Assalamualaikum...
alhamdulillah kita baru sahaja menyambut hari keputeraan kekasih Allah swt,
Muhammad ya Rasulullah
bersamaan 12 Rabiul Awal 1434H...
selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda SAW..
alhamdulillah
hari ini hanya menghabiskan masa dirumah..
rasa macam lama sudah tak update blog, walaupun sebenarnye baru je dalam minggu lepas..
hehe..
hari ini tak ada sangat topic yang nak diceloteh kan,
cuma mungkin ada perkara yang selalu terfikir dibenak..
baru je beremosi berbalas komen di wall fb adik saya sebentar tadi..
bahangnya masih terasa dan berbekas dihati...
dengan satu komen boleh mengundang kontroversi dan menjadikan pembaca yang lainnya beremosi..
fuhh susah juga kalau kita tersalah komen..
mungkin isi yg kita cuba diketengahkan disalah tafsir oleh orang yang membacanya...
biasa la, kadang-kadang berkongsi melalui penulisan tak mungkin sampai mesejnya seperti berkongsi melalui pertuturan..
tapi kalau bercakap pon kadang-kadang tersalah cakap
so pentingnya akal untuk kita berfikir dahulu sebelum bertindak..
so kalau dah tersilap..
jangan segan nak mohon maaf..
tiada insan yang tak pernah buat silap samada dengan sesama insan mahupun dengan Allah..
kalau salah dengan manusia mohon la maaf,
kalau buat dosa dengan Allah, pohon lah keampunanNya..
pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya yang sentiasa sedar akan kesilapan itu...
huhu..
so belajar dari kesilapan..
yg baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan..
baru-baru ni saya berbual dengan bonda saya, katanya sepupu saya yang sebaya dengan saya dan paling kamceng dengan saya di zaman kecik-kecik dulu dah mula ingin melangkah setapak lagi dalam fasa kehidupannya..
alhamdulillah, semoga segalanya akan diberkati Allah..
tapi ada makna yang tersirat di dalam ayat bonda saya..
"dia tak pe, lelaki.. kalau dah ada duit, boleh la terus kawen... "
kemudian kami sama-sama menyepi..
saya faham makna tersirat bonda bahawa anak daranya ini masih belum boleh kawen..
mungkin sebab naluri seorang ibu lebih mengetahui, bila masanya seorang anak itu sudah betul-betul bersedia melangkah ke alam rumah tangga..
mungkin saya juga kurang arif apa sebenarnya rancana yang bonda sudah aturkan buat saya...
mungkinkah bonda saya masih belum bersedia menerima seorang menantu lelaki???
huhu just wait and see..
p/s: happy belated besday to my brother, mohd khairul anuar
hope all ur dreams will comes true..
till we meet again...
wassalam...
No comments:
Post a Comment