greeting

"Bissmillahi Rahmani Rahim"

Monday, 6 February 2012

SALAM MAULIDUR RASUL

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah, bertemu lg kita diulang tahun keputeraan baginda Muhammad SAW..
selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda...

ape la yg umat baginda sedang buat time hari keputeraan baginda agaknya ye?
memang benar rakyat Malaysia diberi cuti umum sempena tarikh 12 RabiulAwal setiap tahun.. 
tp bukan sume yg menyambutnya dengan sebaiknya..
mungkin ad yg menyambutnya dengan cara yg betol..
mungkin ad yg menyambutnya dengan pergi ke tempat2 yg tak sepatutnya..
mungkin juga ad yg wat xtau je...

ini lah lumrah kehidupan zaman sekarang..
ramai yg mengaku dia umat Rasulullah, tp yg mengaku tu tak buat pon yg Rasulullah suruh... Astagfirullah..
masih ramai yg mengaku islam, tp tidak mengikuti cara hidup islam yg Rasulullah ajari. sedangkan cara hidup Rasulullah adalah sebaik-baik cara hidup yg perlu kita turuti dan contohi...

cuba bayangkan....
seandainya Allah takdirkan Rasulullah datang berjumpa dengan anda..apa perasaan anda pada saat itu?? apa yg anda akan katakan padanya??
-gembira mungkin... tp sejauh mana cinta anda pada baginda Rasul untuk rase gembira?? banyakkah amalan sunnah yg anda lakukan untuk berkata-kata dengannya??

Astagfirullah.... memang rase kerdil sgt tuk bertemu kekasihMu Allah..byk sgt perkara yg disuruh, tidak diikuti..byk pula perkara yg dilarang, kita lakukan...masyaAllah..

cuba pula anda sume luangkan sedikit masa untuk fikirkan perkara2 ni:
"klu Nabi Muhammad ada, baginda buat ke apa yg ak buat??"
-melakukan maksiat, mencuri, berzina, buang anak, membunuh, ect...
"klu Nabi Muhammad ada, baginda pergi ke tempat yg ak pergi??"
-disko, karaoke, concert, dsb...
"klu Nabi Muhammad ada, baginda tgok ke apa yg ak tgok??"
-perkara lucah, perempuan seksi,  ect..
"klu Nabi Muhammad ada, baginda dengar ke apa yg ak dengar??"
-lagu yg entah apa2, dengar org mengumpat, dsb...
"klu Nabi Muhammad ada, baginda cakap ke apa yg ak cakap??"
-mengumpat, fitnah, cakap kotor, cakap riak n takbur, ect...
"klu Nabi Muhammad ada, baginda makan ke apa yg ak makan??"
-dadah, arak, makanan haram, dsb...

sudah tentu Nabi Muhammad SAW TIDAK melakukan perkara2 tersebut, 
tp umat baginda zaman ini, sangat jelas melakukan perkara2 diatas..masyaAllah.. sedihnya baginda!!
baginda telah memberi panduan cara hidup Islam yg sempurna untuk kita hayati dan ikuti, 
susah sangat ke kita sume nk ikut??
 
betol zaman Rasulullah dulu lain, zaman kita sekarang lain..
dulu xde kenderaan, skrg kete penuh je atas jln raya..
dulu xde notebook, hp, fb, twiter...tp skrg macam2 ada...
zaman dh berubah, dunia pon dh maju...
SO???
xbleh nk ikut cara Rasulullah???
sungguh malang sekali..memang zaman dan dunia dh berubah tp pemikiran masih ditakuk yg lama..
smoga Allah memberi hidayah sekiranya ada golongan yg berpemikiran sebegini...

yg penting, lama mana pon Rasulullah telah meninggalkan kita, baginda tetap sentiasa dekat dihati..
oleh itu seharusnya kita hayati cara hidup Rasulullah dan cuba praktikkan dalam kehidupan kita...
"sesungguhnya tidak sempurna iman seseorang sekiranya tidak mengasihi aku (Muhammad) melebihi kamu mengasihi pasanganmu dan kedua ibu bapamu..."


selawat nabi.. klu xnmpak kecik sgt, try search cari sndiri...

sama-sama kita memuhasabah diri kita.. 
dimana letaknya Rasulullah dalam diri kita??
semoga kita sentiasa memperbetulkan kelemahan dan kekurangan diri kita untuk menjadi umat baginda yg terbaik...
semoga kita istiqamah dalam perbuatan..
perbanyakkan selawat ke atas baginda...
insyaAllah...

salam maulidur rasul...
semoga ad sesuatu yg dpt dikongsikan bersama...

wassalam....

No comments:

Post a Comment