greeting

"Bissmillahi Rahmani Rahim"

Saturday 5 January 2013

Aku Yang Berdosa


Lirik Lagu Aku Yang Berdosa – Shahir

Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu
Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu
Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku
Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku
Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu
 

lagu ini sangat mendalam maksudnya....
kadang-kadang kita selalu terlupa untuk bersyukur..
bersyukur di atas apa yang Allah anugerahkan pada kita..

1st:
nikmat iman dan islam yang merupakan nikmat paling besar dalam hidup kita..
 tapi kita selalu leka untuk menunaikan kewajipan kita pada yang Esa..
tidak mengikut dan mempraktikkan syariat-syariat yang Allah tetapkan sebagai seorang islam..
terlalu lalai dengan kebendaan dan kedunian yang mengasyikkan tanpa memikirkan bekalan buat kehidupan kita di akhirat kelak...
Astagfirullah...

2nd:
nikmat kesihatan..
bila sihat tidak bersyukur, 
bila dalam kesakitan baru ingat nak berdoa..
Allahuakhbar...

3rd:
nikmat kelapangan masa..
ada orang tidak cukup 24jam sehari,
ada orang lebih dari cukup dengan 24jam sehari..
ada orang cukup masa untuk melaksanakan tanggungjawabnya pada Allah..
solat fardhu, doa, zikir, solat sunat dan sebagainya..
ada orang banyak masanya digunakan dengan melakukan perkara-perkara lagha..
MashaAllah...

4th:
nikmat rezeki..
semua perkara yang beraku dalam hidup kita, anggap sahaja rezeki...
terutamanya wang/duit..
sejauh mana berkatnya duit yang kita ada..
ke mana duit itu disalurkan??
menjadi bekalan untuk kita kah nanti??
gaji besar tiada la gunanya, jika tiada barakahnya...



"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Ar-Rum: 36-37)


syukur syukur syukur
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

ya Allah jadikan lah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur..
jangan pernah merungut dan mengeluh dengan setiap ujian yang Engkau berikan padaku..
sentiasa ikhlas dalam melakukan setiap ibadahku dan pekerjaanku kepadaMu..
sentiasa redha dengan setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang lebih baik yang Engkau janjikan padaku..
aku yakin setiap cabaran yang aku tempuhi adalah ujian dariMu,
untuk menguji sejauh mana kehambaanku padaMu,
dan sejauh mana aku bersabar dalam setiap ujianMu itu..
supaya aku sentiasa dekat denganMu..
supaya aku tidak melupakanMu dalam setiap perkara yang aku lakukan..


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?[2]. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta,[3].   (surah A-Ankabut: 2-3)


mode:  berdosa sebab tak cukup bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan..
selalu mengeluh..
lets muhasabah diri..
alhamdulillah...

 wassalam...

No comments:

Post a Comment