tu. So sekarang ni saya bertahan dulu di sini untuk
melihat perubahan besar terhadap projek ni. Dan saya juga ingin meninggalkan
nama baik dan jasa terhadap projek ini sekiranya rezeki saya ditempat lain pula
kelak. Just wait and see the expending project by end of this year. Kalau
setahun 3 bulan boleh tunggu, takkan lagi 5 bulan tak boleh tunggu kan?
Melainkan saya dapat better offer from the biggest company or government, then
I will move on from here.
So stop talking about the work. Lets
talk about…. WEDDING!!!
Erk bulat mata masing-masing bila
sebut pasal KAWEN kan? Haha saya pon excited jugak ni, nak citer pasal
kawan-kawan saya dah ramai yang menamatkan zaman bujang mereka dengan pilihan
hati masing-masing. Wahhh seronoknya dengar orang nak membina masjid ni.. tumpang
gembira dan bahagia. Bagus kawen awal
tu, boleh elak maksiat. Dari bercouple dan berpegang tangan yang haram, lebih
baik cepat-cepat jadikan hubungan tu halal. Bercinta lepas kawen tu kan lebih
manis. Boleh pegang-pegang tanpa buat dosa lagi.
Sejak dua bulan kebelakangan ni,
banyak juga undangan perkahwinan yang saya dapat. Mostly invitation melalui
facebook la.. maklum la sekarang ni zaman teknologi, dah tak payah nak bazirkan duit dan pokok
untuk print kad kawen banyak-banyak. Betol tak? Tapi kad kawen tu still ada
sense of value yang tersendiri buat sesetengah orang.
By the way, bila dapat banyak
jemputan kawen ni, terasa yang diri ini macam dah besar rupanya. Rakan sebaya
dah kawen, dan terasa yang diri sendiri pon dah boleh kawen jugak. Erm tapi
mungkin banyak lagi persediaan yang diperlukan sebelum bertukar status dan
berkemampuan untuk memegang tanggungjawab yang lebih besar.
Baru-baru ni, my close cousin yang
sebaya dengan saya tu dah masuk merisik pilihan hatinya. Maknanya dah tak lama
lagi la tu. So saya juga perlu bersedia untuk menjadi ‘baham’ dari sanak saudara bila pulang ke
kampung kelak. Kalau sekarang pun ramai yang duk tanya ‘bila?’ so lepas ni,
makin ramai la yang bertanya ‘bila?’. Saya dah biasa dengan soalan tu, Cuma
jawapan untuk soalan tu je yang tak tahu nak cari kat mane.. adeiii.. stress
bila orang tanya soalan ‘so when is your turn?’
Baru-baru ni juga, anak sepupu saya
yang baru berumur 21tahun dah kawen dengan pilihan hatinya. Kami telah berkumpul bersama-sama untuk
memeriahkan lagi majlis yang berlangsung di Pasir Gudang, Johor. Dari segi umur for me, she was too young for getting married. Tapi yang ada kawen lebih muda dari itu mampu untuk meraih
bahagia. Umur itu bukan pengukur kebahagian dalam sesebuah rumah tangga, tetapi
kematangan seseorang dan kesediannya dalam menjalankan tanggungjawabnya yang
lebih besar di alam rumah tangga itu lebih penting. Ada orang umur 30 tahun pun
masih lagi tidak berfikiran matang. So apa-apa pon yang penting, bila seseorang
itu tahu kewajipannya dan tahu tujuan berumah tangga itu bukanlah sekadar
melunaskan nafsu semata-mata tapi juga satu ibadah kerana Allah, insyaAllah
rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu bakal beroleh bahagia. Tapi seperti
saya katakan tadi dengan syarat, berpaksikan Allah sebagai matlamat dalam
kehidupan kita.
Next is my cousin, umur yang muda
setahun dari saya yg bakal berkahwin pada hari raya keempat nanti. Mula-mula
dengar berita ni, agak meroyan jugak la… tak percaya sorang lagi nak kalah kan
saya kan.. adeii.. stress betul bila dengar orang nak kawen ni, tambah-tambah kalau sedara sepupu sepapat yang umur lagi muda dari kita yang nak kawen tu... then berseloroh ngan my mum.. “bila pulak ma nak dapat
menantu?”.. my father dah gelak-gelak dah.. tapi dengan selamba je ma saya
cakap “tak tahu..” erk.. nampaknya tak dapat green light lagi disitu..ooooo….
lokasi: Masai, Pasir Gudang, Johor
26052013
Ok stop dulu about family’s
wedding.. next is friends’ wedding.
Tahniah kepada semua kawan-kawan
yang sudah selamat diijab kabulkan dari beberapa bulan lalu.
Semoga berbahagia and bercinta
hingga ke syurga.. Ramai sangat yang kawen tak sempat pon nak memenuhi semua
jemputan. Hanya dua majlis yang sempat dihadiri.. so lets check it out the
pic..
bersama geng MCMF, AEU7
lokasi: Senawang, Negeri Sembilan
15062013
bersama cik nurul hidayah, member matrik- KMNS
lokasi: Banting, Selangor
23062013
okay enough dulu for this time being...
till we meet again soon...
Ramadhan is around the corner.. lets prepare for the barakah months..
semoga dapat menjalankan ibadah puasa serta amalan-amalan sunat yang lain dengan sempurna..
selamat berpuasa
ahlan wasahlan ya Ramadhan..
bye
wassalam..
keymee, lama xdengar cite..
ReplyDeleterindu. projek pe keymee?
cm besar2 je, tahniah
u're the best..
tekejut tgk kata ank baru 2, ingtkn dh terlepas wedding u.. hikhikk..
nanti nk mendirikan masjid jgn lupa ngajak..
selamat menyambut ramadan~
hai wannor... tu la lama xdgr citer.. hehe
Deletexde la projek besar pon wan.. Alhamdulillah, baru nak berkembang ckit2, banyak cabarannya.. ak bermula dari bawah, xmacam setengah org abis degree terus dpt jawatan pegawai.. huhu..
ko masih jd cikgu ke???
anak sedara dh 2 org.. insyaAllah ak jemput bila tiba masanya nanti..
aritu xdpt nk g wedding ana.. best je nmpak gmbar korang sume berkumpul...hehe..
selamat berpuasa jgak wan...