greeting

"Bissmillahi Rahmani Rahim"

Showing posts with label cintarindukasihsayang. Show all posts
Showing posts with label cintarindukasihsayang. Show all posts

Thursday, 15 August 2013

Salam Syawal

Assalamualaikum...

Ramadhan baru melabuhkan tirainya, Syawal dirai penuh kesyukuran..
semoga amalan-amalan di bulan Ramadhan diterima yang Esa dan dapat diteruskan lagi dibulan-bulan yang mendatang..

seperti yang tidak disangka dan seperti yang dijangka juga,
kami beraya berenam beradik sahaja tahun ini,
sebab my sis masih berada di wad di bawah pengawasan pihak hospital..
sarah, sekarang dah berada di kampung dan akan terus di sana bersama tok ma, tok abah dan cik su sehingga ummi nya selamat bersalin.. insyaAllah,
kesian sarah, beraya tanpa ibu dan ayah disisi pada tahun ketiga menyambut Hari Raya Aidilfitri sepanjang umurnya.
setiap hari hanya mampu mendengar suara ummi and papa melalui corong telefon sahaja, dan hampir setiap hari dia akan cakap kat ummi dia..
'sarah rindu ummi sangat, bila ummi nak datang ambik sarah rumah tok ma?'
kami sekeluarga sebak mendengarnya..
tapi kami harus kuat seperti mana kuatnya sarah mengharungi hidup tanpa ummi disisi sekarang ni..
semoga keadaan ini akan kembali seperti sedia kala sedikit masa lagi..
sekiranya keadaan masih sama, ummi sarah akan dipaksa bersalin dengan kaedah ceaser, kami mendoakan ummi sarah selamat melahirkan bayi tidak lama lagi.. insyaAllah..
semoga kita berkesempatan bertemu dengan Ramadhan dan meraikan Syawal pada tahun yang akan datang.

seperti kebiasaannya juga, saya lebih banyak berada di rumah daripada beraya dirumah rakan atau saudara..
memandangkan cuti hari raya juga agak terhad, maka tidak berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan sekampung...
selamat hari raya, maaf zahir batin dari saya buat kalian..

sepertimana setiap di antara kita diuji selaras dengan kemampuan kita,
ujian bagi saudara kita di Mesir, jauh lebih besar dan dasyat..
di dalam kita bergembira menyambut kedatangan Syawal dan rumah terbuka, mereka bersiap sedia menunggu panggilan 'syuhada' di bumi anbia itu..
jadi luangkan sedikit masa yang kita ada untuk mendoakan mereka serta untuk melahirkan rasa kesyukuran kerana bumi Malaysia kita masih lagi aman,
even kes tembak menembak sekarang berleluasa hampir setiap hari..
lets pray for eigypt,
hanya pertolongan Allah yang kita harapkan untuk selamatkan mereka,
kerana kita tidak mampu untuk menolong apa-apa,
cuma doa buat mereka dari jauh dan Al-fatihah buat yang sudah Syahid..


salam syawal, salam hari raya, salam kemaafan, salam kesyukuran, salam keinsafan

wassalam..


Friday, 26 July 2013

Sarah Yang Kuat

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah masuk ke fasa kedua bulan Ramadhan dah..
let me introduce with the comey girl that i have.

taraaa



hey.. this is my niece, Sarah.  Sarah Nur Ieman bt Mohd Azahar. She was 3 years old and plus..
very talkative person with the people that she known well, but will be silent person with the prople that she doesn't known, and sometimes she will crying non stop seeing the face of the person that she doesn't know.. anthropophobia kot.. hehe pandai-pandai je bagi nama fobia tu, teringat a few days ago my housemate cari list of phobia..

Sarah ni bijak, and i'm very sure everyone yang tengok dia yang petah berkata-kata tu akan gelak sakan.. mana tidaknya, budak 3 tahun kalau bercakap macam orang besar.. cara dia bercakap pon tak pelat macam sesetengah kanak-kanak yang sebaya dia..
from 1 years and plus, dia dah ingat kira SATU sampai SEPULUH and ONE to TEN.
umur 2 tahun, dah pandai baca doa-doa yang mudah macam doa makan, doa tidur, dan doa naik kerete..
dah ingat surah Al-Fatihah.. Alhamdulillah.. satu perkembangan yang sangat baik untuk proses tumbesaran dia..
dan sekarang dia bukan sahaja ingat SATU sampai sepuluh and ONE to TEN, but dia dah pandai mengira dan tulis nombor-nombor tu.. dah tahu A-Z as well.. and ALIF sampai YA..well done Sarah..

cerita kegemaran Sarah, tak lain tak bukan Upin dan Ipin. Kadang-kadang kalau tengok citer yang filem Geng Pengembaraan Bermula Upin Ipin tu tak sah kalau tak ulang 2 kali.. sume dialog-dialog dah boleh hafal dah.
selain tu suka tengok citer Wonderpets, Dora and Diego.. fuh memang tak ada can orang lain nak tengok yang lain la kalau ada citer-citer ni kat tv.

Sarah ni minat sangat dengan Najwa Latif, dan berangan nak jadi macam Najwa.. haha
dia suka benda-benda yang cantik, suka pakai make up, suka kalau orang cakap dia cantik..
and she's the one yang selalu cakap 'cik lah cantik la!' haha daripada tak ada orang nak puji kita cantik memadai lah kalau sarah yang puji.. cuma tak tahu la sebenarnya sarah nak puji baju saya ke, tudung saya ke, or memang nak puji saya.. tapi saya terima pujian dia dengan ucapan 'terima kasih sarah, sarah pon cantik juga!!' lepas tu dia mesti senyum lebar-lebar..

sebelum ni Sarah tak pernah berpisah dengan Umi dia which is my sis. kalau tak ada papa, tak ape lagi asal jangan tak ada umi.. menangis la budak kecik ni.. i mean kalau malam-malam time nak tidur bagai la.. sebab anak sulung, so manja dengan umi n papa dia tu lain macam sikit la..asyik menangis je kerja nya.. dah la kalau orang tak kenal tegur pun menangis macam meroyan bagai.. adeii, abis dah hilang cantik n comel tu..

lately, umi sarah dah dimasukkan ke hospital disebabkan komplikasi terhadap kandungannya. so mahu tak mahu, tidur sarah sekarang hanya bertemankan papanya sahaja.. everyday, abang ipar saya akan ke hospital after iftar, untuk hantar makanan. so saya yang jaga sarah sementara papa dia pergi melawat umi dia.
kalau sarah nak pergi pon, budak-budak mana boleh masuk hospital. malam-malam pulak tu..

baru 1st day umi dia masuk hospital, dia dah cakap..
'bila umi nak balik ni?'

masuk hari keempat umi dia di HKL, maknanya dah 4 hari sarah tak jumpa umi dia..
 malam tu saya jaga sarah lagi,
time saya datang umah dia after berbuka, dia dah tidur sambil hisap botol susu yang ada air.. tapi papa dia cakap dia baru je tidur, mungkin tak nyenyak lagi...
sayu pulak tengok sarah yang tengah tidur ni, sayu je rasa..dah makin kurus dah.. mana tidak nya, bulan puasa ni orang puasa siang hari dia pon tak makan jugak, just minum susu n air je. time orang berbuka pon dia tak makan nasi jugak, makan kuih and  minum air je.. camne tak kurus macam tu??
or dia tak nak makan sebab dia rindu umi dia??
then saya cuba tarik botol susunya, dengan harapan dia dapat tidur dengan lebih selesa,
tanpa disengajakan saya sebenarnya telah mengganggu tidurnya.. dia buka mata dan memandang sekeliling..
'mana papa?' sejurus bertanya,,
"papa pegi hosptital, hantar nasi kat umi... sarah tidur eh" sambil bagi balik botol susu dia..
saya baring sekali kat sebelah dia kat depan tv tu dengan harapan dia akan pejamkan matanya semula..
sambil tepuk-tepuk dia, sambil tengok berita tv9..
sarah tak tidur pun..
then dia cakap
'cik lah, sarah rindu umi..' dengan tenang sarah berkata,
tetiba hati saya rasa sebak semacam je.. air mata dah mula bertakung ditubir mata..
saya dahi dia..
'cik lah rindu umi jugak?'
"rindu" pendek je saya balas, sebab saya dah mula nak mengalir air mata..

then saya bergegas ke bilik air,
terlupa pula yang sarah takut duduk sorang-sorang,
dia juga bergegas ke toilet..
'cik lah buat ape?'
"tak de buat ape pon" hasrat nak sambung nangis tak menjadi,
'basuh muka eh?'
"a'ah"
'ooohhh, ingat ambik air sembahyang'
"tak lah"
sambil keluar dari toilet saya bertanya,
"sarah dah solat?"
'dah! dekat rumah mak tadi'
"nanti kalau sarah solat, sarah doakan lah untuk umi"
'doa untuk umi?'
'doa: YaAllah sembuhkanlah umi sarah!'
saya sekadar mengangguk tapi tak pandang dia pun, sebab dah merah mata menangis...

terasa yang sarah sangat kuat menghadapi ujian ini...
saya tak boleh lemah dihadapan dia, sebab dia juga perlukan sokongan dari saya..

hari keenam umi sarah di hospital, kami melawat dia..
sarah memang kuat, dia tak menangis pon, cuma hanya bertakung je air mata dia..
saya dengan umi dia pulak yang menangis sakan..
(adeii murah betol air mata saya, boleh lawan pelakon air mata wan maimunah ni)
then malam tu dia tidur dengan saya,
terasa macam tidur dengan anak sendiri..
alhamdulillah dia tak banyak songeh, minum susu before tidur je..
then tidur sampai ke pagi,
kencing malam pon tak..

sekarang dah masuk 2minggu umi sarah kat hospital,
setiap malam after iftar, saya akan pegi rumah dia untuk jaga dia sementara papa dia melawat umi dia..
setiap malam jugak dia cakap yang dia rindu umi dia..
setiap kali tu saya suruh dia doakan umi dia cepat sihat..
masih ada lebih kurang 2 bulan umi sarah akan ditahan dihospital sehingga tiba masa untuk bersalin,
bermakna sarah bakal beraya tanpa umi kali ini,
semoga sarah kuat menghadapinya,
semoga kami sekeluarga juga kuat mengharunginya

seperti mana umi sarah sedang berkorban demi adik sarah,
papa sarah juga berkorban megambil alih tugas-tugas seorang isteri dirumah,
sarah juga perlu berkorban demi adik yang bakal dilahirkan kelak..
semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal di atas ujian yang diberikan kepada keluarga ini..
semoga setiap insan yang diujinya dalam ujian ini dapat terus tabah dan sabar dalam mengharunginya..
semoga kakak saya selamat melahirkan baby kelak, sedangkan dia bertarung dengan nyawa demi kelahiran seorang umat ke dunia. sungguh besar pengorbanan seorang ibu itu..
kami sekeluarga mendoakan dia dan bayinya selamat,

raya tahun ini sepatutnya kami 7 beradik berkumpul, tapi semua perancangan Allah lebih baik dari perancangan kami.. mungkin 6 beradik sahaja yang akan pulang ke kampung hari raya nanti..
semoga last scan before raya 31 julai nanti memberikan perkhabaran gembira buat kami sekeluarga,
sebab walaupun doktor cakap dia akan ditahan sehingga tarikh bersalin dan risiko untuk keluar dari hospital sebelum itu sangat tinggi, kami masih berdoa agar keajaiban itu muncul supaya dia dapat keluar hospital dan dapat berhari raya bersama keluarga..
just pray for the best, because we know the risk of the plasenta previa type 3..
either save or dead..

insyaAllah ada hikmah yang lebih baik Allah telah janjikan buat kami sekeluarga dipengakhiran ujian ini..

semoga sarah kuat menghadapi hari-harinya tanpa umi disisi sementara uminya di hospital..
semoga umi sarah sentiasa kuat, sabar dan tabah mengharungi ujian ini..
semoga kami juga kuat menghadapi sebarang kemungkinan kelak..

salam nuzul quran dan selamat berpuasa..

wassalam




Friday, 17 February 2012

A YEAR BETTER

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..
syukur ke hadrat Ilahi kerna dgn lmpah kurniaNya
sehingga ari ini masih bernafas..
masih diberi nikmat iman n islam..

hari ini, 17 Februari, bersamaan dengan 24 Rabiul Awal, 
(tarikh kalendar islam tahun 1989 xsure, tp yg pasti memang bulan Rabiul Awal)
pd hari jumaat pd detik 12.45 tgh hari..
sejarah telah terukir..
terima kasih ma n abah kerana melahirkan sy..
happy birthday to myself!!!
bersyukur dilahirkan pd hari jumaat n pada bulan kelahiran Rasulullah..
alhamdulillah...
n pd tahun ini, ulangtahun jatuh pd hari jumaat jgak..
alhamdulillah..
smoga ianya penuh dgn keberkatan, bukan shaja pd sy seorg
tp untuk ahli keluarga, rakan2 dan semua umat islam yg lain..

dulu zaman skolah,
kawan2 wish guna kad..
wat 1 kad pastu sign name sume org 1 class..
wish nga tulisan kecik2 je, takut xmuat org lain nk tulis lak..
ad lg simpan kad2 tu kt kg..

then masuk matrix, 
bila hp dh berleluasa, 
sume org wish guna sms je..
sgt praktikal, senang, murah, n cepat..
tp hp lama dh rosak, so dh xde la wishes2 tu sume..

same goes time kt U..
tp separuh je kot..separuh lg gune fb..

then skrg msg2 gune fb..
ye la..
zaman dh berubah,
dunia dh maju,
sume org bleh guna internet..
dunia di hujung jari la katakan..

xpe la mane2 pon...
dh wish tu,maknanya ad jgak org igt kita...
ye tak??hehe
tp xwish xsemestinya xigt kita kn??

jadi dikesempatan ini..
sy ingin mengucapkan berbayak-banyak terima kasih
di atas ucapan, doa, dan peringatan daripada kalian semua..
tidak kira siapa pon anda, sahabat dekat mahupun jauh, 
sahabat realiti mahupun maya, 
kenal mahupun kurang kenal..
yg memberi ucapan melalui fb mahupun sms..
terima kasih..

sy doakan perkara yg sama seperti kalian doakan sy jgak..
kesejahteraan, murah rezeki, panjang umur buat kalian sume jgak..

smoga dengan bertambahnya umur usia ni, 
seiring dgn bertmbahnya keimanan n ketaqwaan kepada yg maha Esa..
seiring dengan kematangan dlm pemikiran...
sentiasa mengingati kematian...
smoga segala kerja yg dilakukan dlm tahun ni,
mendapat keberkatan n keredhaan Ilahi..
smoga dimurahkan rezeki, klu sedikt xpe asalkan berterusan..
bersyukur dgn apa yg diberiNya..
smoga dipermudahkan setiap urusan...
amin ya rabbalAlamin..

terima kasih ma & abah..
smoga ma n abah dimurahkan rzeki..
dipanjangkan umur, 
diberi kesihatan yg berpanjangan
mendapat keberkatan dari Ilahi..
dipermudahkan segala urusan dunia n akhirat kelak..
sayang ma n abah... 

smoga ma cpat sembuh dari sakit..
maafkan ankmu krn tidak berkesempatan utk pulang ke kg..
hanya doa ku kirim buatmu ibu..
thanks...

p/s: arini puasa sunat..

bak kata org..
NOT A YEAR ELDER,
BUT A YEAR BETTER...

wassalam...
 




Tuesday, 26 April 2011

K.A.M.I

assalamualaikum....

erm kali ni sy nk citer pasal kawan2 rapat sy kt zaman U ni...kwn2 rapat of course la kwn2 yg same course kn..klu kt skolah tu kira cam classmate la..so kt dlm course sy ni, ad byak geng...byak2 geng xbmakna kami ni bpecah n bmusuh antra geng2 tu, tp geng2 atau lebih sedap didengar cam subkumpulan ni wujud based on kolej..dulu igt lg time awl2 masuk UKM ni..ktorg sgt bias nga kolej msg2, smpai kn ad yg gaduh2, time mggu orientasi tuh memang semangat kekolejan sgt2 la tinggi..dan tradisi di sini, pd mlm terakhir minggu suai-kenal tu, tercetusnya perang dectar...kenikmatannya sukar tuk diperkatakan..(nama pon perang leh lak ad nikmat2, nmpak beno menipunye)..ish3.. klu nk tau tnye la bdak2 ukm sure tau.. tp after tu kami sume baik2 je, xde dh nk gaduh2..tp asal usulnya wujud byak2 subkumpulan ni disebabkan kolej la..so, kt dlm course sy ni, diorg ni ad yg ad nama geng msg2..contohnya, geng mawar, da five, 7 gegurl, n byak lg la kot...cam geng sy lak..kami ni xde la bncang nk letak nama ape, so sy dgn sndirinya nk bg name kt group sy sebagai K.A.M.I....bleh je kn???sape ckap xleh???suke ati sy la....ish3...papepon K.A.M.I tu stand for Kay(bukan name sbnar) a.k.a saya. Asura.Mar.nInie(bukan name sbnar)..maka jd la K.A.M.I...half dari name ni adlh name sy..(haha bias btol..oppss)..

erm dgn diorg ni la sy kenal mcam2...sy mrasai mcm2, knangan xyah citer la, terlalu byak n harap2nya xlupe la dlm hard disk memori kepala sy ni..klu nk citer satu2, memang smpai ke subuh pon blum tentu abisnya...(ye la tu!!).. klu b4 ni sy juz kenal Mydin, The Store yg kt KB je, tp dgn diorg la sy knal Mid, Times, Mines, Pv, Sundway, KLCC, Sogo, Jln TAR, Seoul Garden, Lowyat, BB n macam2 lg la....klu dulu sy juz tahu ad KFC, McD, A&W, Dunkin Doughnut, Pizza hut...tp dgn diorg ni sy tau Nandos, Dominos, Tempayanki, Kopitiam, Big Apple, Chicken Rice Shop, Subway, Popeyes, Jco Doughnut n mcm2 lg...byak sgt perkara2 yg sy wat nga diorg ni..stiap org ad peranannya dlm group ni..klu sorg xde, rase cam ad yg kurang..3 tahun, bukanlah satu jangka yg pnjang even kami cuba tuk selami hati budi masing2 sbaik munngkin..serius kehadiran diorng sgt bermakna dlm hidup sy..diorg la penceria hidup sy kt sini, diorg la tmpat tuk dgr luahan n pendapat, dgr berita n gossip,  dgr pandangan n idea...diorg ni klu dh btemu, sume giler2 jgak, sy pon leh jd giler2 jgak..diorg lah tmpat berhibur plg dekat nga saye..tmpat menghilang duka n penambah ceria juga...diorg wat hidup sy spnjang 3thun ni penuh nga warna-warni..warna hitam n putih pon ad skali...

di Mines, ktorg pakai bju same, sweet je..tp xtau dh bile lg nk pakai bju tu..
Mar
erm dulu kami start kwn nga die dlm pertengahan sem 1 kot...die ni  nmpak je camtu, tp giler2 jgak..kdg2 die la y slalu wat sy gelak..tgok  gelagat je dh leh gelak..byak ckap org nya..bila dh naik tahun  2,  die dh mula sibok nga byak benda la...memandangkan die ni bdak stat, so kelas  pon byak yg dh xsama.. dh makin jarang jumpe, n ad 1 time tu kitrg igt die sengaja jauhkan diri dari ktorg, kot2 la kitorg ad wat salah nga die..siap wat meeting lg nk baikkan keadaan..tp rupe2nya die memang dh addicted sgt nga PMF la, nga ISI la, nga PERKIM la...smpai nkjmpe ktorg pon susah..so xde la isu salah faham tu..bila igt balik klakar pon....hehe..erm skrg ni xyah ckap la, sume org kenal die, dh jd YB la katakan...so btmbah2 la bz nya...nk jmpe lg la susah coz ktorg pon dh xduk 1 kolej lg...huhu..
so buat M, (sila anggap ak ad dpn ko, ngah pegang erat tangan ko, ngah pandang wajah ko smbil merenung mata ko):  " ak mntak maaf nga ko byak2, ak tau ak byak wat salah nga ko... myb secara sngaja or xsngaja... mungkin masa yg ad ak xgunakan tuk kenal ko dgn lbih dalam lg, tp dgn berbekalkan segala kenangan yg ad, i know u is one of a good frenz...thanks byak2 atas segala budi2 ko slama ni kt ak, smoga Allah balas segala kebaikan ko terhadap ak...halalkan segala makan minum ak, sekiranya ad...halalkan ilmu n semuanya.. sory n thanks, 4 being one of my good frenz here...."

di KLCC plak...

nInie (bukan nama sbnar)
owh die la bdak maths pertama yg saye jmpe pd hari pertama sy masuk U..xsangka plak pertemuan pertama tu menjadi titik tolak kpd persahabtan saya dan dia...dari situ kami mula kenal, mula share2 something..1st dulu, tkut sbnarnya nk tegur die, muka cam ala2 garang je...sebab die susah nk senyum kt irg yg die xknal..tp biase la sy kn memang jenis yg xbrape malu sgt nk mengendeng2 kt sape2 je klu btol2 xde kwn..so sy ikut je la rntak die dulu... pas2 lama2 die ok la...pas2 mula2 die sgt bz nga kelab tarian die, smpai la masuk tahun 3 bru la die free skit..kira bleh dikatakan dlm ramai2 die la paling rapat nga sy.. (yg dua org lg nga jeles ye), dh memang hakikat...skrg ni kami bukan stakat jd teman sekuliah malah dh jd teman sebilik jgak...so klu nk citer experience nga die memang xabis la...byak sgt...so buat I a.k.a. H bagi nama sbnar, (sila anggap ak ad dpn ko, ngah pegang erat tangan ko, ngah pandang wajah ko smbil merenung mata ko jgak): " ak xtau camne nk ckap kt ko, byak sgt masa kita bersama, smpai byak jgak yg ak dh lupa, ak tau ko tau yg ak memang camni..pelupa je slalu..ak mntak maaf tuk tu..tp xsume ak lupe, ad gak yg ak igt, tmbah2 bila ko blnja ktorg mkan time besday ko...tp bukan tu je byak lg sbnarnya..xpe biar yg lalu ak jdkan dlm lipatan memori yg terindah.. ak tau ak byak wat clap kt ko..mane xnya, nk jaga hati org yg paling rapat nga kita adlah paling susah kot..so ak nk mntak maaf byak2 andai ad kata2 ak pernah wat ko terluka, andai bicaraku terdengar kasar di telinga ko, andai perbuatanku kasar sehingga mengguris dan mnyakiti hati dan anggotamu.. sesungguhnya jika ada bukan itu yg ak maksudkan...terima kasih kerana spnjang 3tahun bersama ko sntiasa sabar dlm stiap tingkahku, terima kasih kerana melayan ak terlalu baik, sungguh xterdaya tuk ak membalasnya.. ak juz bdoa supaya biar Allah shj yg membalsnya kt ko...sory sgt3...terima kasih byak3...akn ak igt segala jasa, budi n kenangan kita bersama...thanks jugak sebab sudi jd kwn ak n sabar dgn sgala karenah ak.."

bbq ppsm

ok tarik nafas dulu dalam2, pastu hembus pelan2...

Asura
die ni lak antara org terawal yg sy tegur time awal2 masuk...tak sangka plak kami berkongsi tarikh lahir sama..sgt sweet kn???seperti mereka2 di atas, die juga punyai minat, perangai  n kecenderungan tersendiri. .. kiranya die paling rapat dgn M la..tp kami jd sgt rapat bila M makin bz nga kerja2 persatuannya..die ni hepi go lucky je org nye, tmbah2 klu jmpe M, bleh pecah perot kdg2... disebabkan kami dilahirkan dalam bulan yg sama n hari yg sama, so mayb ada sedikit sbnyak persamaan dlm diri kami yg leh wat ktorg serasi...kdg2 ape yg dia fikir, sama jgak nga ape yg sy fikir, tp kdg2 bila kami sama2 cuba tegakkan perkara yg berlainan, mula la berlaku percanggahan..bila difikir balik susah jgak klu ad 2 org yg perangai sama... itu la hikmahnya Allah jdkan kita lain2 spya kita leh saling kenal-mengenal...tp biasenya kami akn cepat2 cari solution..cuma tu la...so buat A, (sila anggap benda yg sama, ak ad dpn ko, ngah pegang erat tangan ko, ngah pandang wajah ko smbil merenung mata ko jgak): " ak xtau camne nk mula..n ak xtau bila ia bermula..maafkn ak byak2,  terlalu byak kesalahan ak kt ko smpai xterhitung agaknya...spatutnya kehadiran ak  disisi ko tuk membimbing ko, tp ak rupanya yg harus dipimpin ..maafkan ak, xde sekelumit pon dlm hati ak nk sisihkan ko, apatah lg nk membelakangkan ko...apa yg ko lihat, xmenggambarkan apa yg di dlm hati, ak pon tau apa yg ak lihat xmggambarkan ape dihati ko.. ak dh cuba sedaya-upaya tuk mulakan kembali kedinginan antara kita, tp ak xmampu..n ak sgt berharap ko mulakan dulu, tp memang susah la kn... tp itulah kelemahan ak...ak pon xsangka penghujunng hubungan kita berakhir camni...andainya ko penah menangis sekali sebab ak, ak mungkin dh berkali2 menangis sebab ko..bukan ak menangis marahkan ko atau menghukum ko, tp ak menangis sebab telah menghukum diri ak sndri, sebab ak sgt syg ko.. ak bina persahabtan kita  hanya atas dasar kerana Allah..mana mungkin ak sanggup nk lukakan hati ko..tp ak tau ko terluka jgak...sory sgt3..ak memang ego, n ak xmampu nk luahkan apa2 bila bersemuka, sebab ini lah ak..klu ko perasan, time dlm msg or ym ak ok je...iya itu la ak...ak lemah klu berhadapan...ak xtau smpai bila ak akn smpan perasaan bersalah ni..ak juz harap masa n takdir temukan kita dgn jwpan yg sbnar ...thanks byak2 di atas segala budi, jasa n kebaikan  ko terhadap ak selama ni... hanya Allah yg dpt membalasnya...halalkan  segala makan minum mahupun ilmu yg selama ini kita kongsi...ak nk sgt ko tau yg ak dh xsimpan ape2 perasaan  kecik hati kt ko... sorry tuk segala2nya...ak sayang ko"

korang ingat lg tak qoute ni???

"i don't want walk in front of you,
cause i may not lead,
i don't want walk behind of you,
cause i may not be good follower,
i want walk beside of you cause i wanna be your friend..."

korg mayb dh xigt kot...tp benda ni la yg korg bagi ak time besday ak..
cuba korg ckap kt ak camne ak nk lupa kn korg???
or mayb ayat ni nothing tuk korg??

"ak tau korang xbace pon blog yg xseberapa ni, malah xtau pon blog ni wujud kt alam maya ni...ye la sape la ak, bukan fatin liyana pon.."

semoga ukhwah kita bukan berakhir sampai hari ini or detik je, tp sampai bila2 n insyaAllah sampai ke syurga..
ukhwah kita bukan atas dasar rupa atau wang ringgit...tp kerana Allah...
p/s: ak xnangis bukan bermakna ak xsedih tp sebab ak kumpul kekuatan tuk jd ego n kuat depan korg...tuk ak nangis arini diblkang korang...

tiada ungkapan atau kata yg mampu menggambarkan perasaan.....
salam cintakasihsayangrindu dari ak tuk korg,

wasalam..



Wednesday, 16 March 2011

Hargai Selagi Masih Ada..

Assalamualaikum...

Hari ini, 16th March 2011, genaplah 40 hari arwah pergi meninggalkan sy sekeluarga pd 5th Feb 2011.. Majlis tahlil arwah InsyaAllah akn diadakan pd esok hari dirumah sy..arini pasti dh ramai kaum kerabat yg dh bkumpul kt umah bg persiapan majlis, tmbahan dgn musim cuti sekolah skrg ni..tp apakn daya, sy xdpt pulang bg turut menyertai mereka..apa2 pon sy kt sini, sntiasa mengingati n mendoakn kesejahteraan arwah di alam sana..

sgt menipu klu sy katakan sy xbersedih di ats pemergian arwah..even sy tahu, stiap hamba Allah, pasti akn pulang ke pangkuanNya kelak, tp sy sgt sedih dgn pemergiannya..masih terkenang n terngiang2 setiap knangan bersama arwah..sy mungkin bukanlah cucu kesanyangan arwah, tp sy salah seorg cucu yg paling rapat dgn arwah..dh memang sy lahir2 je arwah memang dh tinggal serumah nga sy..
time kecik2 dlu tidur nga arwah, pegi solat bjemaah kt masjid nga arwah, ikut arwah pegi sana sini..YaAllah klu dikenang2 memang sgt sedih sebab skrg arwah dh xlg bersama sy..kali terakhir bersama arwah, tetika arwah masih chat adlah pd hujung bulan Nov thun lpas...
apa yg org lain xtau...

sy sgt terkilan sebab..semasa saat arwah menghembuskan nafasnya yg terakhir, sy xde disisinya even sy masih lg berada di kg time tu..
sy terkilan sebab..di saat arwah terlantar, bukan sy yg menjaganya sehingga dipenghujung nyawanya..
sy terkilan sebab..di saat-saat akhir arwah, sy xsempat pon mintak ampun dari arwah, walhal rasa terlalu banyak dosa sy terhadap arwah...
sy terkilan sebab..disaat arwah panggil nama sy, sy xde pon disisinya time 2..
sy terkilan sebab..sy xckap pon sy sayang dia sebelum dia pergi buat selama-lamanya...
"yaAllah ampunkan dosa-dosaku terhadapMu dan dosa-dosaku terhadap nenekku...serta ampunkan juga dosa-dosa nenekku terhadapMu"

tp sy bersyukur sebab... sy yg Allah pilih tuk jd org terawl mengetahui tentang pemergiannya..
sy bersyukur sebab...sy yg Allah pilih tuk memangku arwah disaat dia telah pon menghadap Ilahi..
sy bersyukur sebab..sy yg Allah pilih tuk mjd salah seorg yg berada disisi arwah semasa hari kematiannya sehingga selesai segala upacara pengebumiannya..
sy bersyukur sebab.. sy yg Allah pilih tuk mjadi antra org yg mengucup dahi arwah selepas mayatnya dikafankan..
sy bersyukur sebab.. sy yg Allah pilih tuk mengiringi jenazah keperkuburan...
"alhamdulillah..ak bersyukur di ats kelebihan yg Engkau berikan pd ak berbanding org lain yg xdpt merasainya n sgt berharap tuk merasainya.. terima kasih tuk itu semua yaAllah.."


kami sekeluarga sgt merasai pemergiannya.. sgt sedih bila ma sy ckap yg die stiap hari masih terkenangkn arwah ibunya..terkenang bila tgok baju2 arwah, brg2 peninggalan arwah, tempat tido arwah, n mcm2 lg..bukan ma je rasa cam2, sy pon leh rasa benda yg sama...rasa seolah2 arwah masih lg hidup bersama kami cam biasa walau hakikatnya x..

"smoga arwah tenang berada di alam sana..smoga arwah tenang mnjawab segala pertanyaan2 malaikat Allah iaitu Munkar dan Nankir..Ya Allah berkatilah segala amalannya di dunia, tempatkanlah arwah dikalangan org2 yg beriman n beramal soleh...smoga masih ad jodoh kami tuk bertemu disyurgaMu kelak..insyaAllah.."



p/s: 
#1 hargailah insan2 yg tersayang sebelum ajal dtg menjemput kita mahupun mereka..hargailah masa2 yg ad supaya masa itu mnjadi masa plg bernilai dlm hidup kita n kita xrasa menyesal or tkilan sebab kita belum sempat melakukannya bersama mereka..rasa menyesal di kemudian hari cam sy, xdpt bg apa2 solusi melainkan rasa menyesal itu akn dtg menyelubungi juga smpai bila2..
#2 sesungguhnya saat kematian itu akn dtg kpd semua manusia, cuma masa n ketikanya shj belum diketahui... disaat kematian org lain mudah-mudahan akn mengingatkn tentang kematian kita juga..sudah cukupkah bekalan kita tuk bersoal jwb dgn Munkar n Nankir b4 kita btemu Pencipta kita?? sudah bersediakah kita bg mnghadapi itu semua??
-peringatan tuk telinga yg paling dekat iaitu diri sndiri juga...



`Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan.  Dan hanya kepada Kami lah kamu akan dikembalikan.'                   
(Surah Al Anbiyaa' : 35


`Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya.  Dan Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan.'
(SurahAl Munafiquun :  11)


`Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh.......'                 
(Surah An Nisa' : 78)



-ALFATIHAH-

wassalam....

Saturday, 12 March 2011

quote cinta

assalamualaikum...

quote for today...

" kasih sayang Allah seluas lautan, manakala kasih sayang hamba ciptaan Allah hanyalah setitik dari lautan itu, maka jgn lah kita bersedih sekiranya kita tidak mendapat kasih sayang hamba ciptaan Allah yang hanya setitik itu, kerana yang pasti kasih sayang dari Allah jauh lebih banyak seluas-luasnya lautan.."
masyaAllah...hebatnya sungguh kasih Allah tidak kita terkira...

"cintailah Allah terlebih dahulu sebelum kita cintai hamba ciptaanNya, kerana Dialah pencipta cinta itu, tanpa redha dari Dia, maka tiadalah cinta itu.."


**wahai pemilik tulang rusukku, smoga sama2 kita mengejar cinta ilahi itu..suatu hari pasti Allah akn temukan cinta kita pula..insyaAllah**

wassalam...