greeting

"Bissmillahi Rahmani Rahim"

Sunday, 30 September 2012

Kawan Saya Dah Kawen!!


Assalamualaikum..

Allahmdulillah, ada kelapangan masa untuk update blog..Daripada duk bercerita sorang-sorang baik bercerita dalam blog..hehe
Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini, saya nak bercerita sedikit berkenaan sorang kawan saya dah kaweeeen!! (sila baca dengan excited)

Ohh memang kami semua excited sangat bila dengar dia akan menamatkan zaman bujangnya.. tak sangka dalam kami-kami ni, dia yang sampai jodoh dulu. Dalam mind saya duk ingatkan housemate saya yang paling awal akan kawen pada awal tahun depan, rupanya tak!! Ada yang lagi awal. Antara kami berlima, yang lain duk hangat bercinta, tapi yang lain yang kawen dulu, mana tak terkejut.. diam-diam je, tup tup kami semua dapat kad undangan. Siap undangan special lagi, undangan akad nikah.

Kebetulan tempat majlis pon dalam area KL jugak, so kami tak lah keberatan nak menghadirinya. Ada dua orang yang kerja hari sabtu pon, kami paksa diorang ambik cuti. Sebenarnya kami semua dah lama tak jumpa, boleh dikatakan dalam 4 tahun la. Sejak abis matrik dulu. Itu pon salah satu sebab excited semacam. Kalau saya sendiri pulak, ini majlis perkahwinan yang kedua yang saya hadiri di kalangan kawan-kawan.  Yang lain bukan tak nak pergi, tapi banyak kekangan yang menghalang untuk ke majlis perkahwinan mereka. Tambahan, ini pula antara kawan rapat saya, jadi kalau boleh tak nak ketinggalan untuk meraikan bersama detik-detik bahagia mereka..

Before jauh bercerita, inilah kitaorang.. gambar zaman 4 tahun lepas.. sume muda mudi lagi..hehe

saje kecikkan gambar. 1st time expose gambar sendiri dalam blog..
Dalam kami berlima ini, agak-agak yang mana satu akan kawen dulu? Dan yang mana satu pengantin baru yang saya tengah bercerita ni??

Okay sambung balik cerita!

Sebelum ke majlis dia, saya dengan kawan saya ni (merangkap housemate saya sekarang-yang sebelah saya dalam gambar), kami stalker FB dia. Disebabkan kami tak sabar nak tengok siapalah bakal husband die, so dengan harapan kami dapat tengok dulu melalui FB dia. Namun nyata usaha kami gagal. Sebab dia budak baik-baik, alim pulak tu, mana ada letak gambar lelaki dalam FB. Kami check FB bakal husband die pon, tak ada letak gambar. So terpaksalah kami bersabar sehingga hari perkahwinan mereka. Majlis akad nikah dan perkahwinan akan diadakan di K-Club, Taman Melawati. Dengar nama pon, macam happening dan mewah je majlis diorang ni. Itu yang buat kitorang tak sabar-sabar je nak attend majlis tu.. Tak dinafikan yang dia ni dari keluarga yang agak berada tetapi hidup dalam penuh kesederhanaan. So tak mustahil kalau majlis nak happening bagai, lagipon dia anak sulung. Tapi saya tak boleh imagine lagi majlis yang bakal berlangsung tu macam mana. So tunggu je la, sehingga hari yang dinanti itu. (dah macam saya pulak yang nak kawin nya..)

di Hari kejadian:
Tempat yang kami cari, tidak lah sesusah mana, sesat sikit je. Kami sampai agak awal, bakal pengantin pon ngam-ngam baru je lepas bersiap dan bersolek. Nampak je kitorang sampai, berlari-lari anak dia mendapatkan kami. Owhh lama nya tak jumpa. Dia dah makin comel pulak.
Saya terpegun seketika. Baju akad nikah berwarna putih yang sangat simple, dengan solekan yang nipis dan simple. Cukup! Yang penting seri pengantin menampakkan dia cantik dalam persalinan serba putih akad nikahnya.

Kami masuk pula di dalam bilik khas bagi majlis akad nikah yang bakal berlangsung kurang sejam lagi. Hanya mini pelamin yang sangat-sangat simple berwarna putih & biru tersedia disitu. Memang sangat bersederhana. Tak perlu berlebih-lebihan, yang hadiri pon hanya saudara terdekat kedua-dua belah pihak.



ruangan berlangsungnya majlis akad nikah yang cukup simple dimple...

Alhamdulillah, akhirnya dengan sekali lafaz, dia sah menjadi isteri kepada seseorang yang kelihatan cukup simple dan pemalu. Biasalah dalam rumah tangga, kalau isteri dah banyak cakap, si suami kene banyak berdiam. Oppss..tak lah, kawan saya bukan banyak cakap sangat, die just happy go lucky je sepanjang masa..hehe.
Diorang berkawan sejak dibangku sekolah lagi, bermula dari darjah satu sehinggalah ke tingkatan lima. Tapi sejak bila cinta mereka mula berputik ataupun disebabkan pilihan keluarga, tidak dapat dipastikan. Yang penting itulah pilihan Allah yang terbaik buat mereka.

Selepas lafaz akad, dan ta’liq. Si suami tidak lupa untuk melakukan solat syukur terlebih dahulu. Owhh sejuk mata memandang, (eh laki orang tu!!) kemudian barulah upacara pembatalan air sembahyang, isteri sarung cincin kat suami. Kemudian…apa yang jadi???

Biasanya kita tengok si suami akan kucup dahi si isteri kan?? Tapi kali ini, si suami letakkan tangan kanannya sambil mulut terkumat kamit membaca doa. Alaaa yang macam Ustaz Don buat kat isteri dia tuuu. Cukup simple kan? Tak payah nak cium-cium depan semua orang untuk buktikan kasih sayang, yang penting perkara yang kita buat tu lebih mendapat keredhaan Allah.

kemudian, menganjak ke tengah hari pula, majlis makan beradap. Di dalam dewan yang tersegam indah, tiada pelamin mewah untuk persandingan seperti yang di’imagine’ sebelum ini. Hanya dewan dengan hiasan yang cukup simple. Dengan persalinan baju berwarna biru turquoise dan hitam, satu gandingan yang saya rasa cukup berani. Sebab jarang kita tengok orang kawin pakai warna hitam. Sepasang jubah yang cukup simple. Majlis yang juga simple dan penuh barakah. Tiada majlis persandingan bagai, cukup dengan kedua mempelai makan makanan pengantin dan kemudian upacara memotong kek.

Berakhirnya sebuah majlis yang cukup simple dan sederhana, namun penuh barakah. Tak perlu berhabisan, yang penting setiap perkara yang dilakukan itu mendapat keredhaan dari Allah.
Untungnya dia, bukan sahaja dilahirkan dalam keluarga memahami konsep islamik sebenar, tetapi kini mendapat pasangan yang sama fikrahnya. Selamat pengantin baru & selamat membina baitul muslim buat pasangan mempelai. Semoga pasangan Aisyah dan Hafiz berbahagia meniti alam rumah tangga yang baru dibina. Selamat bercinta hingga ke syurga. InsyaAllah bakal melahirkan zuriat yang soleh & solehah, sebagai khalifah ummah dimuka bumi Allah ini .

sama cantik, sama padan. yang paling penting sama fikrahnya..
alhamdulillah..

Mungkin entry saya kali ini, menimbulkan banyak spekulasi. Maka mohon maaf di atas kekilafan kata-kata yang mungkin mengguris hati. Namun, bukan tujuan saya untuk membandingkan dengan majlis perkahwinan kawan-kawan lain, saya cuma cukup kagum dengan majlis yang cukup sederhana ini. Saya pon kalau boleh nak majlis yang simple je, tapi saya tak pasti lagi, apa yang saya impikan itu, bakal terjadi atau pun tidak. Tiba-tiba jadi pembaziran ke dikemudian hari kelak? Saya sendiri pon tak tahu, tapi mintalah dijauhkan dari semua perkara yang tidak elok itu. 

p/s: selamat pengantin baru juga kepada pasangan 
Suhaylah (kawan baik kepada aisyah-pengantin kat atas tu) & Zahin (statistik ukm)
semoga kalian juga turut berbahagia hingga ke syurga yang abadi.
maaf tak dapat hadir majlis dipihak perempuan tempoh hari.

tahniah juga kepada kawan-kawan lain yang turut bakal meninggalkan zaman bujang ke alam rumah tangga,
mohon maaf sebab tidak dapat hadir di majlis persepsi kalian. hanya ucapan dan doa dari jauh yang mampu dipanjatkan
tidak lupa juga ucapan tahniah kepada kawan-kawan yang bergelar tunangan kepada seseorang..
<doakan juga jodoh owner blog cepat-cepat sampai..>

mode: saya pun rasa tak sabar nak kawen jugak!!!

"ya Allah, jadikanlah hambaMu ini menyintai orang yang beriman 
dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku"

wassalam...







Saturday, 22 September 2012

Kerja Oh Kerja


BOS: Kalau awak join kerja dengan saya, nak tak?
STAFF: Ermm, berapa En nak offer saya?
BOS: Saya offer awak lebih seringgit daripada gaji yang awak dapat sekarang..hehe
STAFF: Alaa, seringgit aje yang lebihnya??
BOS: Erm.. OK, kalau saya nak offer awak RM4000, awak rase awak boleh ke buat semua kerja dengan memenuhi kehendak saya?
STAFF: Secara jujurnya, dengan pengalaman yang tak seberapa yang saya ada sekarang, memang saya tak dapat nak buat mengikut kehendak En. Tapi saya pun tak mintak gaji RM4000 buat masa sekarang ini. Saya Cuma minta gaji yang adil dengan qualification yang saya ada. Itu sahaja.
BOS: Ok, memang tidak dinafikan, qualification merupakan perkara yang penting dalam sesebuah bidang pekerjaan, tetapi awak jangan lupa pengalaman merupakan satu lagi aspek penting yang perlu dititikberatkan bagi menjamin mutu kerja yang lebih baik dan ia menunjukkan setakat mana kemampuan yang ada dalam diri seseorang mengendalikan setiap urusan pekerjaannya.
STAFF: Memang pengalaman saya sekarang tidaklah seberapa, tetapi kalau bos yang tak bagi saya peluang untuk membuktikan kemampuan yang saya ada, maka saya rasa tidak salah kalau saya ingin mencari peluang di tempat lain yang mungkin lebih baik dari ini, betul tak?
BOS: Ya, memang tak salah. Tetapi sayang sangat sebab awak dah berada sebelah kaki di sini, awak Cuma perlukan sedikit masa dan usaha untuk memastikan sebelah lagi kaki awak turut berada di sini bagi mendapat jawatan yang lebih baik daripada sekarang. So, awak kene tunjukkan yang awak boleh pergi lebih jauh daripada apa yang awak buat sekarang. Awak ada banyak peluang kat sini yang awak boleh gunakan tetapi awak perlu mencari jalan bagaimana hendak menonjolkan diri awak, supaya awak menjadi lebih maju kelak.
STAFF: Masalahnya, saya memang tak Nampak apa-apa jalan pon sekarang ni, bagaimana cara hendak pergi lebih jauh di sini??
BOS: Itu lah sebabnya, awak kene pandai mencari peluang dan jalan macam mana awak hendak berjaya di sini??
STAFF: Macam mana, saya hendak mencari jalannya, kalau bos saya berada di atas, saya pula berada di bawah. Bos saya tak pernah datang jenguk saya atau memantau kerja-kerja yang saya buat. Dia tak pernah nak ambik tahu apa masalah yang saya hadapi sepanjang saya buat kerja ni dan bayak lagi la.. So macam mana saya nak dapatkan promotion daripada bos saya kalau cara saya bekerja tidak diperhatikan dan tidak dinilai oleh bos saya sendiri??
BOS: Erm.. Itu, saya tidak boleh cakap apa-apa lah. Itu masalah datang dari bos awak la. Kalau awak di bawah seliaan saya, saya tahulah bagaimana cara awak buat kerja semua tu..
STAFF: erm itulah masalahnya En…
BOS: So dalam kes awak ni, awak kene terima qada’ dan qadqr Allah, bahawa rezeki awak hanya setakat ini sahaja.
STAFF: Yup! Saya sedar, saya terima, dan saya bersyukur dengan apa yang saya ada dan perolehi sekarang…

KESIMPULANNYA:
>Gaji yang kita perolehi, adalah sesuai dengan level kemampuan kita.
>Terimalah qada’ dan qadar Allah seikhlasnya, kerna pasti ini satu ujian buat hambaNya dalam meniti kehidupan yang lebih mencabar kelak.
>Jadikan semua masalah itu sebagai motivasi dan pendorong untuk kita menjadi lebih kuat dan lebih baik daripada kedudukan kita sekarang.


Assalamualaikum..

lama betul tak update blog, daripada sebelum raya sampai dah habis sebulan beraya,
banyak sangat perkara dah jadi, hujung minggu pulak ada sahaja perkara nak dilakukan..
kadang-kadang rase macam tak cukup je weekend yang ada 2 hari untuk berehat..

perbualan di atas, bukan sekadar rekaan semata-mata, tetapi realiti yang agak sinis untuk
diterima, namun sebagai umat Islam, kita perlu tanganinya dengan sebaik mungkin
supaya menjadi insan  yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan.
sekadar perkongsian, banyak lagi cabaran dan ujian yang perlu dilakukan di alam
pekerjaan yang sebenar. realiti bekerja, tidak seindah mimpi syoknya bila dah bekerja..

mood: ikhlaskan hati dalam setiap perkara yang dilakukan..

notakaki: Tahniah buat exroomate matrik KMNS 07-08 siti aisyah & pasangan yang
selamat diijab kabulkan pada hari ini. semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke
syurga. ada sesuatu yang menarik mengenai perkahwinan mereka yang ingin saya
kongsikan. nantikan pada entry yang akan datang.. (cehhh macam ada je orang nak baca,
huhhh)

till we meet again..

bye..