greeting

"Bissmillahi Rahmani Rahim"

Sunday, 16 December 2012

Do I Look Older Than My Age??

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih lagi mampu menghirup dan menghela nafas seperti biasa..
hari ini diberi kelapangan masa untuk berada dirumah dihari minggu..

merujuk kepada tajuk entry pada kali ini yang juga merangkap status saya di FB,
apa pandangan rakan pembaca sekalian???
'erk.. tak payah tanya pembaca la...'

seperti yang sudah sedia maklum, umur dan berat badan merupakan dua perkara yang sensitif bagi kaum hawa.. tapi saya nak tambah lagi satu isu sensitip, iaitu isu kawen....
mana tidaknya, siapa yang nak dipandang tua dan gemuk??
semua orang nak nampak cantik dan sempurna dipandangan mata manusia..
tapi sejauh mana cantik dan sempurnanya kita dimata Allah??
tepuk dada, tanya diri sendiri - muhasabah diri...

sejak dua menjak ni, saya dapat ramai kawan baru di ofis,
sebab ada satu team yang baru pindah dari level 14 ke level saya..
adat la kan? bila baru kenal mesti ada sesi kenal mengenal - ta'aruf la katakan..
so elemen penting semasa sesi soal menyoal itu sudah semestinya:
1. nama?
2. UMUR?
3. tempat tinggal?
4. asal?
5. dah lama buat projek ni? (berkaitan kerja kami)?
6. dah KAWEN? (optional)

dah orang tanya, so kita jawab la..
yang paling tak best bila time tanye soalan no 3 tu..
"umur awak berapa?"
saya pon jawab la dengan bangganya sebab saya tahu saya masih lagi berada dalam kalangan staff yang termuda..cehhhh
"owhhh muda lagi...." respon si yang bertanya...
?????
apakah makna disebalik ayat atau kata-kata itu?? 
macam ada makna atau sindiran yang tersendiri je...
macam tak percaya umur saya lagi muda dari diorang pon ada..
kalau sorang yang cakap macam tu, okay la jugak, ni dah lebih dari sorang,
so saya pon terfikir...
do i look older than my age??

tapi kadang-kadang, ramai jugak yang tegur
'belajar lagi ke dik? belajar kat mane?'
dalam hati berbunga-bunga, ada jugak yang nak cakap saya muda kan???
hoho tapi saya akur maybe saya nampak matang kot, that's why diorang tak perasan saya ni dua or tiga tahun lagi muda dari diorang..
so abaikan je la...
siapa kita dimata manusia tidak penting,
yang penting siapa kita dimata Allah...
(sedapkan hati sendiri... hahaha)
tapi itulah hakikatnya..



satu lagi issue yang agak sensitip adalah, 
yang soalan no 6.
 adoiii, nak tersedak jugak saya bila ramai yang tak percaya saya masih belum mempunyai calon...
apa?? ingat cari calon suami tu macam piih baju ke??
its not that simple la...

tambah-tambah sekarang ni memang musim kawan-kawan kawen,
memang ada rasa macam nak kawen jugak cepat-cepat...
tapi bila
kadang-kadang bila dengar macam-macam masalah orang yang sudah berumah tangga,
timbul pula rasa takut nak menghadapi alam perkahwinan..
tapi tak elok fikir macam tu,
setiap orang ada masalahnya sendiri, in shaa Allah semua itu ujian untuk menjadikan kita lebih kuat meneruskan kehidupan...

so sekarang boleh mula bersedia untuk ke next stage even tak ada calon lagi,
mudah-mudahan bila dah ada persediaan, jumpa calon boleh terus kawen..
 huk huk huk
'banyak berangan ni...'

yang penting banyakkan juga usaha untuk mendapatkan cinta Allah yang hakiki,
baru Allah bagi cinta hambaNya yang sejati..
in shaa Allah...

so kesimpuannya, abaikanlah apa yang orang sekeliling nak cakap,
menjadi diri sendiri itu lebih baik daripada terikut-ikut cakap orang lain,
yang penting kita sentiasa berusaha menjadi hamba yang terbaik disisi Allah...

 kepada yang bakal menjadi imamku kelak,
terima kasih kerana memilihku, sedangkan aku hanya wanita yang biasa,
jauh dari kesempurnaan yang diidamkan,
hanya memerlukan bimbinganmu untuk menjadi lebih sempurna dalam menyintai sang Pencipta..
In shaa Allah aku akan menyintaimu setiap detik waktu,
maka cintailah aku seadanya aku,
jangan berharap aku menjadi wanita sempurna,
maafkan aku kerana aku hanya wanita biasa...



wassalam












Sunday, 9 December 2012

Alhamdulillah... Housemate saya dah KAWEN!!

Dengan lafaz Bissmillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. hai readers, apa khabar sume??
('tolong la faham, ada ke orang nak baca blog ni', so sila abaikan yang tidak berkenaan..)

Alhamdulillah.. Lama jugak tidak update blog,
sedar tak sedar dah masuk bulan 12 dah..
tahun 2012 bakal berakhir tidak lama lagi..
weekend tuk bulan ni pon hampir-hampir penuh dijadualkan..
banyak perkara nak buat dan banyak jugak perkara lain yang tidak dapat diturutkan..


banyak perkara yang hendak dicerita dan diluahkan..
sebab banyak perkara yang terjadi dalam beberapa hari dan minggu kebelakangan ini..
ada yang sedih, marah, gembira dan segalanya..
tapi mungkin bukan semua mampu dicoretkan..
so kali ni nak yang mana dulu ye???
lets starts with the happiness la, 
sebab hari ni rasenya dah release tension-tension yang ada buat sementara waktu..

so?? macam mane nak mula citer ni??
erm gamble je la ye...
sebenarnya saya excited sebab kawan matrik saya dan merangkap haousemate saya baru sahaja menamatkan zaman bujangnya...
seriously, memang excited..
sebelum ini majlis diorang dirancangkan akan berlansung pada awal bulan 3 tahun depan..
biasa kita dengar ramai orang akan menangguhkan majlis disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan..
jarang sekali kita dengar majlis diawalkan, tapi inilah hakikat bahawa kita hanya merancang, tetapi sebaik-baik perancangan adalah Allah S.W.T
majlis mereka diawalkan daripada perancangan asal disebabkan halangan-halangan sebelum ini telah dipermudahkan Allah..
tengok la betapa Allah itu maha bijaksana,
dia permudahkan segala urusan hambaNya yang berniat baik bagi penyatuan dua hati ini..
nak bina masjid, bina baitulmuslim sekali.. In Sha Allah..

disebabkan dia ni housemate saya, so sedikit sebanyak persiapan yang dilakukannya saya memang boleh nampak di depan mata saya sendiri.. 
dia memang mengambil langkah bijak dengan merancang perkahwinan yang serba sederhana..
banyak yang disiapkan sendiri daripada menempah..
persiapan pelamin, hantaran dan baju hampir semuanya boleh dikatakan buat sendiri..
berjimat cermat sebelum kawen sebab kehidupan selepas kawen juga memerlukan belanja kewangan yang sangat banyak..

baru minggu lepas duk lepak-lepak sebagai orang bujang, sekarang dia sudahpon bertukar status..
baru minggu lepas duk excited terjerit-jerit tengok bola dalam TV time team Malaysia vs Indonesia, sekarang dah jadi isteri orang,
agak-agak masih sama ke??
hehe rindu saat-saat bujang itu walaupon seketika...

so 071212 mereka bernikah
081212 saya bertolak nun jauh ke Kemaman, Terengganu..
kawan punya pasal, jauh pon redah jua..
(sebab kebetulan ada housemate yang sorang lagi sanggup nak pergi jugak, so orang yang serba kekurangan macam saya ni mampu tumpang je la.. hehe)

perjalanan yang memakan masa hampir 4 jam memang letih tetapi excited dengan aura pengantin mampu mengatasi segalanya..
alhamdulillah kami selamat sampai di rumah kediaman pengantin perempuan bila jam mencecah ke angka 1 tengahari..

simple je kan?? tambah-tambah pelamin yang kat belakang tu..
diorang buat sendiri je, simple dan bila pengantin kat atas pelamin tu,
aura pengantin memang sangat terserlah sebab pelamin tu tidak menenggelamkannya..
(uhh merepek apa da ni...)
bab pengantin pula memang dah cantik, so pakai apa pon akan jadi cantik jugak...
betol tak??

jumpe pengantin lama kat umah pengantin baru.. (untuk cerita pengantin lama boleh rujuk entry sebelum-sebelum ini) hehe
macam gathering pulak..

sama canti, sama padan!!

selamat pengantin  baru buat pasangan mempelai.. semoga kalian berbahagia dan bercinta hingga ke syurga.  menjadi nakhoda sebuah bahtera perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang senang, memerlukan kebijaksanaan, perancangan serta persefahaman bagi setiap kemungkinan yang bakal terjadi dan bersedia menghadapinya dengan cekal, sabar, tabah, doa dan tawakal serta redha..

dah abis makan nasi minyak, tangkap gambar dengan pengantin dan bersembang bagai sementara menunggu pengantin lelaki sampai..
kami pon memulakan semula perjalanan pulang..
sememangnya seperti dalam perancangan secara kasar,
kami ke Kuala Kemaman dengan tujuan jalan-jalan mencari keropok lekor..
alang-alang dah datang, takkan nak balik tangan kosong..
bak kata orang kalau tak abis duit tak sah la kan??

yang best nye sepanjang perjalanan tu pantai..
dah dapat kopok lekor, 
singgah jap tepi jalan tengok laut..
memang kami je yang buat, orang lain tak buat pon macam kitorg buat ni..
macam orang tak pernah jumpa pantai pon ada juga lagaknya..
dah la tengah panas, ayu berbaju kurung pula tu...
lepastu singgah pula kat Pantai Pak Nik, makan air cendol buatan melayu bersama kopok lekor...
perjalanan diteruskan lagi,
nama pun negeri Terengganu, jadi memang sudah tentu terkenal dengan pulau-pulau peranginan yang indah..
tidak kurang juga dengan pantai yang cantik..
maka sebelum meneruskan perjalanan, kami jenguk pula ke sebuah pantai iaitu:

persinggahan terakhir adalah di Cherating Beach..
inilah salah satu masa yang ditunggu-tunggu sebenarnya..
sudah lama tidak ke pantai,  menikmati indahnya pemandangan di tepi pantai
Subhanallah.. cantiknya ciptaan Allah..
tenang seketika..
deruan ombak yang membelah pantai seolah berzikir memuji Ilahi..
memberi terapi minda yang sedang bercelaru..
dengan harapan segala tekanan hilang selamanya walaupun ianya agak mustahil..


Alhamdulillah perjalanan selepas itu berjalan dengan lancar..
kami selamat sampai tepat jam 2145.
terima kasih housemate yang bagi tumpang dan jadi driver..


banyak lagi weeding rakan-rakan seterusnya beratur memenuhi jadual waktu hujung minggu..
namun harap maaf bagi yang tidak kesempatan untuk bertandang ke rumah kediaman kalian semua..
In Shaa Allah jika diperi peluamg untuk bertemu di lain masa...

lots of love..
till we met again to the next wedding of the year...
who's next??

wassalam...







Thursday, 15 November 2012

Salam Ma'al Hijrah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
syukur masih lagi dianugerahkan segala kenikmatan daripada Allah swt.

Alhamdulillah,
1433H telah pun berlalu,
kedatangan 1434H diharapkan memberi sinar baru dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran ini..
semakin hari berganti hari, zaman sudah berubah, dunia pula sudah semakin maju,
sudah tentu ujian, cabaran dan dugaan yang harus dihadapi saban hari juga semakin mencabar..
diharapkan diri ini tetap istiqamah dalam setiap perkara baik yang telah diusahakan..
semoga sinar baru ini memberi peluang dan ruang untuk mengubah segala keburukan dalam diri kepada perkara yang lebih baik dan bermanfaat..
insyaAllah...


semoga perjalanan hidup tahun ini lebih indah dan penuh barakah..
Salam Ma'al Hijrah 1434H kepada semua..


p/s:
hepi belated besday to my beloved mum...
101112
semoga hidup ma sentiasa dalam keredhaan Allah...
sayang ma sangat2..
insyaAllah nanti ada kelapangan balik kg, nak bagi hadiah kat ma..
(ore tau dah hadiah gapo nk bagi ko ma...)
love u mum....

yaAllah aku ingin sentiasa dekat denganMu..
berikan aku kekuatan dalam setiap ujian yang Engkau berikan padaku,
aku yakin aku adaMu disisiku selalu...

bersama-sama kita doakan saudara sesama islam kita di Palestin sana..

just a quick update...

wassalam...


Monday, 29 October 2012

Hayati Erti Pengorbanan, Salam AidilAdha...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sudah selamat kembali ke Kuala Lumpur walau berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang minggu lepas sehinga semalam..
bila ingatkan semula rasa macam berserabut memikirkan pelbagai masalah yang singgah di benak..
masalah kerja , masalah customer, masalah majikan, masalah personal, masalah kewangan,
masalah kesihatan, masalah keluarga, masalah kawan-kawan, masalah orang sekeliling, 
masalah rumah tangga (erkk melampau-lampau dah ni -sila abaikan yang tidak berkaitan..)
kesemua masalah tu Alhamdulillah, menjadikan saya lebih matang dalam menanganinya
(cehh poyo je ayat, sebenarnya tak seberapa pon)

memandangkan kita masih lagi dalam mood beraya,
so hayatilah sepenuh-penuhnya erti pengorbanan..
setiap orang pasti pernah berkorban, tak kira la dari segi apa sekalipon..
yang paling penting pengorbanan ibu bapa kita dalam membesarkan kita dan adik beradik...
sayangi dan hargailah mereka selagi mereka masih ada..

kepenatan pulang berhari raya dari KL ke Pasir Mas, Kelantan masih lagi terasa
perjalanan pulang dengan menaiki bus memakan masa selama 15jam..
jem yang boleh dimakan dengan roti pon sodap yang teramat..
bermula jam 10.30 pagi daripada stensen bus putra, KL pada hari khamis
berakhir di stesen bus pasir mas, Kelantan pada pukul 1.30 pagi hari jumaat..

tidak kurang hebatnya dengan kepenatan perjalanan pulang dari kampung ke KL semalam yang mengambil masa selama 20 jam dengan menaiki kereta..
kami bercadang untuk melalui lebuhraya pantai timur-lebuh raya karak ke KL bagi mengelak kesesakan yang teruk dengan melalui jalan gua musang-kuala lipis,
namun kita hanya mampu merancang, Allah yang selayaknya menentukan..
rupanya bukan kami sahaja yang merancang begitu, malah ramai lagi warga kelantan dan terengganu yang membuat perancangan yang sama,
oleh itu laluan lebuhraya pantai timur-lebuhraya karak telah dipenuhi dengan plat kereta bermula dengan W??? dan mengalami kesesakan yang tidak mampu untuk digambarkan..
bertolak pukul 10.30 pagi semalam dari umah, sampai KL pukul 6.30 pagi arini..
2 saat bergerak 20 minit berhenti... adeiii

itulah dinamakan pengorbanan..
pengorbanan untuk pulang ke kg halaman bertemu ibubapa dan sanak keluarga,
seterusnya pengorbanan kembali ke ibu kota untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warga kerja demi sesuap nasi..

alhamdulillah, bersyukur sangat dilahirkan dalam keluarga yang harmoni dan penuh kasih sayang..
biar tak kaya duit, tapi kaya kasih sayang..
sayang ma abah abe-abe kak n adik-adik sume..
terima kasih Allah..
semoga kasih sayang antara kami berkekalan hingga ke syurgaMu yang abadi...


mood: selsema + demam + sakit tekak + batuk + sakit kepala..
esok kembali kerja..
semoga Allah permudahkan segala urusan 

salam Aidil Adha 1433H

wassalam...

Sunday, 21 October 2012

JODOH


Assalamualaikum...



Sekadar perkongsian.
Pengisian malam Jumaat yang bermanfaat..jom ikuti diskusi ini.. (diskusi ini berlaku semasa 2 tahun lepas)
Diskusi ini diketuai oleh Kak Ain (pelajar tahun akhir Sains Makanan & merangkap sebagai naqibah), Kak Dayah (pelajar lepasan diploma &  sekarang tahun 2 Bahasa Inggeris), Kak Erma (pelajar lepasan diploma & sekarang tahun 2 Dakwah & Kepimpinan), Nazirah (pelajar tahun 2 Dakwah & Kepmpinan) & saya (pelajar tahun 2 yang biase-biase saje).. Topic kami adalah mengenai Beriman Kpd Qada’ &  Qadar…

Kak Ain : Apakah  yang adik-adik faham tentang Qada’ & Qadar??
Kak Dayah : Ketentuan, ketetapan….
Kak Erma : Takdir!!
Saya dan Nazirah masih berfikir tanpa menjawab persoalan Kak Ain. Setelah agak lama menanti jawapan dari kami, akhirnya Kak Ain sendiri yang menjawab pertanyaannya tadi.. Mungkin agak hampa dengan kami yang dari awal lagi kurang bersuara.. Namun sabar dengan gelagat kami yang merupakan antara paling muda dikalangan sume..

Kak Ain : Ye betol jawapan Dayah & Erma tu… Qada’ & Qadar adalah setiap sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah.. Takdir pula, ada takdir yang baik & ada takdir yang buruk. Takdir yang baik adalah takdir yang memberi kita manfaat, contohnya makanan. Manakala takdir yang buruk pula adalah takdir yang boleh memudaratkan kita… Dan kita semua kene ingat setiap ape yang Allah takdirkan pada kita pasti ada hikmahNya, tak kira lah takdir yang baik atau yang buruk.. Kadang-kadang kita selalu menyalahkan takdir bila kita tak dapat sesuatu yag kita nak, sedangkan kita tak tahu sebenarnya ada yang lebih baik yang Allah dah tentukan buat kita. Jadi sepatutnya kita kene banyak bersabar, bersyukur, berdoa & tawakkal dengan ape yang terjadi.. So ape contoh takdir-takdir yang buruk dan hikmah disebaliknya??
Panjang lebar Kak Ain menerangkan berkenaan takdir itu tadi...
Kak Ain memandang kami berempat untuk mendengar jawapan.. Kami masing-masing ligat berfikir mencari contoh yang sesuai setelah mendengar penjelasan yang panjang lebar dari Kak Ain tadi..

Kak Dayah : Erm contohnya, kita gagal dalam study.. Ia satu contoh takdir yang buruk la bagi kita.. Tapi sebenarnya Allah beri kita gagal sebab nak suruh kita lagi kuat dan berusha bersungguh-sungguh time study tu.. Kita juga kene banyak berdoa & tawakkal pada Allah.. Mungkin kalau Allah bagi kita berjaya dari sekarang kita akan bangga diri, cepat rase selesa dengan keadaan sekarang, & tak nak berusha sebab kita tahu yang kita akan dapat jugak kalau kita tak usaha pon, so that’s why Dia bagi kita gagal dulu sekarang..  Jadi, kene banyak bersyukur la dengan takdir yang Allah dah berikan & berusaha untuk ubahnya kepada yang lebih baik sem ni pulak..

Kak Ain & yang lain-lain mengangguk-angguk tanda setuju dengan pendapat Kak Dayah..

Kak Erma : Erm kalau saya ambik contoh pasal cinta boleh tak Kak Ain?? Rase jiwang la pulak..hehe
Kak Ain : Terpulang pada kamu..
Kak Erma : Ok memandangkan remaja sekarang suka bila disebut soal cinta-cinta ni.. So saya ada satu contoh la..hehe.. Contohnya kalau kita bercinta, pastu clash.. Sebenarnya kat sini, Allah nak tunjuk kat kita bahawa cinta yang tidak berlandaskan Allah tak akan kekal, jadi lebih baik bercinta la dengan Allah dari bercinta dengan hambaNya.. Dari sini kita dapat muhasabah balik diri kita ape yang kita buat before ni adalah salah & Allah sangat sayangkan kita dengan perpisahan ini, supaya kita lebih ingatkan Dia.. So sepatutnya kita lebih bersyukur la bila Allah putuskan kita dengan couple kita tu untuk kita kembali kepada cinta yang hakiki, iaitu cinta kepadaNya.. Subhanallah baiknya Allah.. Supaya kita menjadi hamba yang lebih baik dari sebelumnya..

Kak Ain tersenyum sendiri sambil mengangguk setuju.. Seterusnya  3 pasang mata memandang saya & Nazirah, kerana hanya kami tidak memberikan contoh lagi bagi persoalan Kak Ain. Kami pula saling berpandangan & sama-sama tersenyum.. Tetapi Nazirah lebih pantas bersuara mengatakan dia belum mendapat point untuk bersuara. Mahu tidak mahu saya la yang harus bersuara  kali ini. Walapon masih tidak punyai point yang kukuh, namun otak sentiasa ligat berfikir mencari hujah untuk menguatkan kata-kata saya selepas ini..

Saya : Erm saya juz sambung sikit lagi dari situasi Kak Erma la…hehe (pasal cinta lagi.. macam la aku pernah bercinta.. tapi takpe la coz aku tak tau nak cakap ape.. dari tadi otak macam beku sebenarnye..) Erm kadang-kadang orang putus cinta, or putus tunang ke, die selalu salahkan takdir..So ni dalam kategori takdir buruk la kan, sebab bukan ini yang kita nak sebenarnya dalam sesuatu perhubungan..(cehhh) Tapi sebenarnya disebalik takdir itu, mungkin Allah dah tetapkan die tak sesuai untuk kita.. Allah dah tentukan ada yang lagi baik & hebat dari die.. Mungkin kita akan lagi bahagia dengan orang lain.. Sesungguhnya Allah mengetahui ape yang tidak kita ketahui. So sepatutnya kita kene banyak-banyak bersyukur dengan petunjuk dari Allah ini.. kalau tak, mungkin kita dah tersalah pilih pasangan.. (eh btol ke ape aku ckap ni..entah-entah aku merepek je…)
Kak Ain: Erm sume contoh-contoh yang adik-adik bagi tu betol… Tapi satu contoh yang paling mudah Kak Ain nak bagi ialah Allah bagi kita rase lapar. Kalau tak lapar tak makan la kita.. so simple kan..
Kami semua mangangguk setuju.. (simple & tepat contoh Kak Ain, tak payah nak pikir jauh-jauh pasal cinta la, pape la..ish3.. Subhanallah hebatnya Allah, kita rase lapar pon satu takdir rupenye..)

Kak Dayah : Erm saya nak tanye, takdir tu kan ketentuan yang Allah dah tetapkan... Dari sekecil zarah pon Allah dah tetapkan segala-galanya ape yang terjadi kat kita ni… So ada tak tadir yang boleh kita ubah??
kak dayah bertanya sambil memandang ke arah yang lain, mohon penjelasan.
Kak Ain : Ada tak sape-sape yang nak tolong jawab soalan ni??

Nazirah : Yess.. Memang takdir boleh berubah mengikut ape yang kita ushakan & ape yang kita doakan dengan bersungguh-sungguh. Allah maha adil. Kalau kita buat baik mesti Allah bagi yang baik even Allah dah tetapkan yang buruk pada kita pada awalnya.. Dengan usha, doa & tawakkal, takdir tu boleh berubah.. Yang penting kene istiqomah jugak la, tak pernah kenal erti putus asa… Erm saya ada satu benda nak kongsikan dengan sume..  Ni mak saya yang bagi contoh & sampai sekarang saya boleh faham pasal konsep Qada’ & Qadar ni… Kalau kita hayati satu maksud dalam Al-Quran yang lebih kurang camni bunyinya, “wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik & lelaki yang baik untuk wanita yang baik juga, & begitulah sebaliknya.”  Ok, sebenarnya dah tertulis pon kat Loh Mahfuz sana yang jodoh seorang wanita ni dengan si polan bin si polan ni.. pada awalnya wanita ni jahil dalam agamanya, maka disebabkan Allah yang maha adil, begitu jugalah keadaanya dengan si polan tu.. tetapi setelah seberapa lama, si wanita ni sedar & insaf, maka telah kembali ke pangkal jalan (Alhamdulillah dengan hidayah Allah)…
so sekarang die dah jadi baik kan?? So, adakah jodohnya juga berubah kepada orang lain???
Jawapannya tidak.. Jodohnya tetap dengan si polan tu, tetapi yang berubahnya, keadaan si polan tu.. die pon dah jadi orang yang baik.. MasyaAllah hebatnya Allah mengatur hidup hambaNya… Adilnya Dia.. Jadi disini la kita sendri nilai diri kite, kat mana kita berada sekarang.. Jadi disitu lah juga kita dapat tahu kat mane diri pasangan kita berada sekarang… so begitulah konsep qada' & qadar sebenarnya boleh berubah mengikut usaha yang kita cuba dapatkannya.....
(Wahhh dalam diam die mengeluarkan point yang sangat kukuh… Patut la Kak Ain biar je bile die tak bersuara, coz dah tau kalau die bersuara pasti jawapannya betol, tepat, lengkap & padat..syabas Nazirah!! Saya suke dengan jawapan awak…hehe)

Erm orang selalu cakap kalau kita nak jodoh yang baik, kita kene la jadi baik dulu.. erm betol3, saya sangat setuju & sekarang makin yakin dengan adanye jawapan dari Nazirah tu.. Tapi secara jujurnya before ni, saya ingat jodoh tu berubah dari orang lain kepada orang lain, rupe-rupenye Allah jadikan juga pasangan kita  bertambah baik kalau kita pon bertambah baik… Adilnya Allah terhadap hamba-hambanya…

‘Ya Allah jadikan hambaMu ini seorang yg bersyukur & redha dengan setiap takdirMu, siapa jua jodohku aku yakin dia adalah yang terbaik yang Engkau telah tetapkan untukku.. Amin’


p/s: saya pernah post entry ni dulu kat yahoo emel blog, tapi sekarang no longer exist.. tetiba jumpa balik entry ni dalam document, so saya post sekali lagi kat sini pulak..

semoga ada sesuatu untuk dikongsikan bersama


wassalam

Sunday, 14 October 2012

Day 9

Assalamualaikum...

ya Allah lama betol tak update entry tuk 28 hari mencari cinta rasul ni..
dh setahun lebih agaknya...
itulah, update entry yang merepek meraban boleh, 
nak update entry yang islamik dan berguna untuk semua orang susah pulak..
ini lah manusia, 
selalu je leka & alpha..
(membebel untuk telinga yang paling dekat..)
YaAllah berilah aku taufik dan hidayah semoga aku sentiasa mengingatiMu..

bersesuaian dengan mood customers saya tuk last week, yang suka nak marah-marah..
sedangkan saya tak salah!! saya cuma menjalankan tugas sahaja..
maka oleh itu saya tujukan khas kepada semua customers saya dan bakal customers saya..
jangan marah-marah ye semua..
redha lah dengan apa yang berlaku itu..
terima lah hakikat, kalau barang tu rosak,
maknanya dah tak ada rezeki la tu..
belilah yang lain..
anda mampu untuk membuat pilihan yang lebih bijak..


kalau rasa nak marah tu, cepat-cepat ambik wudhuk,
baca quran dan buat solat sunat..
insyaAllah hati akan menjadi lebih tenang..

maafkan semua orang setiap hari sebelum melelapkan mata..
dan berdoa supaya orang lain turut memaafkan kita sebelum tidur mereka..


saya pon dah maafkan anda semua..
semoga ada sesuatu yang dapat dikongsikan..

wallahu'allam...

wassalam..

Sunday, 7 October 2012

Perasaan itu Satu Ujian...

Assalamualaikum..

minggu ni ada macam-macam rasa,
macam-macam perkara fikir dalam kepala..
yang penting, Allah selalu ada bersama kita..
Alhamdulillah.. terima kasih Allah..

bercakap secara general, semua orang pasti mengalami saat-saat mempunyai 
perasaan yang sukar untuk diungkapkan..
bak kata orang, buat kerja sume serba tak kena
makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah..
ada orang cakap perasaan macam tu adalah anugerah..
betul ke??
betol betol betol!
perasaan itu anugerah sekiranya kerana Allah..

ramai orang yang kononnya bercinta kerana Allah,
tapi ada jugak yang bercinta kerana Allah tu, putus ditengah jalan,
so kerana Allah ke tu?
mungkin ya, mungkin juga tidak..
bercinta kerana Allah itu, bukan sekadar dimulut, 
tapi dengan hati dan perbuatan sekali..
hanya Allah yang tahu kita bercinta tu berlandaskan cinta kerana Allah ataupun tidak..
yang paling afdal adalah perlahwinan,
cinta selepas kawen lebih barakah..
lebih terasa manisnya..

okay okay, terlebih emo pulak saya,
bukan saya nak citer pasal cinta after nikah pon..
ni citer lain..
citer yang tiba-tiba je boleh ada perasaan tu..

dah lama saya tak alami perasaan yang macam ni..
sebelum ni (semasa saya jahil tentang kehidupan), 
ada la jugak timbul perasaan ni,
dah timbul tu layan je la..
siapa tak nak rasa camtu?
...................
tapi hakikat yang perlu saya lalui adalah
hati tak tenang, rasa macam jiwa kacau pulak..
tapi perasaan tu tak lama
bayangnya berlalu dek masa dan jarak yang memisahkan..

masa yang berlalu, menjadikan saya semakin belajar mengenal kehidupan..
kehidupan yang 100% pergantungan kita bukan pada siapa-siapa,
tetapi hanya pada si Dia yang Maha Esa...

namun kini saya didatangi lagi dengan perasaan itu..
ya perasaan itu indah..
namun hakikatnya itu semua adalah ujian..
ujian sejauh mana kewarasan saya berfikir,
sejauh mana kebergantugan saya pada si Dia..

menangis mohon petunjuk,
Alhamdulillah,
saya masih punya Allah untuk mengadu,
ternyata perasaan yang hadir itu bukan anugerah untuk saya,
ia cuma bisikan syaitan untuk melekakan saya kepada Pencipta saya sahaja..
kini saya semakin tenang menghadapinya...
mohon ketenangan yang berpanjangan ya Allah...

............................................................
         Hadis nabi yang bermaksud: 
‘sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya, hingga kematian 
datang menjemputnya, maka dia adalah seorg yg syahid.’
- riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain.

  Dalam riwayat lain pula bermaksud: 
‘ sesiapa yg jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan 
bersabar hingga meniggal dunia, maka dia adalah seorg yg syahid.’


Ya Allah, andainya dia adalah jodoh yg ditetapkan olehMu kpdku, maka, campakkanlah ke dlm hatiku, cintanya adlh krn-Mu, dan campakkanlah ke dlm hatinya, cinta kpdku adlh krn-Mu.
Namun, andainya dia bukanlah jodoh yg ditetapkan oleh-Mu kpdku, berikanlah aku kekuatan agar pasrah dlm mengharungi ujian, yg Kau berikan kpdku….

Ya Allah sekiranya perasaan ini hanya bisikan syaitan yang
hadir semata-mata untuk melekakan aku terhadapMu,
maka Engkau jauhkanlah ia dari aku,
peliharalah aku untuk sentiasa tidak melupakanMu..

...........................................................................

kadang-kadang Allah hantar seseorang untuk menguji kita,
kadang-kadang Allah hilangkan seseorang untuk menguji kita,
kadang-kadang Allah beri kesakitan untuk menguji kita,
dan kadang-kadang Allah beri keselesaan juga untuk menguji kita..
-jangan mengeluh-
*copy daripada status kawan di FB*


perasaan itu adalah anugerah, malah ia juga satu ujian bagaimana untuk kita memelihara perasaan itu..

hope the points will share to others...
wassalam

Sunday, 30 September 2012

Kawan Saya Dah Kawen!!


Assalamualaikum..

Allahmdulillah, ada kelapangan masa untuk update blog..Daripada duk bercerita sorang-sorang baik bercerita dalam blog..hehe
Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini, saya nak bercerita sedikit berkenaan sorang kawan saya dah kaweeeen!! (sila baca dengan excited)

Ohh memang kami semua excited sangat bila dengar dia akan menamatkan zaman bujangnya.. tak sangka dalam kami-kami ni, dia yang sampai jodoh dulu. Dalam mind saya duk ingatkan housemate saya yang paling awal akan kawen pada awal tahun depan, rupanya tak!! Ada yang lagi awal. Antara kami berlima, yang lain duk hangat bercinta, tapi yang lain yang kawen dulu, mana tak terkejut.. diam-diam je, tup tup kami semua dapat kad undangan. Siap undangan special lagi, undangan akad nikah.

Kebetulan tempat majlis pon dalam area KL jugak, so kami tak lah keberatan nak menghadirinya. Ada dua orang yang kerja hari sabtu pon, kami paksa diorang ambik cuti. Sebenarnya kami semua dah lama tak jumpa, boleh dikatakan dalam 4 tahun la. Sejak abis matrik dulu. Itu pon salah satu sebab excited semacam. Kalau saya sendiri pulak, ini majlis perkahwinan yang kedua yang saya hadiri di kalangan kawan-kawan.  Yang lain bukan tak nak pergi, tapi banyak kekangan yang menghalang untuk ke majlis perkahwinan mereka. Tambahan, ini pula antara kawan rapat saya, jadi kalau boleh tak nak ketinggalan untuk meraikan bersama detik-detik bahagia mereka..

Before jauh bercerita, inilah kitaorang.. gambar zaman 4 tahun lepas.. sume muda mudi lagi..hehe

saje kecikkan gambar. 1st time expose gambar sendiri dalam blog..
Dalam kami berlima ini, agak-agak yang mana satu akan kawen dulu? Dan yang mana satu pengantin baru yang saya tengah bercerita ni??

Okay sambung balik cerita!

Sebelum ke majlis dia, saya dengan kawan saya ni (merangkap housemate saya sekarang-yang sebelah saya dalam gambar), kami stalker FB dia. Disebabkan kami tak sabar nak tengok siapalah bakal husband die, so dengan harapan kami dapat tengok dulu melalui FB dia. Namun nyata usaha kami gagal. Sebab dia budak baik-baik, alim pulak tu, mana ada letak gambar lelaki dalam FB. Kami check FB bakal husband die pon, tak ada letak gambar. So terpaksalah kami bersabar sehingga hari perkahwinan mereka. Majlis akad nikah dan perkahwinan akan diadakan di K-Club, Taman Melawati. Dengar nama pon, macam happening dan mewah je majlis diorang ni. Itu yang buat kitorang tak sabar-sabar je nak attend majlis tu.. Tak dinafikan yang dia ni dari keluarga yang agak berada tetapi hidup dalam penuh kesederhanaan. So tak mustahil kalau majlis nak happening bagai, lagipon dia anak sulung. Tapi saya tak boleh imagine lagi majlis yang bakal berlangsung tu macam mana. So tunggu je la, sehingga hari yang dinanti itu. (dah macam saya pulak yang nak kawin nya..)

di Hari kejadian:
Tempat yang kami cari, tidak lah sesusah mana, sesat sikit je. Kami sampai agak awal, bakal pengantin pon ngam-ngam baru je lepas bersiap dan bersolek. Nampak je kitorang sampai, berlari-lari anak dia mendapatkan kami. Owhh lama nya tak jumpa. Dia dah makin comel pulak.
Saya terpegun seketika. Baju akad nikah berwarna putih yang sangat simple, dengan solekan yang nipis dan simple. Cukup! Yang penting seri pengantin menampakkan dia cantik dalam persalinan serba putih akad nikahnya.

Kami masuk pula di dalam bilik khas bagi majlis akad nikah yang bakal berlangsung kurang sejam lagi. Hanya mini pelamin yang sangat-sangat simple berwarna putih & biru tersedia disitu. Memang sangat bersederhana. Tak perlu berlebih-lebihan, yang hadiri pon hanya saudara terdekat kedua-dua belah pihak.



ruangan berlangsungnya majlis akad nikah yang cukup simple dimple...

Alhamdulillah, akhirnya dengan sekali lafaz, dia sah menjadi isteri kepada seseorang yang kelihatan cukup simple dan pemalu. Biasalah dalam rumah tangga, kalau isteri dah banyak cakap, si suami kene banyak berdiam. Oppss..tak lah, kawan saya bukan banyak cakap sangat, die just happy go lucky je sepanjang masa..hehe.
Diorang berkawan sejak dibangku sekolah lagi, bermula dari darjah satu sehinggalah ke tingkatan lima. Tapi sejak bila cinta mereka mula berputik ataupun disebabkan pilihan keluarga, tidak dapat dipastikan. Yang penting itulah pilihan Allah yang terbaik buat mereka.

Selepas lafaz akad, dan ta’liq. Si suami tidak lupa untuk melakukan solat syukur terlebih dahulu. Owhh sejuk mata memandang, (eh laki orang tu!!) kemudian barulah upacara pembatalan air sembahyang, isteri sarung cincin kat suami. Kemudian…apa yang jadi???

Biasanya kita tengok si suami akan kucup dahi si isteri kan?? Tapi kali ini, si suami letakkan tangan kanannya sambil mulut terkumat kamit membaca doa. Alaaa yang macam Ustaz Don buat kat isteri dia tuuu. Cukup simple kan? Tak payah nak cium-cium depan semua orang untuk buktikan kasih sayang, yang penting perkara yang kita buat tu lebih mendapat keredhaan Allah.

kemudian, menganjak ke tengah hari pula, majlis makan beradap. Di dalam dewan yang tersegam indah, tiada pelamin mewah untuk persandingan seperti yang di’imagine’ sebelum ini. Hanya dewan dengan hiasan yang cukup simple. Dengan persalinan baju berwarna biru turquoise dan hitam, satu gandingan yang saya rasa cukup berani. Sebab jarang kita tengok orang kawin pakai warna hitam. Sepasang jubah yang cukup simple. Majlis yang juga simple dan penuh barakah. Tiada majlis persandingan bagai, cukup dengan kedua mempelai makan makanan pengantin dan kemudian upacara memotong kek.

Berakhirnya sebuah majlis yang cukup simple dan sederhana, namun penuh barakah. Tak perlu berhabisan, yang penting setiap perkara yang dilakukan itu mendapat keredhaan dari Allah.
Untungnya dia, bukan sahaja dilahirkan dalam keluarga memahami konsep islamik sebenar, tetapi kini mendapat pasangan yang sama fikrahnya. Selamat pengantin baru & selamat membina baitul muslim buat pasangan mempelai. Semoga pasangan Aisyah dan Hafiz berbahagia meniti alam rumah tangga yang baru dibina. Selamat bercinta hingga ke syurga. InsyaAllah bakal melahirkan zuriat yang soleh & solehah, sebagai khalifah ummah dimuka bumi Allah ini .

sama cantik, sama padan. yang paling penting sama fikrahnya..
alhamdulillah..

Mungkin entry saya kali ini, menimbulkan banyak spekulasi. Maka mohon maaf di atas kekilafan kata-kata yang mungkin mengguris hati. Namun, bukan tujuan saya untuk membandingkan dengan majlis perkahwinan kawan-kawan lain, saya cuma cukup kagum dengan majlis yang cukup sederhana ini. Saya pon kalau boleh nak majlis yang simple je, tapi saya tak pasti lagi, apa yang saya impikan itu, bakal terjadi atau pun tidak. Tiba-tiba jadi pembaziran ke dikemudian hari kelak? Saya sendiri pon tak tahu, tapi mintalah dijauhkan dari semua perkara yang tidak elok itu. 

p/s: selamat pengantin baru juga kepada pasangan 
Suhaylah (kawan baik kepada aisyah-pengantin kat atas tu) & Zahin (statistik ukm)
semoga kalian juga turut berbahagia hingga ke syurga yang abadi.
maaf tak dapat hadir majlis dipihak perempuan tempoh hari.

tahniah juga kepada kawan-kawan lain yang turut bakal meninggalkan zaman bujang ke alam rumah tangga,
mohon maaf sebab tidak dapat hadir di majlis persepsi kalian. hanya ucapan dan doa dari jauh yang mampu dipanjatkan
tidak lupa juga ucapan tahniah kepada kawan-kawan yang bergelar tunangan kepada seseorang..
<doakan juga jodoh owner blog cepat-cepat sampai..>

mode: saya pun rasa tak sabar nak kawen jugak!!!

"ya Allah, jadikanlah hambaMu ini menyintai orang yang beriman 
dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku"

wassalam...







Saturday, 22 September 2012

Kerja Oh Kerja


BOS: Kalau awak join kerja dengan saya, nak tak?
STAFF: Ermm, berapa En nak offer saya?
BOS: Saya offer awak lebih seringgit daripada gaji yang awak dapat sekarang..hehe
STAFF: Alaa, seringgit aje yang lebihnya??
BOS: Erm.. OK, kalau saya nak offer awak RM4000, awak rase awak boleh ke buat semua kerja dengan memenuhi kehendak saya?
STAFF: Secara jujurnya, dengan pengalaman yang tak seberapa yang saya ada sekarang, memang saya tak dapat nak buat mengikut kehendak En. Tapi saya pun tak mintak gaji RM4000 buat masa sekarang ini. Saya Cuma minta gaji yang adil dengan qualification yang saya ada. Itu sahaja.
BOS: Ok, memang tidak dinafikan, qualification merupakan perkara yang penting dalam sesebuah bidang pekerjaan, tetapi awak jangan lupa pengalaman merupakan satu lagi aspek penting yang perlu dititikberatkan bagi menjamin mutu kerja yang lebih baik dan ia menunjukkan setakat mana kemampuan yang ada dalam diri seseorang mengendalikan setiap urusan pekerjaannya.
STAFF: Memang pengalaman saya sekarang tidaklah seberapa, tetapi kalau bos yang tak bagi saya peluang untuk membuktikan kemampuan yang saya ada, maka saya rasa tidak salah kalau saya ingin mencari peluang di tempat lain yang mungkin lebih baik dari ini, betul tak?
BOS: Ya, memang tak salah. Tetapi sayang sangat sebab awak dah berada sebelah kaki di sini, awak Cuma perlukan sedikit masa dan usaha untuk memastikan sebelah lagi kaki awak turut berada di sini bagi mendapat jawatan yang lebih baik daripada sekarang. So, awak kene tunjukkan yang awak boleh pergi lebih jauh daripada apa yang awak buat sekarang. Awak ada banyak peluang kat sini yang awak boleh gunakan tetapi awak perlu mencari jalan bagaimana hendak menonjolkan diri awak, supaya awak menjadi lebih maju kelak.
STAFF: Masalahnya, saya memang tak Nampak apa-apa jalan pon sekarang ni, bagaimana cara hendak pergi lebih jauh di sini??
BOS: Itu lah sebabnya, awak kene pandai mencari peluang dan jalan macam mana awak hendak berjaya di sini??
STAFF: Macam mana, saya hendak mencari jalannya, kalau bos saya berada di atas, saya pula berada di bawah. Bos saya tak pernah datang jenguk saya atau memantau kerja-kerja yang saya buat. Dia tak pernah nak ambik tahu apa masalah yang saya hadapi sepanjang saya buat kerja ni dan bayak lagi la.. So macam mana saya nak dapatkan promotion daripada bos saya kalau cara saya bekerja tidak diperhatikan dan tidak dinilai oleh bos saya sendiri??
BOS: Erm.. Itu, saya tidak boleh cakap apa-apa lah. Itu masalah datang dari bos awak la. Kalau awak di bawah seliaan saya, saya tahulah bagaimana cara awak buat kerja semua tu..
STAFF: erm itulah masalahnya En…
BOS: So dalam kes awak ni, awak kene terima qada’ dan qadqr Allah, bahawa rezeki awak hanya setakat ini sahaja.
STAFF: Yup! Saya sedar, saya terima, dan saya bersyukur dengan apa yang saya ada dan perolehi sekarang…

KESIMPULANNYA:
>Gaji yang kita perolehi, adalah sesuai dengan level kemampuan kita.
>Terimalah qada’ dan qadar Allah seikhlasnya, kerna pasti ini satu ujian buat hambaNya dalam meniti kehidupan yang lebih mencabar kelak.
>Jadikan semua masalah itu sebagai motivasi dan pendorong untuk kita menjadi lebih kuat dan lebih baik daripada kedudukan kita sekarang.


Assalamualaikum..

lama betul tak update blog, daripada sebelum raya sampai dah habis sebulan beraya,
banyak sangat perkara dah jadi, hujung minggu pulak ada sahaja perkara nak dilakukan..
kadang-kadang rase macam tak cukup je weekend yang ada 2 hari untuk berehat..

perbualan di atas, bukan sekadar rekaan semata-mata, tetapi realiti yang agak sinis untuk
diterima, namun sebagai umat Islam, kita perlu tanganinya dengan sebaik mungkin
supaya menjadi insan  yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan.
sekadar perkongsian, banyak lagi cabaran dan ujian yang perlu dilakukan di alam
pekerjaan yang sebenar. realiti bekerja, tidak seindah mimpi syoknya bila dah bekerja..

mood: ikhlaskan hati dalam setiap perkara yang dilakukan..

notakaki: Tahniah buat exroomate matrik KMNS 07-08 siti aisyah & pasangan yang
selamat diijab kabulkan pada hari ini. semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke
syurga. ada sesuatu yang menarik mengenai perkahwinan mereka yang ingin saya
kongsikan. nantikan pada entry yang akan datang.. (cehhh macam ada je orang nak baca,
huhhh)

till we meet again..

bye..


Saturday, 11 August 2012

Entry Takde Tajuk...

Assalamualaikkum..

lama rasenya tak update blog...
entry terakhir sebelum puasa, sekarang ni Ramadhan dah semakin meninggalkan kita semua..
berkesempatan lagi kah kita dengan Ramadhan tahun hadapan??

Ramadhan kali ini, banyak yang berubah daripada Ramadhan yang sebelum-sebelum ini.
kali ini, dah bertukar status, bukan lagi berstatus seorang pelajar,
balik kerja, terus masuk dapur dan siapkan juadah berbuka puasa.. (cehhh macam banyak sangat masaknya)
memang penat tapi rasa kenikmatan bila dapat makan masakan yang dimasak sendiri, walaupun tak sesedap mana.. biar pun hanya berkesempatan untuk goreng ikan dengan masak sayur campur je, tapi sudah cukup memadai..(cehhh merendah diri pulak)
setakat 21 hari berpuasa, Alhamdulillah baru sehari ke bazar Ramadhan, 2 hari berbuka rumah kakak, dan selebihnya makan dirumah, masak sama-sama dengan housemate.. best masak sendiri ni, sekurang-kurangnya boleh improve skill memasak.. dari yang tak pandai boleh jadi pandai, dari yang tak pro boleh jadi pro dan dari yang tak sedap insyaAllah makan time lapar-lapar boleh jadi sedap..huhu

bebanan tugas kerja yang bertambah hampir dua kali ganda disebabkan target perlu juga dicapai untuk cover cuti berhari raya nanti.. penat, tapi itulah tugasan yang perlu dilaksanakan.. 
semoga ianya menjadi satu ibadah yang bukan sia-sia.. (dalam proses mengikhlaskan hati)
bila balik rumah pula, sibuk dengan jahit manik.. 
inilah padahnya, tengok baju orang ada manik dan labuci bagai,
kita pon nak jugak,
nak beli yang maham-mahal tak mampu, jahit sendiri je la yang termampu..
happy tengok baju raya dah mula 'mengerlip' sikit-sikit..
tak nak meriah sangat pon cukup lah seadanya.. buat jahitan pon yang simple-simple je, biasalah orang baru-baru nak blaja, banyak lagi kene blaja bak-bak jahitan ni..
satu baju dh siap, tinggal lagi satu baju nak kene siapkan sebelum raya ni..hehe..

ibadah-ibadah sampingan, insyaAllah akan ditingkatkan lagi dari masa ke semasa..
sekarang dah pon masuk ke fasa 10 hari terakhir Ramadhan.. tak lama lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita semua, dikesempatan ini juga la kene berkobar-kobar buat ibadah, dengan harapan dapat ditemukan dengan malam LailatulQadar..InsyaAllah, jom sama-sama kita usahakannya...
sedih pula rasa bila bulan puasa dah nak abis, nanti rutin harian akan berubah lagi..
huk huk

insyaAllah bakal pulang ke kampung pada 14hb nanti, semoga semuanya berjalan dengan lancar..
hari raya tahun ini merupakan hari raya pertama saya yang bagi duit raya..
sebelum ini tadah tangan je mintak duit raya dari orang, tapi sekarang memang dah tak merasa lagi la..
orang lain pulak yang mintak penuhkan poket diorang... 
biasa lah adat bila orang dah bekerja..
yang penting duit raya untuk ma, abah, adik-adik dan anak-anak tersayang..
walaupun tak seberapa, yang penting ikhlas..
beri setakat yang termampu..

barang-barang lain untuk persiapan raya, masih lagi ada yang kurang yang perlu ditambah..
kueh raya pon nampaknya tak sempat nak buat sendiri, so kene pergi buat kueh tunjuk-tunjuk kat kedai je la, boleh cepat siap...

tahun ini ambik cuti sebelum raya, dengan harapan boleh sama-sama berpuasa di kampung sebelum raya..
tapi cuti lepas raya 3 hari je la yang ada.. 
tak tau la sempat ke tak jumpa abang yang sorang tu.. tahun ni dia beraya dirumah mentua dulu...
bila adik beradik dah membesar, dah mula ada keluarga sendiri, 
memang susah nak berkumpul ramai-ramai time raya..
macam tu lah adat berkeluarga kene bergilir-gilir balik kampung, dapat pulak pasangan yang kampung jauh-jauh.. memang agak susah jugak la..
tapi apa-apa pon semoga hari raya kali ini memberi lebih keberkatan kepada kami sekeluarga..
insyaAllah..

p/s: kepada semua kaki-kaki novel, mesti pernah dengar pasal blog novel Penulisan2u kan??? http://www.penulisan2u.my/ .....
kalau berkesempatan blogwalking kat sana, cuba la baca cerpen cinta neslo ye?
lepas tu sudi-sudilah komen... hehe

akhir kata, selamat meneruskan ibadah puasa dengan jayanya... semoga kita dipertemukan dengan malam yang ditunggu-tunggu, Lailatul Qadar..semoga kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang...
selamat hari raya AidilFitri, maaf zahir batin dari owner blog..

wassalam....







Sunday, 15 July 2012

............Muhasabah..............

Ya Allah,
Ampunkan dosaku kerana seringkali lupa, leka dan alpha di atas segala nikmat dan anugerah yang Engkau kurniakan terhadapku.
Ampunkan dosaku kerna seringkali terlupa untuk memanjatkan  kesyukuranku kepadaMu di atas rezeki yang Engkau limpahkan kepadaku.
Aku hanyalah seorang hambaMu yang serba kekurangan, hina lagi dina yang seringkali tidak pernah merasa cukup dengan segala rahmat yang Engkau berikan.
Sedangkan Engkau tidak pernah putus-putus melilnpahkan rezekiMu kepadaku,
malah tidak pernah pula meminta apa-apa jua dari hambaMu ini melainkan cukup dengan rasa kesyukuran dengan rahmatMu itu..
sungguh aku malu denganMu Allah..

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Aku yakin dengan segala ketentuanMu,
Aku yakin dengan segala rahmatMu,
Aku yakin dengan segala nikmatMu terhadap aku,
maka Engkau titipkan rasa kesyukuranku terhadapMu,
ikhlaskanlah hatiku melakukan segala pekerjaanku dan perintahMu,
tenangkanlah hatiku menhadapi segala ujian-ujianMu.

Sesungguhnya aku yakin Engkau telah aturkan perjalanan hidupku dengan baik sekali,
aku yakin inilah yang terbaik buatku,
aku yakin pasti ada yang hikmah disebaliknya...

Alhamdulillah, syukur aku panjatkan padaMu di atas segala nikmat, rahmat dan anugerah yang tak terkira yang Engkau pinjamkan untuk aku miliki kini.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Aku bersyukur padaMu Ya Allah...


jom berMuhasabah..

bersyukurlah dengan apa yang ada sebaiknya..
jauhkan merungut,
pastinya apa yang kita perolehi kini, adalah yang terbaik buat kita pada masa ini..

p/s: Peringatan untuk telinga yang paling dekat iaitu untuk diri sendiri....


Ahlan wasahlan ya Ramadhan..


Sunday, 1 July 2012

Makan Memilih

Bismillahi Rahmani Rahim..
Assalamualaikum...
salam sejahtera & salam satu Malaysia.. 
(erkk, xpe patriotik sekali sekala)

Alhamdulillah.. syukur!!
masih dikurniakan rezeki, rahmat, dan anugerah dari yang Maha Berkuasa...

selamat kembali ke entry yang terbaru!!
erkk macam nak buat iklan pulak,
tak payah nak perasan sangat la tuan punyer blog oiii...

okay, straight to the point,
kali ini nak bersembang-sembang pasal makan dan makanan..
sejak akhir-akhir ini, nafsu makan bertambah-tambah..
berat badan pon duk turun naik turun naik je..
tapi tak ape, layankan sahaja asalkan tidak keterlaluan dan berlebih-lebihan..
bak kata pujangga,
'berhenti sebelum kenyang'
(pujangga ke??)

setiap orang mesti ada menu-menu tertentu yang tidak boleh diambil atau dimakan
tidak kira lah samada disebabkan oleh alahan penyakit, ataupun alahan tekak mahupun di atas sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan..
ada orang alahan seafood, alahan belacan, alahan kacang dan macam-macam lagi la...

alahan tekak??
macam tak pernah dengar je orang sebut alahan tekak kan?
saya pon kurang arif ada ke tak orang sebut alahan tekak ni,
walaubagaimanapun, saya nak sebut jugak!!hehe
alahan tekak ni, sebenarnya 
anda akan merasa loya bila termakan sesuatu makanan secara tidak sengaja mahupun dengan sengaja...
contohnya merasa geli atau loya terhadap makanan tertentu yang jarang atau tidak pernah dimakan..
ianya seperti ikan sungai, belut, ayam kampung dan macam-macam lagi..

sebab-sebab lain pula adalah disebabkan
budaya, keturunan, tragedi dan sebagainya..
termasuklah cara bagaimana masakan itu disediakan..
ada orang tak boleh makan masakan kampung, sebab dah biasa makan makanan western..
macam-macam betul ragam manusia..

tak percaya??
mari saya buktikan!! (tak jamin terbukti atau tak!!)
cuba perhatikan , bagaimana cara ahli keluarga anda memilih makanan untuk dimakan...
pasti setiap ahli punyai ragam yang tersendiri

saya ambil contoh dalam keluarga saya sendiri..
abang saya yang paling banyak karenah sekali kalau bab makan,
kalau tak sedap dah memang confirm la tak makan,
kalau tak ada lauk best pon tak makan,
kalau masakan kurang masin atau manis dia tak makan, 
nasi lembik pon tak makan!!
susah betul nak kena dengan selera dia,
nasib la wife dia, masak kene ikut selera dia je..haha
(maaf ye abang sayang, adikmu tak nyatakan abang yang mana, hanya kita-kita je yang tahu...)
<tak payah nak takut sangat bukan dia baca pon blog ni...>

kalau si adik pulak, tak makan telur yang masak bersama masakan lain..
kalau telur dadar ke, telur mata ke, telur rebus ke,
boleh pulak dia makan..
pelik betul la..
tak faham apa yang dikatakan geli nya??
(maaf ye adik-adikku sayang, kakakmu tak nyatakan adik-adik yang mana yang dimaksudkan ini)
<kalau adik sayang yang baca, tak payah nak berasap telinga sangat la..>

apa-apa pon dalam family saya terbahagi kepada beberapa golongan
golongan yang suka minum susu dan soya, (abah, ma, & abang)
golongan yang tidak minum susu langsung tetapi minum soya, (abang 1st & adik-adik)
golongan yang tidak minum susu kosong dan soya tetapi minum susu campuran... (saya & kakak)

erm yang ini je pon dah macam-macam.. 
banyak lagi ragam lain, yang kalau nak cerita tak tahu bila nak siap entry ni..

apa-apa pon saya just nak cakap yang saya dah banyak berubah dalam pemilihan makanan ni.
banyak masakan yang saya tak boleh nak makan before ni, sekarang dah boleh makan perlahan-lahan..
sekarang saya belajar untuk mencuba semua jenis masakan,
biasa lah dah duduk serumah dengan orang perak dan terengganu,
cara masak dan masakan yang sangat berbeza walaupun sesetengahnya tidak terlalu ketara..
kalau tak makan, takut dikata sombong..
masak asam pedas ayam la, masak lemak cili api sayur labu air la..
so,
mahu tak mahu kena belajar menerima apa yang ada di hadapan mata,
tak cuba tak tahu macam mana rasanya,
so sama-sama belajar memahami dan merasa la..
tapi masih ada beberapa masakan yang tak boleh diterima dek tekak..
so belum capai lagi ungkapan yang selalu orang guna,
'tolak pasir, batu dan kayu'

p/s: sometimes we should change to be a better person than before..

Alhamdulillah for the renew contract even still in dilemma..

notakaki: ada orang melamar saya, jadikan guru tuisyen untuk anak dia.. 
perlu ke terima tawaran itu???



Sunday, 24 June 2012

Experience is the Teachers of Life

Assalamualaikum..
Alhamdulillahi Rabbil A'lamin, syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat kita bertemu kembali pada entry kali ini.
<erkk.. dah macam teks ucapan time sekolah je..skema je ayatnya pon >

Experience is the Teachers of Life!!
itulah tajuk entry saya pada kali ini. <macam karangan bahasa melayu la pulak ni. dah-dah, cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini saja-eh macam pernah dengar la..hehe>

siapa setuju dengan tajuk entry saya kali ni, boleh cuba angkat telinga kanan senyap-senyap.
<sebab dah tau mesti ramai yang tak boleh nak buat, nanti kalau kecoh-kecoh segan pulak kalau orang tau kan??>oppsss banyak betul yang tak betul kali ni.. maaf owner blog ni agak sengal sikit sekarang..ish3

OK, BACK TO THE STORY!!!

Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pada hari ini, tidak kira samada baik mahupun buruk, suka mahupun duka, manis mahupun pahit, merupakan satu kenangan dan pengalaman dalam kehidupan kita. Pengalaman itulah yang bakal mematangkan pemikiran kita dan membuatkan kita lebih yakin dan bersedia untuk menempuhi hari-hari yang bakal mendatang. Sekurang-kurangnya pengalaman akan mengajar kita bagaimana untuk mengurus dan membuat keputusan yang lebih baik sekiranya perkara yang sama berulang lagi pada masa akan datang.

"If u never try, then u will never know!"

Kalau setakat mendengar cerita dan pengalaman daripada orang lain, mungkin kita sudah boleh mendapat gambaran idea, namun ianya menjadi lebih bermakna lagi sekiranya kita boleh mengalami dan merasai sendiri apa yang cuba disampaikan daripada penceritaan tersebut.

Pengalaman semasa di zaman belajar sememangnya sangat jauh berbeza dengan pengalaman di zaman bekerja. Tahun ini merupakan tahun pertama saya mula melangkah ke alam pekerjaan. Mulanya rasa tidak sabar-sabar, tetapi hakikatnya masih banyak yang perlu dipelajari, dikuasai dan didalami.

Selain bertukar kepada beberapa suasana yang baru, saya juga bertukar dan berkenalan dengan rakan baru hampir setiap hari. Setiap yang saya jumpai pasti ada sesuatu yang cukup membuatkan saya impress sendiri terhadap pengalaman mereka terutamanya dari segi pengalaman kerja mereka.

Sebelum ini saya pernah bercerita tentang pengalaman-pengalaman kerja bos dan trainer saya yang mengujakan saya sebagai budak mentah yang baru ingin menapak dan berjinak-jinak dalam dunia pekerjaan. Tetapi kali ini saya nak bercerita mengenai dua orang kawan baru saya yang masing-masing punyai pengalaman kerja yang mengujakan saya.

Fuhhh letih jugak buat ayat-ayat dan tulisan-tulisan skema ni..
Tarik nafas dulu sebelum cerita...

OK, baru-baru ini saya baru mendapat 2 orang rakan sekerja baru bagi menggantikan 2 orang yang lama yang baru sahaja berhenti kerja. So before diorang ni masuk, saya memang sorang-sorang duduk dekat row saya tu, sebab kiri kanan dan belakang saya semuanya kosong, tak ada orang. sunyi sangat-sangat. rasa macam orang penting dalam company tu pula sebab buat keje fokus je, diam je sebab tak ada orang yang nak di ajak bersembang semasa time keje..

Sekarang dah dapat dua orang baru, mula-mula excited jugak la sebab lepas ni tak ada la sunyi sangat. sekurang-kurangnya akan rasa tak busy sangat sebab sudah ada orang yang boleh diajak berbual semasa kerje (bukan mengumpat tau!!). Sekali, yang masuk dua orang tu dua-duanya lelaki.
DOWN kejap!! adoii musnah harapan. nasib badan la.. nampaknya keje jadi orang busy jugak la lepas ni...adoii..mula-mula berlagak sombong la konon. tak tegur pon diorang ni. dah la dua-dua botak. sorang indian guy and yang sorang lagi pula muka macam orang cina. Hari pertama tak bercakap pon dengan diorang. berlagak busy la konon, mentang-mentang kita lah satu-satunya yang handle projek tu..jual mahal la konon. haha.

Keesokkan harinya, mula lah sesi kenal-mengenal antara satu sama lain. (bukan kenal hati budi ye!!). Macam biasa la, tak kan perempuan nak mula dula kan?? mestilah si lelaki yang mula dulu. YES berjaya!! so kenal nama, tempat tinggal, asal, umur sume la dengan yang duk sebelah ni.. muka je macam cina, orang melayu rupanya, orang Tganu pulak tu. tak pasai-pasai diajaknya cakap Ganu pulak.. adoii, baru nak berlagak orang Key El..(Hakikatnya Klate tetap di hati, Gomo Klate Gomo!!!)

so sesi bersembang sebelum mula bekerja berakhir dulu sampai di situ.. kemudian sesi bersembang semasa bekerja bersambung lagi kepada element seterusnya iaitu kenapa behenti keje kat tempat lama. bersembang pula pasal sambung-sambung belajar bagai.. dan berakhir juga untuk seketika.
ermm siapa kata lelaki tak kuat bersembang??? elok je kami bersembang time keje pulak tu.. hakikatnya lelaki ke perempuan ke dua-dua memang kuat bersembang. tapi kami bersembang perkara-perkara yang berguna sahaja.

OK Pause kejap pasal sembang yang tu.. nak lari topik kejap, nak masuk pasal sambung blaja.
baru-baru ni juga, saya baru je bersembang dengan housemate saya pasal sambung blaja ni.. (SEMBANG lagi?? memang saya dilahirkan untuk bersembang ke apa ni??? musykil kejap, sejak bila jadi orang kuat sembang ni??)

kami sembang-sembang mengenai niat dihati yang masih berbaki sebenarnya untuk sambung blaja.. hajat di hati nak buat part time la sambung blaja ni.
sekarang ni saya ada 3 pilihan untuk sambung blaja.. saya pun masih terfikir-fikir lagi nak sambung Master bagi kesinambungan degree yang sedia ada ATAUPUN buat 2nd degree dalam bidang yang tiba-tiba saya rasa minat untuk mendalaminya... tapi nak sambung degree dalam bidang ni kene ada 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. maka disebabkan itu timbul lah pilihan yang ketiga iaitu buat diploma dalam bidang yang baru ini. erm, sound insteresting kan?? So time ni dah buat perkiraan dan target la, nanti umur 28 tahun, at least dapat buat keputusan antara 3 pilihan yang ada ni.. wahhh punyalah panjang jangka masanya..
haha nak buat macam mana, itu sahaja yang termampu fikir buat masa sekarang ni, sekurang-kurangnya kene ada duit simpanan sendiri untuk sambung blaja nanti. tak kan nak buat pinjaman lagi, yang sedia ada ni pon tak terbayar lagi, nak mintak nga mak ayah lagi la buang tebiat...

pastu tiba-tiba boleh pula jumpa nga kawan baru si Heiri ni yang tengah wat part time diploma kat UITM. wah tiba-tiba rasa membuak-buak nak sambung diploma jugak..tapi persoalannya 'mampukah nak blaja dari awal semula dalam bidang yang baru??' ermm masih dalam pertimbangan...hehe

OK Play semula. kembali ke pangkal jalan cerita yang sebenar.
seterusnya kami bersembang lagi keesokkan harinya berkenaan pengalaman kerja diorang pula. 
(lunch time, bukan time keje ye!!)
WOW cukup impressive!! before ni dia keje kat Digi, pastu the lastest is EON. Now baru join kat sini di atas sebab-sebab tertentu. yang wat saya impress nya, kenapa tak cari dalam bidang lain?? kata budak IT, kenapa nak terus dan terus cari bidang yang sama cuma company yang berlainan??

itu baru sekali wow.. belum lagi cerita pasal si indian guy ni pulak.
sedang asyik kami bersembang, tiba-tiba si Shawn ni pula datang nak join skali kami bersembang.maybe nampak macam best kot. hehe
so dia pula di'temuduga' oleh 'interviewer' yang tak bertauliah ni..
kalau dekat Heiri saya bagi Wow, dekat Shawn ni saya boleh bagi dia WOW WOW WOW. (pelik pula dengarnya kalau banyak-banyak kali sangat)
Tiba-tiba je dah tak pandang si Heiri tu, terpegun kejap mendengar pengalaman keje si Shawn ni pulak.
mana tidak nya. dah 10 tahun pengalaman keje dalam bidang ni. macam-macam company dah dia rasa.
dekat Shell, Microsoft, Singapore Airlines, Maxis, and Digi. Fuhh... kalau nak cerita satu-satu tak abis sejam kot..
tiba-tiba rasa kecilnya saya..(dah memang kecik tak besar mana pon)
bila diorang tanya pasal pengalaman saya, rasa segan pula nak cerita. baru nak masuk 5 bulan dalam bidang ni. hahaha rasa nak tergelak sorang-sorang pon ada kalau compare nga diorang.

walaupun dirang ni dah ada pengalaman masing-masing dalam bidang berkaitan, tetapi diorang tetap fokus dan komited dengan keje diorang. minggu pertama diorang adalah minggu training bagi diorang. kat sini pon saya dah boleh nampak begitu bersungguh-sungguh dan semangat diorang ni belajar benda baru. tak macam zaman saya training dulu, kami sume nampak main-main je.. (patut la tak pass)
pendek cerita boleh dikatakan diorang ni, memang sangat tak berlagak even dah banyak experience dalam bidang ni, malah sedia menerima segala ilmu-ilmu baru dan kemudiannya akan diolah dan diasimilasikan dengan pengalaman sedia ada. macam best je nak jadi macam diorang.

saya berkesempatan bertanya kepada Shawn soalan yang menjadi teka teki dalam diri saya sepanjang bekerja dalam bidang ini.
"u tak ada plan nak keje selain bidang ni ke??"
-tak ada!!
"masa u mula-mula join bidang ni dulu pon, u memang tak ada rasa macam nak tukar keje lain jugak ke??"
-tak ada!!
"u memang minat keje macam ni ke??"
-yup

fuhhh... so, no wonder la dia ada 10 tahun pengalaman dalam bidang ni. saya yang baru beberapa bulan ni dah rasa macam-macam dah. macam-macam alasan boleh bagi kalau tanya.
sebabnya minat saya bukan di sini!! however i will miss all the memory in this field.. 
especially bila ada insan-insan yang berjaya buat saya sentap dan mengalirkan air mata.. 
itulah pengalaman paling berharga saya di bidang ini, yang pasti tak akan dapat di bidang yang lain..

kontrak saya bakal tamat hujung bulan ini. saya yakin company akan sambung kontrak ni. tapi saya sendiri masih berteka teki. nak sambung ke?? ataupun nak cari kerja lain?? memang sampai ke hari ini masih ada rasa tak kena dengan jiwa, tapi biasanya apa yang kita tak nak lah yang akan datang dekat dengan kita. so saya serahkan rezeki saya pada Allah. saya hanya perlu buat yang terbaik, selebihnya serahkan saja kepada pemilik diri saya, yang maha berkuasa, Allah swt.


note: pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. so tak perlu takut untuk kita rasai dan hadapi apa jua perkara baru dalam hidup kita kerna ianya bakal menjadikan kita berpengalaman dalam perkara itu, justeru menjadikan kita lebih tenang menghadapi perkara yang sama di kemudian hari..
'Pengalaman mengajar kita erti kehidupan yang lebih bermakna'




mode: nak ada kete sendiri, bila tengok ramai rakan sebaya yang mula memiliki kete, tambah-tambah roomate baru beli kete baru arini. saga flx warna merah..


till we meet again...

wassalam..