greeting

"Bissmillahi Rahmani Rahim"

Showing posts with label KAWEN. Show all posts
Showing posts with label KAWEN. Show all posts

Sunday, 1 September 2013

Cousin's Wedding..

 
Assalamualaikum..
 
 
Alhamdulillah.. Lepas satu, satu wedding..
wedding kawan la, wedding jiran la, wedding sedara la..
tapi saya tidak berkesempatan nak hadirkan diri,
walaubagaimanapun saya sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian semua,
selamat mengemudi rumah tangga masing-masing..

time raya pun ramai dah duk bertanya 'bila nak kawen?'
'dah ada calon ke??' 'orang mana???'
dalam hati, terdetik juga..
orang Penang ke? atau orang Johor? atau orang KL? atau orang Klate juga?
oppss sound fishy je kat situ...
haishh susah betol nak menjawab soalan-soalan macam tu, then now I know the feeling...
a bit stress with that kind of questions..
 
tapi jodoh tu kan rahsia Allah,
so Dia lebih tahu bila masanya akan tiba dan dengan siapakah gerangan orangnya..
berdebar-debar pulak rasa nak tahu siapa orangnya..
mungkin masa itu belum tiba sebab saya sendiri pun masih belum bersedia..
tanggungjawab sebagai seorang anak buat kedua ibubapa pun kadang-kadang terlepas pandang,
masih banyak yang belum dilakukan dengan sempurna bagi membalas jasa mereka..
mungkin sebab itu, Allah tangguhkan dahulu saat itu,
cuma bila dengar atau tengok orang-orang disekeliling atau orang-orang yang kita kenal mula melangkah setapak membina keluarga sendiri,
hati mana yang tak teringin??
bukan untuk melunaskan nafsu semata-mata, tetapi bagi menyempurnakan iman, ingin membina baitul muslim.. insyaAllah..
so sementara ada masa ni, jom persiapkan diri..
bukan ingin menjadi yang sempurna, tetapi menjadi sebaik mungkin,
supaya yang menjadi pasangan kita itu juga adalah pelengkap hidup kita yang terbaik buat kita..
Amin... amin.. amin...
 
baru-baru ini, semasa hari raya keempat,
satu lagi majlis perkahwinan keluarga telah berlangsung..
sepupu saya sebelah abah, berumur 23 tahun..
saje nak mention umur sebab dia lagi muda dari saya..
time dengar dari abah saya, yang dia bakal berKAWEN, saya menjerit bagaikan tidak percaya..
'meroyan' bab kata orang KL..
sebabnya, sedikit perasaan tercabar menular dihati..
tetapi masih lagi waras..hehe
 
 
so lets check it out the pics of the bride's...
 
with sarah and si pengantin, anis
sarah the one who's excited to take pic with the bride..
well sarah selalu berangan nak jadi pengantin.. hehe
baju sama merah macam mak ngah..
such a simple wedding, but happening..

Apa-apa pon tahniah buat Anis dan pasangan,
The bride looks so happy with the wedding even though both of them just met each other..
Can see from her eyes that she starts to fall in love with her own husband,
Someone that was halal for her..
Tentunya cinta selepas nikah itu lebih baik dan manis..
Sebab, baru mula bercinta pon dah tak berdosa kalau nak berpegangan tangan bagai..
Kan sweet begitu.. haisshh ni yang makin cemburu ni….

pada hari yang sama juga, ada kenduri saudara yang jauh sikit tapi sebelah ma,
 kami saling kenal sebab time kecik-kecik selalu juga main bersama sebab kami pun sebaya..
tapi apakan daya, tidak berkesempatan nak ke majlis beliau sebab saya agak rushing perlu pulang ke KL semula setelah beberapa hari pulang untuk berhari raya..
esoknya dah mula kerja..
walaubagaimanapun, selamat pengantin baru buat Khairul a.k.a Eyo dan pasangan..
semoga berbahagia dan bercinta hingga ke jannah.. insyaAllah..

dan beberapa undangan yang tidak dapat dipenuhi sejak selepas hari raya,
-          hasanah dan pasangan (perak)
-          sayyid dan pasangan (Terengganu)
dua-dua ni classmate time sekolah menengah dari form 1 until form 3, and until form 5 with sayyid
-          asma dan pasangan (terengganu)
coursemate zaman university..
 
maaf kawan-kawan sebab tidak dapat menghadirkan diri di atas kekangan tertentu,
namun saya doakan yang terbaik buat kebahagian bersama pasangan masing-masing.
Rasa tak percaya pulak bila meniti umur-umur sekarang ni, ramai yang mula bertukar status..
so who's next?

and untuk next coming ceremony especially for this September pulak..

- kak min (senior time sekolah menengah)
- che aiza (schoolmate sekolah menengah)
-mira halim (classmate time form 1 until form 3)

xsure lagi dapat attend or tak, tapi terasa banyak sangat aktiviti tuk bulan ni..
kalau tak dapat attend pon, insyaAllah doa dari kejauhan..
 selamat pengantin baru semuanya...


goodbye..

wassalam...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Saturday, 6 July 2013

I'm Back!!!


Assalamualaikum…
Hai whatsapp peeps…
Adeiii rase lama giler tak update blog ni..
Dah berzaman dah agak nya..
Bukan setakat berhabuk dah blog ni, tapi dah bersawang berlapis-lapis lagi nih…
Maaf la bukan tak nak update, tapi keadaan tak mengizinkan..
Hampir 6 bulan hidup tanpa laptop sendiri..
Alhamdulillah..i’m back!!
My Compact also is back!! (dah macam lagu Big Bang- Big Bang is back)
Alhamdulillah masih dapat berkhidmat even dah nak masuk 5 years dah ni. Siap dapat dilegasikan pada generasi seterusnya lagi..  memang sangat tahan lasak dan kuat la Compact ni.
Terima kaseh my lovely lappy, Compact!!!

PERINGATAN: entry kali ini agak panjang. Tak memaksa untuk baca sampai habis, tapi kalau sudi baca silakan. Terima kasih kepada yang sudi.. cehhh

So ape citer? Banyak sangat citer-citer yang dah tertinggal.. tapi tak apa.
 Yang berlalu, biarkan berlalu. Hidup harus diteruskan. bak kata orang putih tu 'Life must go on..' Hehe
Yang berlalu akan menjadi coretan dalam album kenangan saya. insyaAllah..
So now, sedikit sebanyak perkembangan terkini saya… ‘cehh dah macam artis pulak rasenya’
Sekarang  umur saya sudah semakin bertambah.. juz tambah satu angka kat belakang daripada before ni la. Dan buat pengetahuan semua, saya masih lagi bekerja secara makan gaji di tempat lama, tinggal juga di tempat yang sama, cuma sudah dua kali bertukar roommate. Masih lagi berstatus seperti yang sebelum ini. Bilangan anak pun masih lagi sama iaitu seramai 2 orang dan insyaAllah akan bertambah dalam masa beberapa bulan lagi… doa-doakan ye… ‘jangan salah faham, I’m not a preggy women!!’ Kemudian dari segi asset pula, Alhamdulillah ada sedikit pertambahan dari sebelum ini. tp liabiliti juga semakin bertambah, seakan berkadar terus ya.. (hehe rindu maths) Alhamdulillah rezeki la katakan.. (termasuk aset lemak dalam badan gamaknya) dan dipendekkan cerita, masih lagi tidak banyak perubahannya dari tahun lepas ke tahun ini. Haha  

So serba sedikit pasal citer kerja. Erm sedar tak sedar, dah setahun lebih bertahan di situ. Seperti kebiasaannya masih lagi perlu berhadapan dengan karenah-karenah customers yang bermacam-macam tu. Bukan salah kita pon, kita juga yang kena. Ada yang poyo dan kerek. Ada yang kelakar dan sangat baik. Kadang-kadang rase macam tak cukup kuat untuk bertahan, tapi kadang-kadang rasa sangat sayang untuk tinggalkan. Apa yang penting SABAR. Itulah kuncinya untuk bertahan dibidang ini. Perangai orang kadang-kadang kita tak boleh nak jangka, apatah lagi nak mengubahnya. Mahu tak mahu, kita perlulah bertindak lebih professional dengan karenah mereka yang kadang-kadang tak professional langsung terhadap kita.

Projek yang dikerjakan dari seawalnya, tak ada senior untuk dirujuk, tak ada team leader untuk meluahkan masalah, Cuma ada manager yang sangat jauh jurangnya. Senang citer saya la 1st batch tuk projeck ni. Semua perkara perlu belajar sendiri. Kerja with minimum supervision la katakan.. Tapi Alhamdulillah, bertahan sehingga kini tanpa ada sebarang masalah yang teruk-teruk. Keadaan projek sekarang pon sudah semakin stabil. Terasa sangat sayang jika nak ditinggalkan. Sayang jika kedudukan projek yang stabil ini, bakal merundum sekiranya orang lain yang ambil alih. Apatah lagi sekiranya melihat orang lain dengan senang hatinya mengambil alih tempat kita yang kita telah usahakan dengan susah payah semasa diawal projek ini wujud. Sekarang bos-bos and manager dah duk berebut nak jaga projek ni. Katanya projek ni tak banyak masalah, apatah lagi dapat staff yang handle projek ni sangat komited (saya la tu). ‘This project will be expend because you make this project  successful’, said my boss. ‘Your boss will not worries about you because she know you is a responsible person to handle the project well.’said my client.  Keadaan ni yang buat saya rasa sayang tuk tinggalkan company ni. Bukan sebab nak mendapat pujian semata, tapi saya juga punyai visi untuk melihat projek yang saya uruskan seorang diri ini dikembangkan. Mungkin bukan lah kejayaan yang besar buat orang lain sebab hanya projek kecil yang diusahakan,tetapi merupakan satu kejayaan besar buat diri saya yang menjayakannya dengan susah payah dari awal. Sekali gus boleh menjadikan sebagai batu lonjatan terhadap diri saya dalam perkembangnan dunia kerja saya yang tidak seberapa ini.
 Bukan sekali dua menangis menghadapinya seorang diri, tapi berkali-kali mengalirkan air mata. ada satu ketika hampir-hampir nak resign sebab tak tahan, tapi my beloved older sis cakap ‘SABAR’.  Then now I know the hikmah disebalik SABAR itu. Sebelum ini, orang tak tahu pun projek ni wujud kat company tu, insyaAllah tak lama lagi mampu berdiri seiring dengan projek-projek besar lain kat company tu. So sekarang ni saya bertahan dulu di sini untuk melihat perubahan besar terhadap projek ni. Dan saya juga ingin meninggalkan nama baik dan jasa terhadap projek ini sekiranya rezeki saya ditempat lain pula kelak. Just wait and see the expending project by end of this year. Kalau setahun 3 bulan boleh tunggu, takkan lagi 5 bulan tak boleh tunggu kan? Melainkan saya dapat better offer from the biggest company or government, then I will move on from here.

So stop talking about the work. Lets talk about…. WEDDING!!!
Erk bulat mata masing-masing bila sebut pasal KAWEN kan? Haha saya pon excited jugak ni, nak citer pasal kawan-kawan saya dah ramai yang menamatkan zaman bujang mereka dengan pilihan hati masing-masing. Wahhh seronoknya dengar orang nak membina masjid ni.. tumpang gembira dan bahagia.  Bagus kawen awal tu, boleh elak maksiat. Dari bercouple dan berpegang tangan yang haram, lebih baik cepat-cepat jadikan hubungan tu halal. Bercinta lepas kawen tu kan lebih manis. Boleh pegang-pegang tanpa buat dosa lagi.
Sejak dua bulan kebelakangan ni, banyak juga undangan perkahwinan yang saya dapat. Mostly invitation melalui facebook la.. maklum la sekarang ni zaman teknologi,  dah tak payah nak bazirkan duit dan pokok untuk print kad kawen banyak-banyak. Betol tak? Tapi kad kawen tu still ada sense of value yang tersendiri buat sesetengah orang.
By the way, bila dapat banyak jemputan kawen ni, terasa yang diri ini macam dah besar rupanya. Rakan sebaya dah kawen, dan terasa yang diri sendiri pon dah boleh kawen jugak. Erm tapi mungkin banyak lagi persediaan yang diperlukan sebelum bertukar status dan berkemampuan untuk memegang tanggungjawab yang lebih besar.
Baru-baru ni, my close cousin yang sebaya dengan saya tu dah masuk merisik pilihan hatinya. Maknanya dah tak lama lagi la tu. So saya juga perlu bersedia untuk menjadi  ‘baham’ dari sanak saudara bila pulang ke kampung kelak. Kalau sekarang pun ramai yang duk tanya ‘bila?’ so lepas ni, makin ramai la yang bertanya ‘bila?’. Saya dah biasa dengan soalan tu, Cuma jawapan untuk soalan tu je yang tak tahu nak cari kat mane.. adeiii.. stress bila orang tanya soalan ‘so when is your turn?’
Baru-baru ni juga, anak sepupu saya yang baru berumur 21tahun dah kawen dengan pilihan hatinya.  Kami telah berkumpul bersama-sama untuk memeriahkan lagi majlis yang berlangsung di Pasir Gudang, Johor.  Dari segi umur for me, she was too young for getting married. Tapi yang ada kawen lebih muda dari itu mampu untuk meraih bahagia. Umur itu bukan pengukur kebahagian dalam sesebuah rumah tangga, tetapi kematangan seseorang dan kesediannya dalam menjalankan tanggungjawabnya yang lebih besar di alam rumah tangga itu lebih penting. Ada orang umur 30 tahun pun masih lagi tidak berfikiran matang. So apa-apa pon yang penting, bila seseorang itu tahu kewajipannya dan tahu tujuan berumah tangga itu bukanlah sekadar melunaskan nafsu semata-mata tapi juga satu ibadah kerana Allah, insyaAllah rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu bakal beroleh bahagia. Tapi seperti saya katakan tadi dengan syarat, berpaksikan Allah sebagai matlamat dalam kehidupan kita.
Next is my cousin, umur yang muda setahun dari saya yg bakal berkahwin pada hari raya keempat nanti. Mula-mula dengar berita ni, agak meroyan jugak la… tak percaya sorang lagi nak kalah kan saya kan.. adeii.. stress betul bila dengar orang nak kawen ni, tambah-tambah kalau sedara sepupu sepapat yang umur lagi muda dari kita yang nak kawen tu... then berseloroh ngan my mum.. “bila pulak ma nak dapat menantu?”.. my father dah gelak-gelak dah.. tapi dengan selamba je ma saya cakap “tak tahu..” erk.. nampaknya tak dapat green light lagi disitu..ooooo….

lokasi: Masai, Pasir Gudang, Johor
26052013

Ok stop dulu about family’s wedding.. next is friends’ wedding.
Tahniah kepada semua kawan-kawan yang sudah selamat diijab kabulkan dari beberapa bulan lalu.
Semoga berbahagia and bercinta hingga ke syurga.. Ramai sangat yang kawen tak sempat pon nak memenuhi semua jemputan. Hanya dua majlis yang sempat dihadiri.. so lets check it out the pic..

bersama geng MCMF, AEU7
lokasi: Senawang, Negeri Sembilan
15062013


bersama cik nurul hidayah, member matrik- KMNS
lokasi: Banting, Selangor
23062013


okay enough dulu for this time being...
till we meet again soon...

Ramadhan is around the corner.. lets prepare for the barakah months..
semoga dapat menjalankan ibadah puasa serta amalan-amalan sunat yang lain dengan sempurna..
selamat berpuasa
ahlan wasahlan ya Ramadhan..

bye
wassalam..





Sunday, 9 December 2012

Alhamdulillah... Housemate saya dah KAWEN!!

Dengan lafaz Bissmillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum.. hai readers, apa khabar sume??
('tolong la faham, ada ke orang nak baca blog ni', so sila abaikan yang tidak berkenaan..)

Alhamdulillah.. Lama jugak tidak update blog,
sedar tak sedar dah masuk bulan 12 dah..
tahun 2012 bakal berakhir tidak lama lagi..
weekend tuk bulan ni pon hampir-hampir penuh dijadualkan..
banyak perkara nak buat dan banyak jugak perkara lain yang tidak dapat diturutkan..


banyak perkara yang hendak dicerita dan diluahkan..
sebab banyak perkara yang terjadi dalam beberapa hari dan minggu kebelakangan ini..
ada yang sedih, marah, gembira dan segalanya..
tapi mungkin bukan semua mampu dicoretkan..
so kali ni nak yang mana dulu ye???
lets starts with the happiness la, 
sebab hari ni rasenya dah release tension-tension yang ada buat sementara waktu..

so?? macam mane nak mula citer ni??
erm gamble je la ye...
sebenarnya saya excited sebab kawan matrik saya dan merangkap haousemate saya baru sahaja menamatkan zaman bujangnya...
seriously, memang excited..
sebelum ini majlis diorang dirancangkan akan berlansung pada awal bulan 3 tahun depan..
biasa kita dengar ramai orang akan menangguhkan majlis disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan..
jarang sekali kita dengar majlis diawalkan, tapi inilah hakikat bahawa kita hanya merancang, tetapi sebaik-baik perancangan adalah Allah S.W.T
majlis mereka diawalkan daripada perancangan asal disebabkan halangan-halangan sebelum ini telah dipermudahkan Allah..
tengok la betapa Allah itu maha bijaksana,
dia permudahkan segala urusan hambaNya yang berniat baik bagi penyatuan dua hati ini..
nak bina masjid, bina baitulmuslim sekali.. In Sha Allah..

disebabkan dia ni housemate saya, so sedikit sebanyak persiapan yang dilakukannya saya memang boleh nampak di depan mata saya sendiri.. 
dia memang mengambil langkah bijak dengan merancang perkahwinan yang serba sederhana..
banyak yang disiapkan sendiri daripada menempah..
persiapan pelamin, hantaran dan baju hampir semuanya boleh dikatakan buat sendiri..
berjimat cermat sebelum kawen sebab kehidupan selepas kawen juga memerlukan belanja kewangan yang sangat banyak..

baru minggu lepas duk lepak-lepak sebagai orang bujang, sekarang dia sudahpon bertukar status..
baru minggu lepas duk excited terjerit-jerit tengok bola dalam TV time team Malaysia vs Indonesia, sekarang dah jadi isteri orang,
agak-agak masih sama ke??
hehe rindu saat-saat bujang itu walaupon seketika...

so 071212 mereka bernikah
081212 saya bertolak nun jauh ke Kemaman, Terengganu..
kawan punya pasal, jauh pon redah jua..
(sebab kebetulan ada housemate yang sorang lagi sanggup nak pergi jugak, so orang yang serba kekurangan macam saya ni mampu tumpang je la.. hehe)

perjalanan yang memakan masa hampir 4 jam memang letih tetapi excited dengan aura pengantin mampu mengatasi segalanya..
alhamdulillah kami selamat sampai di rumah kediaman pengantin perempuan bila jam mencecah ke angka 1 tengahari..

simple je kan?? tambah-tambah pelamin yang kat belakang tu..
diorang buat sendiri je, simple dan bila pengantin kat atas pelamin tu,
aura pengantin memang sangat terserlah sebab pelamin tu tidak menenggelamkannya..
(uhh merepek apa da ni...)
bab pengantin pula memang dah cantik, so pakai apa pon akan jadi cantik jugak...
betol tak??

jumpe pengantin lama kat umah pengantin baru.. (untuk cerita pengantin lama boleh rujuk entry sebelum-sebelum ini) hehe
macam gathering pulak..

sama canti, sama padan!!

selamat pengantin  baru buat pasangan mempelai.. semoga kalian berbahagia dan bercinta hingga ke syurga.  menjadi nakhoda sebuah bahtera perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang senang, memerlukan kebijaksanaan, perancangan serta persefahaman bagi setiap kemungkinan yang bakal terjadi dan bersedia menghadapinya dengan cekal, sabar, tabah, doa dan tawakal serta redha..

dah abis makan nasi minyak, tangkap gambar dengan pengantin dan bersembang bagai sementara menunggu pengantin lelaki sampai..
kami pon memulakan semula perjalanan pulang..
sememangnya seperti dalam perancangan secara kasar,
kami ke Kuala Kemaman dengan tujuan jalan-jalan mencari keropok lekor..
alang-alang dah datang, takkan nak balik tangan kosong..
bak kata orang kalau tak abis duit tak sah la kan??

yang best nye sepanjang perjalanan tu pantai..
dah dapat kopok lekor, 
singgah jap tepi jalan tengok laut..
memang kami je yang buat, orang lain tak buat pon macam kitorg buat ni..
macam orang tak pernah jumpa pantai pon ada juga lagaknya..
dah la tengah panas, ayu berbaju kurung pula tu...
lepastu singgah pula kat Pantai Pak Nik, makan air cendol buatan melayu bersama kopok lekor...
perjalanan diteruskan lagi,
nama pun negeri Terengganu, jadi memang sudah tentu terkenal dengan pulau-pulau peranginan yang indah..
tidak kurang juga dengan pantai yang cantik..
maka sebelum meneruskan perjalanan, kami jenguk pula ke sebuah pantai iaitu:

persinggahan terakhir adalah di Cherating Beach..
inilah salah satu masa yang ditunggu-tunggu sebenarnya..
sudah lama tidak ke pantai,  menikmati indahnya pemandangan di tepi pantai
Subhanallah.. cantiknya ciptaan Allah..
tenang seketika..
deruan ombak yang membelah pantai seolah berzikir memuji Ilahi..
memberi terapi minda yang sedang bercelaru..
dengan harapan segala tekanan hilang selamanya walaupun ianya agak mustahil..


Alhamdulillah perjalanan selepas itu berjalan dengan lancar..
kami selamat sampai tepat jam 2145.
terima kasih housemate yang bagi tumpang dan jadi driver..


banyak lagi weeding rakan-rakan seterusnya beratur memenuhi jadual waktu hujung minggu..
namun harap maaf bagi yang tidak kesempatan untuk bertandang ke rumah kediaman kalian semua..
In Shaa Allah jika diperi peluamg untuk bertemu di lain masa...

lots of love..
till we met again to the next wedding of the year...
who's next??

wassalam...







Sunday, 30 September 2012

Kawan Saya Dah Kawen!!


Assalamualaikum..

Allahmdulillah, ada kelapangan masa untuk update blog..Daripada duk bercerita sorang-sorang baik bercerita dalam blog..hehe
Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini, saya nak bercerita sedikit berkenaan sorang kawan saya dah kaweeeen!! (sila baca dengan excited)

Ohh memang kami semua excited sangat bila dengar dia akan menamatkan zaman bujangnya.. tak sangka dalam kami-kami ni, dia yang sampai jodoh dulu. Dalam mind saya duk ingatkan housemate saya yang paling awal akan kawen pada awal tahun depan, rupanya tak!! Ada yang lagi awal. Antara kami berlima, yang lain duk hangat bercinta, tapi yang lain yang kawen dulu, mana tak terkejut.. diam-diam je, tup tup kami semua dapat kad undangan. Siap undangan special lagi, undangan akad nikah.

Kebetulan tempat majlis pon dalam area KL jugak, so kami tak lah keberatan nak menghadirinya. Ada dua orang yang kerja hari sabtu pon, kami paksa diorang ambik cuti. Sebenarnya kami semua dah lama tak jumpa, boleh dikatakan dalam 4 tahun la. Sejak abis matrik dulu. Itu pon salah satu sebab excited semacam. Kalau saya sendiri pulak, ini majlis perkahwinan yang kedua yang saya hadiri di kalangan kawan-kawan.  Yang lain bukan tak nak pergi, tapi banyak kekangan yang menghalang untuk ke majlis perkahwinan mereka. Tambahan, ini pula antara kawan rapat saya, jadi kalau boleh tak nak ketinggalan untuk meraikan bersama detik-detik bahagia mereka..

Before jauh bercerita, inilah kitaorang.. gambar zaman 4 tahun lepas.. sume muda mudi lagi..hehe

saje kecikkan gambar. 1st time expose gambar sendiri dalam blog..
Dalam kami berlima ini, agak-agak yang mana satu akan kawen dulu? Dan yang mana satu pengantin baru yang saya tengah bercerita ni??

Okay sambung balik cerita!

Sebelum ke majlis dia, saya dengan kawan saya ni (merangkap housemate saya sekarang-yang sebelah saya dalam gambar), kami stalker FB dia. Disebabkan kami tak sabar nak tengok siapalah bakal husband die, so dengan harapan kami dapat tengok dulu melalui FB dia. Namun nyata usaha kami gagal. Sebab dia budak baik-baik, alim pulak tu, mana ada letak gambar lelaki dalam FB. Kami check FB bakal husband die pon, tak ada letak gambar. So terpaksalah kami bersabar sehingga hari perkahwinan mereka. Majlis akad nikah dan perkahwinan akan diadakan di K-Club, Taman Melawati. Dengar nama pon, macam happening dan mewah je majlis diorang ni. Itu yang buat kitorang tak sabar-sabar je nak attend majlis tu.. Tak dinafikan yang dia ni dari keluarga yang agak berada tetapi hidup dalam penuh kesederhanaan. So tak mustahil kalau majlis nak happening bagai, lagipon dia anak sulung. Tapi saya tak boleh imagine lagi majlis yang bakal berlangsung tu macam mana. So tunggu je la, sehingga hari yang dinanti itu. (dah macam saya pulak yang nak kawin nya..)

di Hari kejadian:
Tempat yang kami cari, tidak lah sesusah mana, sesat sikit je. Kami sampai agak awal, bakal pengantin pon ngam-ngam baru je lepas bersiap dan bersolek. Nampak je kitorang sampai, berlari-lari anak dia mendapatkan kami. Owhh lama nya tak jumpa. Dia dah makin comel pulak.
Saya terpegun seketika. Baju akad nikah berwarna putih yang sangat simple, dengan solekan yang nipis dan simple. Cukup! Yang penting seri pengantin menampakkan dia cantik dalam persalinan serba putih akad nikahnya.

Kami masuk pula di dalam bilik khas bagi majlis akad nikah yang bakal berlangsung kurang sejam lagi. Hanya mini pelamin yang sangat-sangat simple berwarna putih & biru tersedia disitu. Memang sangat bersederhana. Tak perlu berlebih-lebihan, yang hadiri pon hanya saudara terdekat kedua-dua belah pihak.



ruangan berlangsungnya majlis akad nikah yang cukup simple dimple...

Alhamdulillah, akhirnya dengan sekali lafaz, dia sah menjadi isteri kepada seseorang yang kelihatan cukup simple dan pemalu. Biasalah dalam rumah tangga, kalau isteri dah banyak cakap, si suami kene banyak berdiam. Oppss..tak lah, kawan saya bukan banyak cakap sangat, die just happy go lucky je sepanjang masa..hehe.
Diorang berkawan sejak dibangku sekolah lagi, bermula dari darjah satu sehinggalah ke tingkatan lima. Tapi sejak bila cinta mereka mula berputik ataupun disebabkan pilihan keluarga, tidak dapat dipastikan. Yang penting itulah pilihan Allah yang terbaik buat mereka.

Selepas lafaz akad, dan ta’liq. Si suami tidak lupa untuk melakukan solat syukur terlebih dahulu. Owhh sejuk mata memandang, (eh laki orang tu!!) kemudian barulah upacara pembatalan air sembahyang, isteri sarung cincin kat suami. Kemudian…apa yang jadi???

Biasanya kita tengok si suami akan kucup dahi si isteri kan?? Tapi kali ini, si suami letakkan tangan kanannya sambil mulut terkumat kamit membaca doa. Alaaa yang macam Ustaz Don buat kat isteri dia tuuu. Cukup simple kan? Tak payah nak cium-cium depan semua orang untuk buktikan kasih sayang, yang penting perkara yang kita buat tu lebih mendapat keredhaan Allah.

kemudian, menganjak ke tengah hari pula, majlis makan beradap. Di dalam dewan yang tersegam indah, tiada pelamin mewah untuk persandingan seperti yang di’imagine’ sebelum ini. Hanya dewan dengan hiasan yang cukup simple. Dengan persalinan baju berwarna biru turquoise dan hitam, satu gandingan yang saya rasa cukup berani. Sebab jarang kita tengok orang kawin pakai warna hitam. Sepasang jubah yang cukup simple. Majlis yang juga simple dan penuh barakah. Tiada majlis persandingan bagai, cukup dengan kedua mempelai makan makanan pengantin dan kemudian upacara memotong kek.

Berakhirnya sebuah majlis yang cukup simple dan sederhana, namun penuh barakah. Tak perlu berhabisan, yang penting setiap perkara yang dilakukan itu mendapat keredhaan dari Allah.
Untungnya dia, bukan sahaja dilahirkan dalam keluarga memahami konsep islamik sebenar, tetapi kini mendapat pasangan yang sama fikrahnya. Selamat pengantin baru & selamat membina baitul muslim buat pasangan mempelai. Semoga pasangan Aisyah dan Hafiz berbahagia meniti alam rumah tangga yang baru dibina. Selamat bercinta hingga ke syurga. InsyaAllah bakal melahirkan zuriat yang soleh & solehah, sebagai khalifah ummah dimuka bumi Allah ini .

sama cantik, sama padan. yang paling penting sama fikrahnya..
alhamdulillah..

Mungkin entry saya kali ini, menimbulkan banyak spekulasi. Maka mohon maaf di atas kekilafan kata-kata yang mungkin mengguris hati. Namun, bukan tujuan saya untuk membandingkan dengan majlis perkahwinan kawan-kawan lain, saya cuma cukup kagum dengan majlis yang cukup sederhana ini. Saya pon kalau boleh nak majlis yang simple je, tapi saya tak pasti lagi, apa yang saya impikan itu, bakal terjadi atau pun tidak. Tiba-tiba jadi pembaziran ke dikemudian hari kelak? Saya sendiri pon tak tahu, tapi mintalah dijauhkan dari semua perkara yang tidak elok itu. 

p/s: selamat pengantin baru juga kepada pasangan 
Suhaylah (kawan baik kepada aisyah-pengantin kat atas tu) & Zahin (statistik ukm)
semoga kalian juga turut berbahagia hingga ke syurga yang abadi.
maaf tak dapat hadir majlis dipihak perempuan tempoh hari.

tahniah juga kepada kawan-kawan lain yang turut bakal meninggalkan zaman bujang ke alam rumah tangga,
mohon maaf sebab tidak dapat hadir di majlis persepsi kalian. hanya ucapan dan doa dari jauh yang mampu dipanjatkan
tidak lupa juga ucapan tahniah kepada kawan-kawan yang bergelar tunangan kepada seseorang..
<doakan juga jodoh owner blog cepat-cepat sampai..>

mode: saya pun rasa tak sabar nak kawen jugak!!!

"ya Allah, jadikanlah hambaMu ini menyintai orang yang beriman 
dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku"

wassalam...







Wednesday, 16 May 2012

Eh Dah Kawen???

Assalamualaikum….

Lama plak tak update blog ye dak??
Kesibukan dan kekangan hujung mggu juga tidak membenarkan sy menjenguk blog sejak dua menjak ni..
Daripada kesibukan mengemas umah yg baru diduduki sehinggalah penat tuk menyediakan segala barang-barang keperluan asas dalam umah…
Dengan persiapan-persiapan lain lagi..rase macam sibuk plak di bulan Mei ni..huhu

Sedar tak sedar dah masuk pertengahan bulan Mei dah..
Kalau bulan Mei tahun lepas, sibuk menjadi pelajar praktikal di Jabatan Pelajaran Kelantan..
Sibuk menguruskan lower 6 tuk tahun 2011, melayan karenah ibubapa serta pelajar yg bermacam-macam ragam..
Tp kdg2 diselitkan dgn gurauan dan usikan penyelia dan staf2 yg cukup peramah n happening dengan kehadiran kami di sana..
Rase macam baru sgt sume kenangan tu, tp rupanya dh setahun berlalu..
Sungguh pantas masa berlalu.. dulu masih berstatus pelajar tp kini sudah tidak lagi..

Hujung mggu lalu sy balik kg setelah hmpir 2 bulan tak balik..
Walaupun hanya balik hujung mggu,cukup la tuk melepaskn rindu pada ma, abah n adik2..
Cukup terharu adik yg duk asrama pon turut balik kg, semata-mata nk jumpa kakak yg sorang ni, walapon spatutnya xbleh balik mggu tu..xtau la denda apa yg die dpt dari pihak skolah tu..
Balik kg 3hari, memang ad rase macam tak cukup, tp itulah lumrah hidup klu dh terikat nga jadual kerja dan sebagainya..

Sy balik kg pon sebab nk g jawab exam PTD yg bleh dikatakan susah gak tu..
So alang-alang balik, ambik la AL sehari..manager on je nk cuti hari pape pon janji keje and target tuk bulan ni capai..huhu
So perjalanan sy balik kg bermula dari hari khamis mlm jumaat..

Dalam perjalannan pulang tu, kwn sy sejak sekolah rendah tiba-tiba msg…
Agak pelik di situ…bertanyakan sy balik kg ke minggu ni..

“salam.. balik kg tak minggu ni??”
“walakomsalam..a’ah memang balik kg mggu ni, mane tau ni?”
Berdebar-debar plak rase bila, tiba2 org yg dh lama kita tak contak bleh msg kita dan mengagak perkara yg benar2 akan berlaku..
“kalau balik, kg, nanti hari sabtu dtg umah ek?”
“eh tak bleh janji la..balik kg nip on coz ad exam ptd kt kb ari sabtu ni..exam dari pg sampai ptg lak tu..klu sempat leh la g..tp nape nk kene g umah tu?”
Satu perasaan yg agak aneh lagi disitu..tetiba suruh g umah die kn?? dh la sy ni jenis xsuke pegi jalan2 umah org..fuhh!!
“nk kawin la sabtu ni..dtg tau??”
“hah??? Biar betul?? Senyap2 je before ni…ayoiii, insyaAllah la, tp xjanji takut xsempat nk g”

Satu kejutan buat saya..tak sangka die bertemu jodoh paling awal antara kami yang lain2..
Rasa macam baru beberapa tahun lalu sy berada di skolah rendah, tak sedar rupanya dh 11 tahun meninggalkan zaman kanak-kanak di zaman skolah rendah..
Dah besar rupanya sy, sampai rakan sebaya pon dh ramai yg kawen, bakal berkawen malah yg dh ad anak pon ad…

Dulu kami biasenya selalu bersama.. sy, die, nida, wana..syikin, fadilah n ella time kadang-kadang..kira cam satu geng la time tak gaduh or salah faham tu..eh ada gaduh2 ke?? Ntah, ada kot, .biasa la sume budak-budak lg, berhingus n comot je sume..Gaduh-gaduh tu perkara biasa la dalam proses tumbesaran, ye dak??
Kami selalu kayuh basikal balik skolah sama-sama..
Kadang-kadang buat keje skolah sama-sama..meniru sama-sama (eh ada ke??), pegi menaji pon sama-sama..pastu pegi jalan-jalan umah kawan-kawan lain sama-sama, main sama-sama..yg paling tak boleh blah, pegi main sukaneka kt kampong orang, pastu bolot hadiah banyak-banyak..sampai org kt situ pon pelik dari mana la datang nya budak-budak ni?? Ish3, nakal ktorg ni time kecik-kecik dulu..

Dulu masa sy skolah menengah, sy  pernah terfikir sndirian..’dalam ramai-ramai antara kami-kami ni (kami berempat sahaja), rasenya izati la akn kawen dulu’  n ‘ sy jugak terfikir yg die akn kawen nga orang yg bukan sebaya nga die, maknanya maybe nga org yg lebih tua ckit la’ maaf tie, banyak plak fikir yg bukan-bukan pasal kawan sendiri..Astaghfirullah..maafkan hambaMu ini ya Allah…
Kenapa sy ada terfikir macam tu ek?? Erkk biarlah sy saje yg tau..
Tak sangka pula, rupanya apa yg sy pernah fikir dulu-dulu tu menjadi kenyataan kini..memang sangat kebetulan..dalam keadaan nk percaya atau tidak saya kene percaya yg hakikatnya die sudah pon berkawen..

Bukan sy tak nak percaya, sebelum ni pon ramai je kawan-kawan yg dh berumah tangga, tp rase terkejut bila antara kawan-kawan rapat yg berkahwin sedangkan sebelum ni xpernah dengar ura-ura pon..
So memang sangat tak sangka la..

Dalam usia yg bleh dikatakan agak muda, jodoh die dh smpai lebih awl dari yg lain,  masih belajar pulak tu..apa-apa pon,
Tahniah n selamat pengantin baru diucapkan kepada kedua-dua mempelai..Semoga perkahwinan dia dan pasangannya mendapat keberkatan daripada Allah..semoga berbahagia n bercinta sampai ke syurga...selamat melayari bahtera rumah tangga sebaiknya..semoga dapat mengharungi segala gelora yg bakal mendatang...insyaAllah
(gambar nga pengantin belum transfer lg, so nanti2 la ye..
ambik gambar nga pengantin bagi dpt berkat ckit, mane la tau lepas ni dpt jumpe calon sesuai..hehehe) 

Sorang dah pon selamat ke alam rumah tangga, yg lain-lain bakal menyusul la agaknya tu..agak-agak sape la plak lepas ni ye??

Betapa cepat masa berlalu, dari seorang budak comot, sekarang dah besar panjang dah sume.. dari bergelar seorang kanak-kanak riang ke alam remaja, then sekarang hampir bergelar dewasa and  masing-masing punyai kehidupan sendiri..rindu zaman kecik-kecik dulu..
Sungguh masa tidak menunggu sesiapa..pantas berlalu tanpa kita sedar kadang-kadangnya.. berutunglah pada yg dpt mengejarnya, dan rugi lah pada sesiapa yg mengsia-siakannya n tidak dapat mengejarnya kembali..


P/S: don’t waste the time to wait for that guy, because u already know who are u in his heart. try to give your heart to somebody else that can appreciate u more than him..
mode: istikharah, doa, n tawakkal


till we meet again..
wassalam..