greeting

"Bissmillahi Rahmani Rahim"

Saturday, 13 July 2013

Dugaan Ramadhan..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah masuk Ramadhan ke-4 untuk tahun 1434H..
Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini buat sekian kalinya..
dengan penuh pengharapan agar dapat dipertemukan lagi pada tahun berikutnya...
tapi jangan harapan sahaja, perlu seiring dengan ibadah wajib dan sunat, mudah-mudahan dalam bulan yang mulia ini kita semua mendapat barakah.. InsyaAllah

mungkin ramai yang gembira dengan kehadiran Ramadhan ini sebabnya, bulan Syawal sudah tidak lama lagi. Syawal seolah-olah lebih dinantikan daripada Ramadhan...
bulan Ramadhan ini juga lah dikatakan syurga makanan, sebabnya macam-macam jenis makanan akan dijual dibazar Ramadhan buat juadah berbuka. ramai sekali yang excited membeli itu dan ini, lantas terlupa ada yang membazir..
alhamdulillah saya sendiri, masih mampu masak sendiri, belum singgah ke bazar Ramadhan lagi untuk tahun ini. paling awal sampai rumah dari tempat kerja dalam pukul 6.45pm, terus bergegas masuk dapur untuk memasak. masak nasi, lauk dan sayur bersama teman-teman serumah. sudah memadai mengisi perut yang kosong semasa berbuka.. kalau beli kuih muih banyak-banyak kat kedai pon belum tentu habis dimakan jugak, so just masak yg simple je... boleh siap dalam 30minit. agak rushing n penat, tp satu kepuasan bila dapat makan makanan yang dimasak sendiri walaupun  tak sesedap mana.. yang penting ikhlas...
jimat pon jimat.

sesekali terlintas difikiran bagaimana saudara-saudara Islam kita dinegara-negara yang sedang dikecam dan bergolak sekarang menghadapi bulan puasa mereka. terutamanya di Palestin, Syiria, dan Mesir... pasti sangat dhaif berbanding keaadaan kita di sini yang serba mewah. maka bersyukurlah.. ujian mereka lebih berat kerana Allah lebih tahu mereka adalah hambaNya yang kuat dan pasti ada hikmah atau ganjaran yang sewajarnya buat mereka kelak. kita disini tak mampu menolong, cuma boleh berdoa yang terbaik buat mereka disana yang sedang di dalam krisis negara, dan agar mereka tabah dengan keadaan yang menimpa..

seperti mereka yang diuji, kita juga pasti diuji. mungkin dengan cara yang lain.. Allah mendatangkan kita ujian itu sebab Dia nak kita selalu dekat denganNya..

seperti di dalam entry saya minggu lepas, ada yang bertanya..
bila kawen? sebab dah ada 2orang anak..
sebenarnya 2 orang anak saudara yang dianggap seperti anak sendiri 
(sebab nak tunggu anak sendiri, lambat lagi)
pada awal tahun ini kami sekeluarga menerima berita gembira..
tidak lama lagi, keluarga kami akan bertambah besar.
kalau duit raya tahun ini, saya kene bajet untuk 2 orang..
insyaAllah raya tahun depan bajet perlu ditingkatkan jadi double kepada 4 orang.
makin besar keluarga Pok Cik Soh & Mok Cik Dah nampaknya..

tahniah buat kakak saya yang bakal menerima anak kedua pada akhir bulan September nanti..InsyaAllah
dan
tahniah juga buat abang dan kakak ipar saya yang sudah lama menunggu cahaya mata. Alhamdulillah hampir 4 tahun berkahwin, dengan pelbagai usaha, mereka bakal mendapat anak pertama pada awal tahun depan.  insyaAllah..
jadi raya tahun ini, insyaAllah semua adik beradik berkumpul kat kampung bakal menyaksikan 2 orang ibu mengandung.

namun menjelang bulan puasa yang baru beberapa hari ini, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita yang agak kurang senang..
doktor mengesyaki kakak saya mengalami masalah uri bawah rahim dan akan ditahan dihospital HKL selama 2minggu bagi pemerhatian doktor. komplikasi ini agak bahaya bagi kedua-dua nyawa ibu dan bayi kerana masalah uri di bahagian bawah ini akan menutup laluan sekiranya bayi ingin dilahirkan dan ibu akan mengalami pendarahan dari sebelum saat bersalin sehingga mahu bersalin... sekiranya keaadaan ini berterusan si ibu perlu bersalin dengan kaedah caesarean (pembedahan) untuk menyelamatkan kedua-dua nyawa.
nun jauh di Johor, kakak ipar saya juga ditahan dihospital akibat terjatuh dan mengalami kesakitan dibahagian punggung. Alhamdulillah setakat ini, doktor mengesahkan kandungannya selamat.

semoga kedua-dua ibu mengandung ini diberi kekuatan untuk terus berjuang. semoga Allah permudahkan urusan mereka untuk bersalin kelak. bantulah mereka disaat mereka kesakitan dan memerlukan pertolongan dariMu. semoga selamat semuanya.. kami sekeluarga mendoakan yang terbaik buat mereka. mohon sahabat2 doakan juga.. doakan bakal anak-anak yang soleh mahupun solehah bakal dilahirkan bagi meramaikan lagi umat nabi Muhamad..InsyaAllah... semoga ujian dan dugaan ini mampu dilalui dengan baik.

terfikir macam mana ibu saya semasa mengandungkan saya dulu.. terima kasih Allah memberi saya peluang untuk terus bernafas sehingga hari ini. Terima kasih ma & abah sebab tanpa kalian, siapalah saya.  Ya Allah jadikan aku hambaMu yang tidak melupakan jasa kedua orang tuaku. Jadikan aku anak yang solehah kepada mereka, sesungguhnya aku tidak mampu membalas semua jasa dan kasih mereka, maka jadikanlah aku anak yang berjasa buat mereka..

sekiranya ini satu ujian dariMu, maka tabahkan kami mengharunginya. berilah kami jalan dan pengakhiran yang terbaik buat ujian yang Engkau berikan ini.. kami yakin ujian ini satu rahmat dariMu bagi menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran kami dalam melaluinya

salam ramdhan dan selamat berpuasa..

No comments:

Post a Comment