greeting

"Bissmillahi Rahmani Rahim"

Thursday 11 August 2011

Tazkirah Ramadhan..


Assalamualaikum

sedar tak sedar dh seminggu lebih kita berpuasa..jom sama2 kita hayati sedikit tazkirah sempena bulan Ramadhan ni...
Mungkin ada di kalangan kita yang tidak menyedari Ramadhan, juga tidak mengetahui bagaimanakah para ulama’ serta orang-orang soleh terdahulu menyambut bulan mulia ini. Semoga ianya menjadi panduan dan pembangkit semangat untuk beramal sebaik-baiknya.

Allah SWT telah menjadikan bulan Ramadhan sebagai satu bulan yang mulia berbanding bulan-bulan yang lain dengan beberapa kelebihan dan keistimewaan antaranya ialah:

·         Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada haruman kasturi di sisi Allah
·         Para malaikat memohon keampuanan untuk orang yang berpuasa sehingga dia berbuka
·         Syurga dihias setiap hari pada bulan Ramadhan
·         Syaitan-syaitan dibelenggu sepanjang bulan Ramadhan
·         Pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup
·         Terdapat pada bulan ini Lailatul Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang tidak mengambil peluang untuk membuat kebaikan dan beramal padaNya maka dia telah melepaskan semua peluang kebaikan
·         Orang-orang yang berpuasa akan mendapat keampunan pada malam terakhir daripada bulan Ramadhan
·         Pada setiap malan di bulan Ramadhan tersenarai disisi Allah nama-nama hambaNya yang bebas daripada api neraka


p/s: sama-sama kita usahakannya..



wassalam…

No comments:

Post a Comment