greeting

"Bissmillahi Rahmani Rahim"

Saturday, 9 June 2012

kenapa?mengapa?bagaimana?siapa?dimana?

assalamualaikum...

menghadapi minggu yang agak memenatkan...
letih, sedih, resah, syukur, semua perasaan pon ada..
entry kali ini, nak meluahkan perasaan...
perasaan yang sebenarnya dah lama terpendam, tetapi baru terasa nak meluahkan memandang sedang mengalami isu hampir sama seperti sebelum ini...
kalau rasa taknak baca sampai abis, tak payah baca..
sebab ini hanya luahan hati kecil yang biasa-biasa saja..

kadang-kadang terfikir, susah sebenarnya jadi orang baik ni..
eh silap, orang baik mane mengaku die baik kan??
so kita tukar la kepada 'orang jahat' ye..
so saya ni 'budak jahat', OK!!
saya tak cakap saya baik, saya cakap saya 'jahat'....hehe

tak tahu sejak bila mulanya, saya seolah-olah telah dilahirkan tidak suka membantah..
apa-apa sahaja yang orang sekeliling saya buat, pasti saya ikut...
tak kira la dengan kawan-kawan ke, dengan adik beradik or dengan sapa-sape je..

kalau sape-sape tanya saya, mesti saya cakap..
"aku ikut je!"
"ntah, ak ikot ko je la"
"erm boleh la"
kalau orang ajak pegi mane-mane pulak, mesti saya cakap..
"mana-mana je pon boleh"
kalau diorang ajak teman diorang..
"erm.. boleh la.."
senang kan??
tak payah nak fikir...

YES!!!!!!!!!! THAT'S ME....

saya  bukan tak ada jawapan yang lebih baik dari itu,
tapi saya rasa rendah diri sangat-sangat bila berada dikalangan orang sekeliling saya..
so saya rasa lebih baik saya menurut perintah dari membantah..
apatah lagi, rasa ilmu dan pengetahuan saya tidaklah seberapa, takut jika bersuara bakal ditolak jugak nanti..
so saya mengambil langkah 'play save' dengan memberi jawapan-jawapan sebegitu..

disebabkan attitude saya yang macam tu, orang pon dah tak kisah pasal saya..
sebab kalau diorang tanye pon, diorang dah tahu apa jawapan saya..
so better tak payah tanye, buat abis air liur je.. betol tak???

tahukah anda, dikala saya berkata sebegitu, saya juga seolah-olah memakan hati saya sendiri..
dengan mengikut sahaja apa yang tidak memberi kegembiraan untuk diri kita sendiri..
kadang-kadang terasa ada orang mengambil kesempatan di atas 'kejahatan' kita tu...
tapi alhamdulillah, Allah tu Maha Adil, diberi saya rasa kesabaran yang agak tinggi menempuhi orang-orang disekeliling saya..
biasanya, apa je diorang buat.. saya sabar je..
kalau tak dapat nak sabar pon, nanti dah sampai bilik, berleter sorang-sorang dalam bilik..
bukan ada orang nampak pon, kalau ada orang nampak ye la, diorang akan cakap saya gila..
tapi setakat ni OK lagi la, tak ada yang cakap macam tu..

tapi percaya la wahai kawan-kawan sekalian,
bila saya memberi jawapan sebegitu.. (mulut cakap lain, dalam hati cakap lain),
sehingga akhirnya saya menurut sahaja tanpa bantahan..
buat pertama kalinya saya akan rasa macam tak suka..
tapi siapa sangka tidak lama lepas itu,
saya dapat rasa yang itu adalah pilihan yang terbaik..(mulut cakap sama macam dalam hati cakap)
tiba-tiba je boleh tukar jadi suka dengan pilihan yang orang lain buat tu..
even teruk sangat sekali pon saya boleh suka je..itu maknanya saya tak berkira dengan diorang ni..
tak berkira sangat dengan apa pilihan yang diorang buat before ni.

keadaan macam ini, telah membawa saya bertingkah laku yang sama sehingga saat ini..
beberapa hari lepas saya telah membuat pilihan yang tidak tepat sekali lagi dengan hanya mengikut sahaja pilihan yang dibuat oleh orang lain tanpa sedikit bantahan pon...
sedangkan saya sedar pilihan yang dibuatnya, bukanlah pilihan yang tepat..
tetapi sungguh saya seperti hilang kekuatan untuk mengatakan yang pilihan itu sama sekali tidak tepat..
saya seolah-olah redha dengan membiarkan orang lain menentukan 'konon'nya itulah yang terbaik, sedangkan saya sedar pilihan yang lain sepatutnya lebih tepat...

dengan pilihan yang boleh dikatakan 'paksa rela jadi ikhlas' tu, saya telah mendapat teguran yang berunsurkan leteran panjang oleh kakak saya..
teguran yang sangat pedih dihati, tetapi terkesan dek minda..

"kenapa lah boleh jadi 'lurus bendul' macam sudip tu" ayat ni saya tak kisah sangat pon, sebab dah biasa dalam family digelar macam ni..

"kata budak math, benda macam tu pon tak boleh nak fikir mana lagi better??" ermm ayat ni ada bunyi macam kasar sikit la.. sentap kot!!

tak cukup dengan itu,  dapat pula leteran panjang oleh bonda tersayang...
walaupon bonda tak marah saya sangat, malah ada back-up saya lagi..
tapi bonda saya marah kakak saya..
itu yang buat saya sedih tu..kesian dia, bukan salah dia pon.. dia tak patut dipersalahkan, sebab dia tak tahu menahu langsung.. malah kakak saya dah cuba bagi pandangan before ni..
'saya salah! memang saya mengaku saya salah! salah sebab tak buat pilihan dengan tepat!
salah sebab biarkan je orang lain yang buat pilihan tu tanpa bantahan sedangkan saya ada hak untuk membantah dan ada hak untuk bersuarakan pendapat saya sendiri..'
bila dah libat pasal family mula la touching, emosional bagai sampai mata merah bengkak dan hidung berair tak nak berhenti....

lantas membuatkan saya berfikir panjang yang perkara sebegini tidak boleh dibiarkan terus berlaku berterusan.. tak salah untuk jadi 'orang jahat' dengan mendengar pendapat orang lain, tapi perlu berani untuk melontarkan pandangan kita sendiri.. lebih baik berbincang cara berhikmah sebelum membuat keputusan, atau membiarkan sahaja orang lain membuat keputusan untuk diri kita sendiri,  apatah lagi sekiranya keputusan yang diambil tu boleh melibatkan serta menjejaskan banyak pihak..

jadi dengan itu, saya sudah belajar dengan kesilapan saya sendiri...
kesilapan dalam menentukan pilihan yang lebih tepat...
kesilapan dalam mematangkan diri menempuhi alam kehidupan..

so lepas ini saya bukan lagi semudah jawapan...

"aku ikut je!"
"ntah, aku ikot ko je la"
"erm boleh la"

tetapi sekiranya saya masih memberikan jawapan sebegitu..
sesiapa sahaja boleh 'marah' saya sebab saya memberi jawapan 'play save' tu lagi..

Alhamdulillah..
siapa sangka keputusan yang dibuat tu sesungguhnya tidak dapat menandingi keputusan yang Allah tentukan.. syukur alhamdulillah, keputusan yang dibuat itu telah mendapat jalan penyelesaian yang lebih baik.. sungguh saya belajar dari kesilapan itu.. dan sungguh Allah itu Maha Bijaksana dalam menentukan segalanya..

hanya celoteh dan luahan kecil-kecilan yang terkesan di hati...

p/s: sedih dan menangis itu perlu, sebab sewaktu kita gembira, kadang-kadang kita leka dan alpha untuk mengingati yang Maha Berkuasa.. oleh itu, Dia datangkan kesedihan supaya kita tidak lupa untuk mengingatiNya..sentiasa dekat denganNya..syukur, Alhamdulillah kerana Allah masih sayangkan kita..
Alhamdulillah...

notasebelahkaki: maaf,  saya tidak bermaksud untuk menyalahkan mana-mana pihak lain yang terlibat mahupun individu-individu lain yang terlibat.. malah saya menganggapnya adalah satu kecuaian saya dalam membuat pilihan yang lebih tepat.. sorry kepada yang terasa...
jom kita berubah untuk sama-sama mendengar pendapat antara satu sama lain...
supaya pilihan yang optimum dapat dicapai serta dapat memenuhi hati semua pihak..


wassalam..






2 comments:

  1. sabar ye.. insyaAllah dalam alam pekerjaan ni akan mengajar lebih banyak erti kehidupan. menjadikan kita lebih matang dan berani untuk membuat keputusan..

    ReplyDelete