greeting

"Bissmillahi Rahmani Rahim"

Showing posts with label saje saje. Show all posts
Showing posts with label saje saje. Show all posts

Saturday, 6 July 2013

I'm Back!!!


Assalamualaikum…
Hai whatsapp peeps…
Adeiii rase lama giler tak update blog ni..
Dah berzaman dah agak nya..
Bukan setakat berhabuk dah blog ni, tapi dah bersawang berlapis-lapis lagi nih…
Maaf la bukan tak nak update, tapi keadaan tak mengizinkan..
Hampir 6 bulan hidup tanpa laptop sendiri..
Alhamdulillah..i’m back!!
My Compact also is back!! (dah macam lagu Big Bang- Big Bang is back)
Alhamdulillah masih dapat berkhidmat even dah nak masuk 5 years dah ni. Siap dapat dilegasikan pada generasi seterusnya lagi..  memang sangat tahan lasak dan kuat la Compact ni.
Terima kaseh my lovely lappy, Compact!!!

PERINGATAN: entry kali ini agak panjang. Tak memaksa untuk baca sampai habis, tapi kalau sudi baca silakan. Terima kasih kepada yang sudi.. cehhh

So ape citer? Banyak sangat citer-citer yang dah tertinggal.. tapi tak apa.
 Yang berlalu, biarkan berlalu. Hidup harus diteruskan. bak kata orang putih tu 'Life must go on..' Hehe
Yang berlalu akan menjadi coretan dalam album kenangan saya. insyaAllah..
So now, sedikit sebanyak perkembangan terkini saya… ‘cehh dah macam artis pulak rasenya’
Sekarang  umur saya sudah semakin bertambah.. juz tambah satu angka kat belakang daripada before ni la. Dan buat pengetahuan semua, saya masih lagi bekerja secara makan gaji di tempat lama, tinggal juga di tempat yang sama, cuma sudah dua kali bertukar roommate. Masih lagi berstatus seperti yang sebelum ini. Bilangan anak pun masih lagi sama iaitu seramai 2 orang dan insyaAllah akan bertambah dalam masa beberapa bulan lagi… doa-doakan ye… ‘jangan salah faham, I’m not a preggy women!!’ Kemudian dari segi asset pula, Alhamdulillah ada sedikit pertambahan dari sebelum ini. tp liabiliti juga semakin bertambah, seakan berkadar terus ya.. (hehe rindu maths) Alhamdulillah rezeki la katakan.. (termasuk aset lemak dalam badan gamaknya) dan dipendekkan cerita, masih lagi tidak banyak perubahannya dari tahun lepas ke tahun ini. Haha  

So serba sedikit pasal citer kerja. Erm sedar tak sedar, dah setahun lebih bertahan di situ. Seperti kebiasaannya masih lagi perlu berhadapan dengan karenah-karenah customers yang bermacam-macam tu. Bukan salah kita pon, kita juga yang kena. Ada yang poyo dan kerek. Ada yang kelakar dan sangat baik. Kadang-kadang rase macam tak cukup kuat untuk bertahan, tapi kadang-kadang rasa sangat sayang untuk tinggalkan. Apa yang penting SABAR. Itulah kuncinya untuk bertahan dibidang ini. Perangai orang kadang-kadang kita tak boleh nak jangka, apatah lagi nak mengubahnya. Mahu tak mahu, kita perlulah bertindak lebih professional dengan karenah mereka yang kadang-kadang tak professional langsung terhadap kita.

Projek yang dikerjakan dari seawalnya, tak ada senior untuk dirujuk, tak ada team leader untuk meluahkan masalah, Cuma ada manager yang sangat jauh jurangnya. Senang citer saya la 1st batch tuk projeck ni. Semua perkara perlu belajar sendiri. Kerja with minimum supervision la katakan.. Tapi Alhamdulillah, bertahan sehingga kini tanpa ada sebarang masalah yang teruk-teruk. Keadaan projek sekarang pon sudah semakin stabil. Terasa sangat sayang jika nak ditinggalkan. Sayang jika kedudukan projek yang stabil ini, bakal merundum sekiranya orang lain yang ambil alih. Apatah lagi sekiranya melihat orang lain dengan senang hatinya mengambil alih tempat kita yang kita telah usahakan dengan susah payah semasa diawal projek ini wujud. Sekarang bos-bos and manager dah duk berebut nak jaga projek ni. Katanya projek ni tak banyak masalah, apatah lagi dapat staff yang handle projek ni sangat komited (saya la tu). ‘This project will be expend because you make this project  successful’, said my boss. ‘Your boss will not worries about you because she know you is a responsible person to handle the project well.’said my client.  Keadaan ni yang buat saya rasa sayang tuk tinggalkan company ni. Bukan sebab nak mendapat pujian semata, tapi saya juga punyai visi untuk melihat projek yang saya uruskan seorang diri ini dikembangkan. Mungkin bukan lah kejayaan yang besar buat orang lain sebab hanya projek kecil yang diusahakan,tetapi merupakan satu kejayaan besar buat diri saya yang menjayakannya dengan susah payah dari awal. Sekali gus boleh menjadikan sebagai batu lonjatan terhadap diri saya dalam perkembangnan dunia kerja saya yang tidak seberapa ini.
 Bukan sekali dua menangis menghadapinya seorang diri, tapi berkali-kali mengalirkan air mata. ada satu ketika hampir-hampir nak resign sebab tak tahan, tapi my beloved older sis cakap ‘SABAR’.  Then now I know the hikmah disebalik SABAR itu. Sebelum ini, orang tak tahu pun projek ni wujud kat company tu, insyaAllah tak lama lagi mampu berdiri seiring dengan projek-projek besar lain kat company tu. So sekarang ni saya bertahan dulu di sini untuk melihat perubahan besar terhadap projek ni. Dan saya juga ingin meninggalkan nama baik dan jasa terhadap projek ini sekiranya rezeki saya ditempat lain pula kelak. Just wait and see the expending project by end of this year. Kalau setahun 3 bulan boleh tunggu, takkan lagi 5 bulan tak boleh tunggu kan? Melainkan saya dapat better offer from the biggest company or government, then I will move on from here.

So stop talking about the work. Lets talk about…. WEDDING!!!
Erk bulat mata masing-masing bila sebut pasal KAWEN kan? Haha saya pon excited jugak ni, nak citer pasal kawan-kawan saya dah ramai yang menamatkan zaman bujang mereka dengan pilihan hati masing-masing. Wahhh seronoknya dengar orang nak membina masjid ni.. tumpang gembira dan bahagia.  Bagus kawen awal tu, boleh elak maksiat. Dari bercouple dan berpegang tangan yang haram, lebih baik cepat-cepat jadikan hubungan tu halal. Bercinta lepas kawen tu kan lebih manis. Boleh pegang-pegang tanpa buat dosa lagi.
Sejak dua bulan kebelakangan ni, banyak juga undangan perkahwinan yang saya dapat. Mostly invitation melalui facebook la.. maklum la sekarang ni zaman teknologi,  dah tak payah nak bazirkan duit dan pokok untuk print kad kawen banyak-banyak. Betol tak? Tapi kad kawen tu still ada sense of value yang tersendiri buat sesetengah orang.
By the way, bila dapat banyak jemputan kawen ni, terasa yang diri ini macam dah besar rupanya. Rakan sebaya dah kawen, dan terasa yang diri sendiri pon dah boleh kawen jugak. Erm tapi mungkin banyak lagi persediaan yang diperlukan sebelum bertukar status dan berkemampuan untuk memegang tanggungjawab yang lebih besar.
Baru-baru ni, my close cousin yang sebaya dengan saya tu dah masuk merisik pilihan hatinya. Maknanya dah tak lama lagi la tu. So saya juga perlu bersedia untuk menjadi  ‘baham’ dari sanak saudara bila pulang ke kampung kelak. Kalau sekarang pun ramai yang duk tanya ‘bila?’ so lepas ni, makin ramai la yang bertanya ‘bila?’. Saya dah biasa dengan soalan tu, Cuma jawapan untuk soalan tu je yang tak tahu nak cari kat mane.. adeiii.. stress bila orang tanya soalan ‘so when is your turn?’
Baru-baru ni juga, anak sepupu saya yang baru berumur 21tahun dah kawen dengan pilihan hatinya.  Kami telah berkumpul bersama-sama untuk memeriahkan lagi majlis yang berlangsung di Pasir Gudang, Johor.  Dari segi umur for me, she was too young for getting married. Tapi yang ada kawen lebih muda dari itu mampu untuk meraih bahagia. Umur itu bukan pengukur kebahagian dalam sesebuah rumah tangga, tetapi kematangan seseorang dan kesediannya dalam menjalankan tanggungjawabnya yang lebih besar di alam rumah tangga itu lebih penting. Ada orang umur 30 tahun pun masih lagi tidak berfikiran matang. So apa-apa pon yang penting, bila seseorang itu tahu kewajipannya dan tahu tujuan berumah tangga itu bukanlah sekadar melunaskan nafsu semata-mata tapi juga satu ibadah kerana Allah, insyaAllah rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu bakal beroleh bahagia. Tapi seperti saya katakan tadi dengan syarat, berpaksikan Allah sebagai matlamat dalam kehidupan kita.
Next is my cousin, umur yang muda setahun dari saya yg bakal berkahwin pada hari raya keempat nanti. Mula-mula dengar berita ni, agak meroyan jugak la… tak percaya sorang lagi nak kalah kan saya kan.. adeii.. stress betul bila dengar orang nak kawen ni, tambah-tambah kalau sedara sepupu sepapat yang umur lagi muda dari kita yang nak kawen tu... then berseloroh ngan my mum.. “bila pulak ma nak dapat menantu?”.. my father dah gelak-gelak dah.. tapi dengan selamba je ma saya cakap “tak tahu..” erk.. nampaknya tak dapat green light lagi disitu..ooooo….

lokasi: Masai, Pasir Gudang, Johor
26052013

Ok stop dulu about family’s wedding.. next is friends’ wedding.
Tahniah kepada semua kawan-kawan yang sudah selamat diijab kabulkan dari beberapa bulan lalu.
Semoga berbahagia and bercinta hingga ke syurga.. Ramai sangat yang kawen tak sempat pon nak memenuhi semua jemputan. Hanya dua majlis yang sempat dihadiri.. so lets check it out the pic..

bersama geng MCMF, AEU7
lokasi: Senawang, Negeri Sembilan
15062013


bersama cik nurul hidayah, member matrik- KMNS
lokasi: Banting, Selangor
23062013


okay enough dulu for this time being...
till we meet again soon...

Ramadhan is around the corner.. lets prepare for the barakah months..
semoga dapat menjalankan ibadah puasa serta amalan-amalan sunat yang lain dengan sempurna..
selamat berpuasa
ahlan wasahlan ya Ramadhan..

bye
wassalam..





Tuesday, 1 January 2013

2012 to 2013

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...
1st entry di tahun baru 2013...

selamat tinggal 2012..
semoga 2013 memberi lebih sinar baru  dengan penuh keberkatan Allah..

P/s: sasah nak update blog sekarang sebab dah tak ada laptop..
mintak ehsan kakak je guna laptop ni..
laptop pinjam ni pon, ada masalah dengan keyboard..
nasib la..
hehe..

will have new roomate today..
hope dia seorang yang baik macam saya..hehe
hope kitaorang boleh jadi kamceng..

till we meet again..

wassalam...


Sunday, 16 December 2012

Do I Look Older Than My Age??

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih lagi mampu menghirup dan menghela nafas seperti biasa..
hari ini diberi kelapangan masa untuk berada dirumah dihari minggu..

merujuk kepada tajuk entry pada kali ini yang juga merangkap status saya di FB,
apa pandangan rakan pembaca sekalian???
'erk.. tak payah tanya pembaca la...'

seperti yang sudah sedia maklum, umur dan berat badan merupakan dua perkara yang sensitif bagi kaum hawa.. tapi saya nak tambah lagi satu isu sensitip, iaitu isu kawen....
mana tidaknya, siapa yang nak dipandang tua dan gemuk??
semua orang nak nampak cantik dan sempurna dipandangan mata manusia..
tapi sejauh mana cantik dan sempurnanya kita dimata Allah??
tepuk dada, tanya diri sendiri - muhasabah diri...

sejak dua menjak ni, saya dapat ramai kawan baru di ofis,
sebab ada satu team yang baru pindah dari level 14 ke level saya..
adat la kan? bila baru kenal mesti ada sesi kenal mengenal - ta'aruf la katakan..
so elemen penting semasa sesi soal menyoal itu sudah semestinya:
1. nama?
2. UMUR?
3. tempat tinggal?
4. asal?
5. dah lama buat projek ni? (berkaitan kerja kami)?
6. dah KAWEN? (optional)

dah orang tanya, so kita jawab la..
yang paling tak best bila time tanye soalan no 3 tu..
"umur awak berapa?"
saya pon jawab la dengan bangganya sebab saya tahu saya masih lagi berada dalam kalangan staff yang termuda..cehhhh
"owhhh muda lagi...." respon si yang bertanya...
?????
apakah makna disebalik ayat atau kata-kata itu?? 
macam ada makna atau sindiran yang tersendiri je...
macam tak percaya umur saya lagi muda dari diorang pon ada..
kalau sorang yang cakap macam tu, okay la jugak, ni dah lebih dari sorang,
so saya pon terfikir...
do i look older than my age??

tapi kadang-kadang, ramai jugak yang tegur
'belajar lagi ke dik? belajar kat mane?'
dalam hati berbunga-bunga, ada jugak yang nak cakap saya muda kan???
hoho tapi saya akur maybe saya nampak matang kot, that's why diorang tak perasan saya ni dua or tiga tahun lagi muda dari diorang..
so abaikan je la...
siapa kita dimata manusia tidak penting,
yang penting siapa kita dimata Allah...
(sedapkan hati sendiri... hahaha)
tapi itulah hakikatnya..



satu lagi issue yang agak sensitip adalah, 
yang soalan no 6.
 adoiii, nak tersedak jugak saya bila ramai yang tak percaya saya masih belum mempunyai calon...
apa?? ingat cari calon suami tu macam piih baju ke??
its not that simple la...

tambah-tambah sekarang ni memang musim kawan-kawan kawen,
memang ada rasa macam nak kawen jugak cepat-cepat...
tapi bila
kadang-kadang bila dengar macam-macam masalah orang yang sudah berumah tangga,
timbul pula rasa takut nak menghadapi alam perkahwinan..
tapi tak elok fikir macam tu,
setiap orang ada masalahnya sendiri, in shaa Allah semua itu ujian untuk menjadikan kita lebih kuat meneruskan kehidupan...

so sekarang boleh mula bersedia untuk ke next stage even tak ada calon lagi,
mudah-mudahan bila dah ada persediaan, jumpa calon boleh terus kawen..
 huk huk huk
'banyak berangan ni...'

yang penting banyakkan juga usaha untuk mendapatkan cinta Allah yang hakiki,
baru Allah bagi cinta hambaNya yang sejati..
in shaa Allah...

so kesimpuannya, abaikanlah apa yang orang sekeliling nak cakap,
menjadi diri sendiri itu lebih baik daripada terikut-ikut cakap orang lain,
yang penting kita sentiasa berusaha menjadi hamba yang terbaik disisi Allah...

 kepada yang bakal menjadi imamku kelak,
terima kasih kerana memilihku, sedangkan aku hanya wanita yang biasa,
jauh dari kesempurnaan yang diidamkan,
hanya memerlukan bimbinganmu untuk menjadi lebih sempurna dalam menyintai sang Pencipta..
In shaa Allah aku akan menyintaimu setiap detik waktu,
maka cintailah aku seadanya aku,
jangan berharap aku menjadi wanita sempurna,
maafkan aku kerana aku hanya wanita biasa...



wassalam












Thursday, 15 November 2012

Salam Ma'al Hijrah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
syukur masih lagi dianugerahkan segala kenikmatan daripada Allah swt.

Alhamdulillah,
1433H telah pun berlalu,
kedatangan 1434H diharapkan memberi sinar baru dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran ini..
semakin hari berganti hari, zaman sudah berubah, dunia pula sudah semakin maju,
sudah tentu ujian, cabaran dan dugaan yang harus dihadapi saban hari juga semakin mencabar..
diharapkan diri ini tetap istiqamah dalam setiap perkara baik yang telah diusahakan..
semoga sinar baru ini memberi peluang dan ruang untuk mengubah segala keburukan dalam diri kepada perkara yang lebih baik dan bermanfaat..
insyaAllah...


semoga perjalanan hidup tahun ini lebih indah dan penuh barakah..
Salam Ma'al Hijrah 1434H kepada semua..


p/s:
hepi belated besday to my beloved mum...
101112
semoga hidup ma sentiasa dalam keredhaan Allah...
sayang ma sangat2..
insyaAllah nanti ada kelapangan balik kg, nak bagi hadiah kat ma..
(ore tau dah hadiah gapo nk bagi ko ma...)
love u mum....

yaAllah aku ingin sentiasa dekat denganMu..
berikan aku kekuatan dalam setiap ujian yang Engkau berikan padaku,
aku yakin aku adaMu disisiku selalu...

bersama-sama kita doakan saudara sesama islam kita di Palestin sana..

just a quick update...

wassalam...


Sunday, 1 July 2012

Makan Memilih

Bismillahi Rahmani Rahim..
Assalamualaikum...
salam sejahtera & salam satu Malaysia.. 
(erkk, xpe patriotik sekali sekala)

Alhamdulillah.. syukur!!
masih dikurniakan rezeki, rahmat, dan anugerah dari yang Maha Berkuasa...

selamat kembali ke entry yang terbaru!!
erkk macam nak buat iklan pulak,
tak payah nak perasan sangat la tuan punyer blog oiii...

okay, straight to the point,
kali ini nak bersembang-sembang pasal makan dan makanan..
sejak akhir-akhir ini, nafsu makan bertambah-tambah..
berat badan pon duk turun naik turun naik je..
tapi tak ape, layankan sahaja asalkan tidak keterlaluan dan berlebih-lebihan..
bak kata pujangga,
'berhenti sebelum kenyang'
(pujangga ke??)

setiap orang mesti ada menu-menu tertentu yang tidak boleh diambil atau dimakan
tidak kira lah samada disebabkan oleh alahan penyakit, ataupun alahan tekak mahupun di atas sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan..
ada orang alahan seafood, alahan belacan, alahan kacang dan macam-macam lagi la...

alahan tekak??
macam tak pernah dengar je orang sebut alahan tekak kan?
saya pon kurang arif ada ke tak orang sebut alahan tekak ni,
walaubagaimanapun, saya nak sebut jugak!!hehe
alahan tekak ni, sebenarnya 
anda akan merasa loya bila termakan sesuatu makanan secara tidak sengaja mahupun dengan sengaja...
contohnya merasa geli atau loya terhadap makanan tertentu yang jarang atau tidak pernah dimakan..
ianya seperti ikan sungai, belut, ayam kampung dan macam-macam lagi..

sebab-sebab lain pula adalah disebabkan
budaya, keturunan, tragedi dan sebagainya..
termasuklah cara bagaimana masakan itu disediakan..
ada orang tak boleh makan masakan kampung, sebab dah biasa makan makanan western..
macam-macam betul ragam manusia..

tak percaya??
mari saya buktikan!! (tak jamin terbukti atau tak!!)
cuba perhatikan , bagaimana cara ahli keluarga anda memilih makanan untuk dimakan...
pasti setiap ahli punyai ragam yang tersendiri

saya ambil contoh dalam keluarga saya sendiri..
abang saya yang paling banyak karenah sekali kalau bab makan,
kalau tak sedap dah memang confirm la tak makan,
kalau tak ada lauk best pon tak makan,
kalau masakan kurang masin atau manis dia tak makan, 
nasi lembik pon tak makan!!
susah betul nak kena dengan selera dia,
nasib la wife dia, masak kene ikut selera dia je..haha
(maaf ye abang sayang, adikmu tak nyatakan abang yang mana, hanya kita-kita je yang tahu...)
<tak payah nak takut sangat bukan dia baca pon blog ni...>

kalau si adik pulak, tak makan telur yang masak bersama masakan lain..
kalau telur dadar ke, telur mata ke, telur rebus ke,
boleh pulak dia makan..
pelik betul la..
tak faham apa yang dikatakan geli nya??
(maaf ye adik-adikku sayang, kakakmu tak nyatakan adik-adik yang mana yang dimaksudkan ini)
<kalau adik sayang yang baca, tak payah nak berasap telinga sangat la..>

apa-apa pon dalam family saya terbahagi kepada beberapa golongan
golongan yang suka minum susu dan soya, (abah, ma, & abang)
golongan yang tidak minum susu langsung tetapi minum soya, (abang 1st & adik-adik)
golongan yang tidak minum susu kosong dan soya tetapi minum susu campuran... (saya & kakak)

erm yang ini je pon dah macam-macam.. 
banyak lagi ragam lain, yang kalau nak cerita tak tahu bila nak siap entry ni..

apa-apa pon saya just nak cakap yang saya dah banyak berubah dalam pemilihan makanan ni.
banyak masakan yang saya tak boleh nak makan before ni, sekarang dah boleh makan perlahan-lahan..
sekarang saya belajar untuk mencuba semua jenis masakan,
biasa lah dah duduk serumah dengan orang perak dan terengganu,
cara masak dan masakan yang sangat berbeza walaupun sesetengahnya tidak terlalu ketara..
kalau tak makan, takut dikata sombong..
masak asam pedas ayam la, masak lemak cili api sayur labu air la..
so,
mahu tak mahu kena belajar menerima apa yang ada di hadapan mata,
tak cuba tak tahu macam mana rasanya,
so sama-sama belajar memahami dan merasa la..
tapi masih ada beberapa masakan yang tak boleh diterima dek tekak..
so belum capai lagi ungkapan yang selalu orang guna,
'tolak pasir, batu dan kayu'

p/s: sometimes we should change to be a better person than before..

Alhamdulillah for the renew contract even still in dilemma..

notakaki: ada orang melamar saya, jadikan guru tuisyen untuk anak dia.. 
perlu ke terima tawaran itu???



Saturday, 7 April 2012

New Environment, New Experience

assalamualaikum..

alhamdulillah...
seminggu berlalu dengan baik sekali..
walapOn banyak makan hati, xpe yg penting sabar..
bila difikir dlm sudut lain, byak benda pOsitif bleh di ambik...
sO yg makan hati tu, juz let it go je la.. (redha je bunyi!!)

in the 1st week on the new job, new place, new environment, new colleague, new purpose
and everything new..
juz one words that i want to say, that ..
Alhamdulillah..

event i'm quite nervous, but Alhamdulillah still can survive alone there...
ramai Orang cakap.."waa berani nya awk!!"
itulah hakikat yg perlu sy hadapi..
'sy perlukan pekerjaan, jd sy bersedia tuk wat apa2 saje drpd sy terus hidup menanggur'
hope i will be a pOsitive persOn till the end..huk2..

bila sy diberitahu yg "cOngratulatiOn u got da job"
sy dh mula fikir, mcm mana la agaknya keje ni 9ti..
because this is the new department,
so manager pOn xtau sgt pasal keje ni..
i'm the only staff that they hired for this new project..
so i need training and wOrking alone..
they only have me, 
and i'm only have them..
so bleh imagine tak yg my colleague sy sape je??
as i know, i juz have a manager and our client from SME

dngar macam hebat kn???
sebenarnya menakutkan..
dengar SME pon sy xtau, ape ke benda la ni..
rupe2nya senang citer samsung la tu..
ala yg ad keluarkan galaxy tab sume bagai tu...
so bila dengar samsung pon dh bleh imagine la brape kerat je malay staff diorg kn?
so i need to prepare myself instead of mental, culture and maybe physical b4 start the job..

sO memang btOl la ape yg sy fikir tu..
majOriti staff samsung are chinese,
malay and indian are balance..
klu ad rmai melayu pon yg kt bahagian technician je..
so 1st week training at samsung kene tahan ckit la..

1st day:
in the morning, we discuss about the system..
sharon (my manager), nicole (our client from samsung), and me..
perghhh memang xde bahasa melayu langsung la..
speaking habis diorg ni..nak xnak sy pon kene speaking ngan confident nya..
lantaklah ad misprounounce ke ad grammar mistake ke..
janji speaking...
(tgok la lepas ni memang bleh skeping berhabuk la sy...kui3.. )
kdg2 diorg ni speaking mandarin plak...
amboi2...rase macam sy xwujud je kt situ..
waaa nape la dulu2 xnk blaja mandarin..
klu tak bleh fham diorg ni ckap ape..
mana la tau diorg ngah kutuk sy ke kn??

by da way, this is my experience on how we deal with our client about the project..
after presentation diorg sign2 contrac bagai..
wahh b4 ni tgok kt drama tv je yg jmpe2 client tu, 
but now, i involve with them..
once of the new experience that i get here..

2nd day:
its quite same again.. discussing about product knowledge and the system once again..
sebabnya, one of the traineer from vads is coming..
so, now there are two malay people in this conversation which are mr fahmi (traineer) and me,
so speaking rOjak2 maaa...
syOk ckit coz bleh la sy smpuk skali skala...haha
klu tak sy memang snyap je la..klu diorg tnye baru jawab..
nk menyampuk takut plak salah ckap..haha (gelak tuk diri sendiri)

for the 2nd day invOlve with the experienced people like them,
i get some new experience too..
they keep on share about bussiness,
they share their experience each other..
share about how their career growth even they are started from the bottom like me..
all about work..
very interesting part..

3rd day:
the system still on progress..
i spent more time to buddy session..
my buddy is very friendly even she's indian..
we share everythings even we juz have met...

4th day:
i juz took the assessment about the system..
the funny things is, the traineer and me have discuss the questiOn..
because of this is the new project, so sy tolong traineer tu wat soalan assessment..
then sy jwb assessment tu..
agak2 sy dpt jwb ke tak??
fikir sendiri la...hehe

5th day:
everything still under progress..
so nicole juz give the chance to get familiar with the system and so on..

senang kan keje sy???
tp ni tuk 1st week ni je la..
sebab system ad problem lg..
9ti sume dh okay...xtau la sibuk macam mana plak...
adoii risau jgak takut xdpt wat keje nga baik 9ti..

itu dari segi keje yg sy wat tuk minggu ni..
ad satu benda yg lg best...
sy rase mcam bagai ditatang minyak yg penuh..
sume org take care..
rase macam anak emas..
sume org tnye..
"r u okay?", "r u okay?"
"ad org bully u tak??"
kejap manager tnye, kejap org HR tnye, kejap traineer tnye..
kejap nicole sndiri tnye.. 
bile masuk nk attach nga buddy pon sume org mcm pelik..
'eh sape ni?'
rase macam budak baru pindah skolah plak..
sume org nk dtg kenal..huk3 
<perasan!!> 

tp btOl diorg ni sume sgt baik..
even diorg bukan malay, tp diorg sgt baik..
rase bersyukur sgt Allah pertemukan sy bekerja dibawah org2 yg mcm diorg ni..
profesional..

disebabkan samsung punye tempat ni kt kawasan perindustrian,
so memang agak susah ckit la..
klu stakat nk survive perjalanan pegi sane tuk seminggu, okay la
tp masalahnya, kt cni memang xde cafe or kedai makan..
makk aiihhh...
klu sy bukak kedai makan kt area situ, confirm untOng!!haha

so nicole dh promise akn bwak sy pegi lunch spnjang hari2 sy ad kt situ, tp byar sndiri..
so okay la, coz time tu sy pon xterfikir la die akn bwak ke restoran yg mewah2 or besar2..
maklum la, org mcm sy ni mane la mampu..
klu stakat mcD or kfC tu bleh la...haha

so 1st day die bwak makan kt victoria station..
tertelan2 air liur ni bile tgok die nye menu..
bukan sebab terliur nga makanan,
tp mampu ke nk bayar ni??
harga paling murah pon xkurang 2O hengget!!
so pesan je la yg paling murah..
ikat perut la ckit arini, balik umah 9ti makan kenyang2..
so order la seafood tom yam soup nga sky juice..huk3
alhamdulillah, nasib baik die belanja..
rugi plak xorder yg lg mahal..
ish3..

2nd day plak die bawak pegi old town..
harganya xde la semahal victoria..
tp yg paling murah pon dlm 7 ke 8 hengget..
huk3..memang terbatuk2 jgak la..
tmbah2 awl2 lg die dh bergurau..
"arini u belanja kn??"
opssss mau tak tersedak den??
tp sy senyum je..
cover2..konon byak duit la..haha
alhamdulillah, nasib baik lg, arini die belanja..
hehe

3rd day die bwak plak pegi lunch kt pappa rich
mau tak sengket ak klu keje nga die sebulan..
lunch kt tmpat2 yg cam ni je hari2...
adoiii..
memang la still xsemahal victoria...
harga lebih kurang sama je nga old town tu, 
tp biase standard harga lunch sy pon 4 ke 5 hengget je..
skrg baru keje brape hari dh makan sakan..
ish3..rase macam rela xikut die makan..
alhamdulillah, masih rezeki sy, die belanja lg..
adoiii segan dh ni...
ari2 org belanja je..

 4th day die cuti..
so sy pon xpegi samsung..
terus je ke ttdi
tp time lunch ad org belanja lg..
terima kasih ye cik bell...

5th day kami kembali lunch bersama-sama..
kali ni disebabkan kami berdua je,
so die try cari kedai or gerai yg biase2 je...
malangnya bg kami sebab area tu memang susah nk dpt malay food..
klu chinese food memang byak la, 
kali ni kami mkn kt millenium square je..
harga pon xde la mahal2 sgt...
so sy offer la nk belanja die..
sebab dh hari2 asyik org belanja je..segan kot..
dh la tumpang naik kete die, xtolong byar pon minyak ke parking ke bagai..
adoiii..
tp itu la, alhamdulillah masih rezeki sy, die belanja lg..

rupenya baru sy tau thats policy maaa...
syarikat yg bayar..
hahahaha
juz yg 5th day tu je die yg byar,
tp die memang xleh terima apa2 belanja or gift dari mane2 customer..
itu policy diorg..

alhamdulillah..
segalanya berjalan nga lancar..
harap2nya lepas2 ni pon berjalan nga lancar gak..
risau bila kita menjadi org harapan sume pihak...
takut klu2 kita xmampu berikan yg terbaik seperti yg diorg inginkan..
apa2 pon try yg terbaik..
insyaAllah...

p/s: byak sgt dh melalut ni..pnjng berjela dh entry ni jd..

till we meet again...
wassalam..




Saturday, 7 January 2012

LUCKY

Assalamualaikum..

lucky i'm in love with my best friend,
lucky to have been where i have been,
lucky to be coming home again...
ow ow ow ow..
....................................................
lucky we're in love every way,
lucky to have stayed where we have stayed,
lucky to be coming home someday....

best gak lagu ni kn? tp tuk baris 1st tu, xde kene mengena nga sy ok... dulu mayb ad rase camtu, but not now..kui kui kui..

so alhamdulillah, lucky sebab masih benyawa sehingga hari ni..
alhamdulillah, lucky sebab masih dpt rase segala nikmat yg Allah bg, nikmat masa & kesihatan, tp yg paling penting nikmat iman & islam...alhamdulillah, syukur!

kdg2 kita xpernah nk rase bersyukur nga ap yg kita ad or miliki skrg..sebabnya lumrah manusia ni MEMANG xpernah rase puas..dh kaya nk lagi kaya, dh senang nk lg senang, dh dpt ckit nk dpt lg byak, dh bg betis mintak pula paha!!! sy xkata org lain, diri sendiri pon kdg2 sama..

so sy ad beberapa teori ciptaan sendiri, dgn tiba2nya n xtau ada kene mengena nga tajuk or ngan perenggan atas tu or tak...:
#1: kdg2 kita xsedar apa yg jd dlm hidup kita, or ape pilihan yg kita ambik dlm hidup kita, sumenya ada SEBAB, AKIBAT n HIKMAH..(mcm blaja maths plak ad sebab n akibat). so mayb apa yg jd pd hari ini adalah akibat terhadap keputusan yg kita ambik pd masa lampau..
contoh: skrg susah nk dpt keje, sebabnya dulu xnk blaja btol2...(haiiyshhh cam terkena btg hidung sndiri plak!!!)- contoh sahaja!!!

#2: TAPI perlu juga kita igt bahawa hidup ini adalah UJIAN... so apa yg jd pd hari ini adalah satu ujian buat kita, tak kisah la kita sedang happy or berjaya dlm hidup kita mahupun kita sedang frust or xberjaya dlm hidup kita.. sume tu ujian dari Allah tuk kita.. Dia nk uji kita sejauh mana kita hadapi ujian tersebut, sama ada berusaha, bersabar & bertawakkal ATAUPUN bersedih, menyalahkan takdir or diri sndiri, kecewa n seumpamanya...
seperti firman Allah yg bermaksud: apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: "kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? {surah Al-Ankhabut ayat 2}

so bila kita cuba relate kn kedua2 teori ini kita akan dapati bahawa setiap apa yg kita lakukan or pilihan kita pada hari ini merupakan satu ujian dari Allah mungkin untuk masa hadapan kita. bukan je kesusahan adalah satu ujian malah kesenangan juga satu ujian.. ujian, Allah nk tengok sama ada kita bersyukur ke tak di atas nikmat kesenangan or kejayaan kita tu..kita bersyukur ke tak di atas kesusahan n kesukaran kita tu..
sesungguhnya setiap ujian itu pasti ad hikmahnya yg tersendiri. Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yg HambaNya tidak termampu kerana Dia Maha Mengetahui lebih dari yg kita tahu..
jadi percayalah bahawa bila kita diuji, sebenarnya Allah sayangkan kita, sebab biasanya bila diuji kita akan mntak pertolongan dari Allah...
so u r lucky coz Allah still want to choose u to remember Him, close to Him..

notasebelahkaki: teori ini adalah ciptaan saya sendiri...sy xpaksa org percayakan teori ini..teori ini hanya tuk menyedapkan hati n mengingatkan diri sy sendiri... sekiranya ia bleh diguna pakai juga tuk org lain, then ok lah, klu xnk pakai pon xpe... tp klu ad jumpe teori seumpama ni kt mane2 bleh bgtau sy, mane tau leh improve lg mane2 yg xbtol...

notasebelahkakilagi: tuk diri sndiri, don't give up..believe in Allah..bersyukur...

special happy birthday wishes to my beloved 2nd elder brother, Mohd Khairul Anuar.. hope for ur longlife and happy always forever n after with ur beloved wife..hope u will get a child soon..hope all ur wishes for this year will comes true.. thanks for everythings that u gave to me..i'm also get free call for a week from celcom..hehe... love u bro!!

him n our niece, sarah..


wassalam....

Saturday, 24 December 2011

Setiap Hari Penuh Debaran

assalamualaikum...

erm tajuk punya la gempak cam menunggu hari nk tunang or nk kawen je...hehe...
sebenarnye sume tu TIDAK sama sekali..

tp memang betul setiap hari rase berdebar-debar je..sebab xtau ape yg bakal terjadi dlm satu hari tu...xtau nga sape kita akn jumpe hari ni..baik kah die, atau sebaliknya..klu baik debaran bertukar pd senyuman n kelegaan, klu sebaliknya debaran tetap kekal debaran hingga kepenghujung hari...

so, bila bangun pagi je terus doa byak2 supaya harini sume nye berjalan nga lancar, semoga hari ini lebih baik dari smlm..smoga hari ni xsesusah semalam...

tp xsemua yg kita nk, kita akan dpt..so, klu hari ni berjalan dgn baik, maka syukur sgt2...klu berlaku sebaliknya, anggap saja ianya satu ujian n jadikannya satu pengalaman dan panduan tuk meniti hari2 yg bakal mendatang..

sy percaya PENGALAMAN adalah guru dlm kehidupan kita..kita perlu hadapi n rasai segala pengalaman baru kerana pengalaman mengajar kita utk lebih matang...

wasssalam...