greeting

"Bissmillahi Rahmani Rahim"

Thursday, 15 August 2013

Salam Syawal

Assalamualaikum...

Ramadhan baru melabuhkan tirainya, Syawal dirai penuh kesyukuran..
semoga amalan-amalan di bulan Ramadhan diterima yang Esa dan dapat diteruskan lagi dibulan-bulan yang mendatang..

seperti yang tidak disangka dan seperti yang dijangka juga,
kami beraya berenam beradik sahaja tahun ini,
sebab my sis masih berada di wad di bawah pengawasan pihak hospital..
sarah, sekarang dah berada di kampung dan akan terus di sana bersama tok ma, tok abah dan cik su sehingga ummi nya selamat bersalin.. insyaAllah,
kesian sarah, beraya tanpa ibu dan ayah disisi pada tahun ketiga menyambut Hari Raya Aidilfitri sepanjang umurnya.
setiap hari hanya mampu mendengar suara ummi and papa melalui corong telefon sahaja, dan hampir setiap hari dia akan cakap kat ummi dia..
'sarah rindu ummi sangat, bila ummi nak datang ambik sarah rumah tok ma?'
kami sekeluarga sebak mendengarnya..
tapi kami harus kuat seperti mana kuatnya sarah mengharungi hidup tanpa ummi disisi sekarang ni..
semoga keadaan ini akan kembali seperti sedia kala sedikit masa lagi..
sekiranya keadaan masih sama, ummi sarah akan dipaksa bersalin dengan kaedah ceaser, kami mendoakan ummi sarah selamat melahirkan bayi tidak lama lagi.. insyaAllah..
semoga kita berkesempatan bertemu dengan Ramadhan dan meraikan Syawal pada tahun yang akan datang.

seperti kebiasaannya juga, saya lebih banyak berada di rumah daripada beraya dirumah rakan atau saudara..
memandangkan cuti hari raya juga agak terhad, maka tidak berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan sekampung...
selamat hari raya, maaf zahir batin dari saya buat kalian..

sepertimana setiap di antara kita diuji selaras dengan kemampuan kita,
ujian bagi saudara kita di Mesir, jauh lebih besar dan dasyat..
di dalam kita bergembira menyambut kedatangan Syawal dan rumah terbuka, mereka bersiap sedia menunggu panggilan 'syuhada' di bumi anbia itu..
jadi luangkan sedikit masa yang kita ada untuk mendoakan mereka serta untuk melahirkan rasa kesyukuran kerana bumi Malaysia kita masih lagi aman,
even kes tembak menembak sekarang berleluasa hampir setiap hari..
lets pray for eigypt,
hanya pertolongan Allah yang kita harapkan untuk selamatkan mereka,
kerana kita tidak mampu untuk menolong apa-apa,
cuma doa buat mereka dari jauh dan Al-fatihah buat yang sudah Syahid..


salam syawal, salam hari raya, salam kemaafan, salam kesyukuran, salam keinsafan

wassalam..