greeting

"Bissmillahi Rahmani Rahim"

Friday, 26 September 2014

Langkah Bermula

Assalamualaikum..

Berakhirnya cerita bersama projek teknikal Streamyx, bukan bererti berakhir segalanya. Selepas lebih kurang seminggu 'jobless', sy dipanggil semula oleh VADS Berhad untuk satu projek lain yang baru. Tetapi ianya perlu bermula dari awal semula. Interview, second interview, and assessment. Belum lagi sampai umah balik dari interview, dah dapat panggilan yang 'i got it', esoknya pergi induction dengan HR and 2nd of April 2012, pengalaman saya bermula sekali lagi.

Sekarang bermula la dengan projek Samsung. Sape tak kenal? Sape yang tak kenal memang super dupper ketinggalan zaman la. Honestly i'm proud to be one of the person that entering Samsung Malaysia Electronic.
The collaboration between VADS & Samsung such a new project in my company. The trial project is only 3 months and its depend on my ability to make this project successful. After one week of training and i'm meet with one great person. Manager of Samsung Solution Center. Her name is Nicole. Whats a great about her is, she known everything about Samsung and Call Centre. Actually she's my mentor that always motivate me.

From zero i'm learn independently, any issues i have to find the solution by myself. After two months at Plaza Samsung, my company is calling me back to Plaza Vads. Because i'm the only agent for Samung project here, I'm attached with shared service project. Again i'm grateful to know Mr Shahzan and Mr Zahari that really makes my day. They gives me motivation and always support me eventhrough i'm not their staff. I only met my boss once a month. So pity!

The trial period goes well and Samung agreed to extend the project for another one year. Sounds great!! Of course its because of me! Tapi yang sedihnya gaji tak naik pon. Memandang saya masih lagi tidak punyai pilihan yang lain, saya teruskan jua. Tapi jujurnya kadang-kadang duit bukanlah semata, saya pun tak pasti kenapa saya tak berusaha untuk mencari yang lain. Di dalam perjuangan ini, pasti ada tikanya berada di bawah, sedih dan duka. Paling rasa 'down' bila kena maki dengan customer. Bukan salah kita, tapi kita yang kena. Tapi itulah hakikatnya kerja kat bidang ini. Bagi yang pernah merasa sahaja yang akan faham. Bila rasa down dengan customer, automatik rase kerja kat sini macam tak wujud sebab mane peranan sebagai seorang boss terhadap anak buahnya. Kalau nak jumpe pon susah, inikan pula nak ambil tahu tentang kebajikan staff. Dikala nak resign serta merta tu, Alhamdulillah ada kakak yang selalu menyokong dan memberi nasihat serta dorongan. Kata-kata yang paling saya ingat, 'Sabar dulu, tu Allah nak uji sikit je. InsyaAllah besar hikmahnya nanti.'

Saya akur dan perasaan 'down' tu sebenarnya mengajar kita menjadi lebih matang dan berusaha dengan lebih baik di masa hadapan. Seperti ubat, hakikatnya susah untuk ditelan tetapi memulihkan. Sedar tak sedar setahun berlalu. Projek ni masih bertahan walaupun tidak berkembang dan tak ramai yang tahu ada projek ni di company ni. 

To be continue....

Wassalam








Saturday, 6 September 2014

Permulaan Yang Mencabar

Assalamualaikum..


Entah untuk ke berapa kali, keluhan demi keluhan didengari. Sekarang kusedar, sukarnya mencari rezeki demi sesuap nasi. Terbayang wajah abah dan ma di kampung, membanting tulang demi menampung keperluan keluarga. MasyaAllah.. Semestinya dugaan mereka jauh lebih berat. Walaupun dugaan dan cabarannya nampak berbeza, namun itulah lumrah kehidupan, setiap pekerjaan pasti ada cabarannya.

Bercerita tentang pekerjaan, semestinya ramai mendambakan menjadi seorang yang berjawatan tinggi dan bergaji besar. Apatah lagi jika pelajar lulusan ijazah, gaji pokoknya sahaja sudah mencecah RM2200 ke atas. Namun pengalaman saya cukup berbeza. Mungkin memang sudah tercatat rezeki saya begitu.

Saya bukanlah dari keluarga yang berada, selepas tamant pengajian matlamat utama saya adalah mencari pekerjaan. Saya perlu mencari duit sendiri daripada terus mengharapkan duit hasil dari ibu bapa. Ternyata mencari pekerjaan di pada waktu itu bukanlah sesenang yang diimpikan. Terkadang kecewa sendiri, mencari di manakah silapnya. Resume kah? Temudugakah? Keputusan yang tidak memberansangkan kah? Atau mungkin juga jurusan yang saya ambil ini kurang peluang pekerjaannya? Terkadang ianya seakan buntu memikirkan selepas graduasi masih menjadi penganggur terhormat. 

Lebih kurang 2 bulan tanam anggur di kampung, saya menerima satu panggilan telefon yang menawarkan untuk mengikuti program 'My Career My Future'. Program ini menjanjikan setiap pesertanya akan mendapat pekerjaan yang diidami setelah tamat program nanti. Pada mulanya saya agak kurang yakin, tetapi mendapat sokongan ahli kelurga memandangkan saya tidak bermajikan pada masa itu. Maka saya bersetuju mengikuti program tersebut selama sebulan setengah.

Sejurus tamat program 'My Career My Future', satu karnival kerjaya khas buat peserta program diadakan. namu sungguh saya hampa kerana janji pekerjaan 'idaman' itu sekadar janji semata. Namu saya akur, menjalani temuduga seperti biasa walaupun bukan dengan kerelaan hati. Mana tidaknya, peluang kerja agak banyak tetapi di bidang 'call center' sahaja.
Saya bernasib baik, dalam banyak-banyak yang saya hadiri temuduga tersebut, akhirnya sebuah syarikat menawarkan pekerjaan kepada saya. Ada dua kesimpulannya yang dapat dibuat di sini, yang pertama saya bukanlah seorang yang layak untuk berada dibidang ini dan yang keduanya inilah rezeki saya. Memandangkan saya tidak mempunyai banyak pilihan, maka saya menerima tawaran ini dengan berat hati dengan alasan: Yang pertama ini bukanlah pekerjaan yang saya minati. Yang kedua, gaji yang ditawarkan bukanlah gaji sepatutnya buat seorang kelulusan ijazah. Yang Ketiga, saya bakal berdepan dengan masalah kenderaan sedangkan waktu kerja adalah 'shift'.  Yang keempat, saya tidak mahir berbahasa Inggeris dengan baik. Walau berat hati, namun saya akur demi mencari rezeki. Saya yakin Allah pasti telah merencanakan sesuatu yang lebih baik buat masa depan saya.

sumber: google

Saya mula mengikuti 'Training' di VADS Berhad pada hujung Januari 2012 sebagai seorang 'agent call center' atau dalam bahasa kampung sebagai 'operator telefon'. Sungguh saya sebenarnya malu dengan pekerjaan ini dikala rakan-rakan lain, sudah punyai jawatan yang setimpal. Namun saya redha, mungkin Allah ingin menguji saya, permulaan saya sedikit susah berbanding orang lain. 
Training selama hampir 2 bulan, nampaknya bukan semudah yang di sangka kerana saya sebenarnya gagal dalam 'On Job Assessment' yang dijalankan. Kontrak saya diberhentikan serta merta. Maka berakhirlah saya bersama projek TM Streamyx di VADS Berhad ini. Usaha saya semakin pudar, dan hampir berputusa asa. Adakah disebabkan saya tidak ikhlas dengan pekerjaan yang ditawarkan ini, dan disebab itu saya gagal? Astaghfirullah, saya kembali kepadaNya memohon petunjuk. Janganlah Engkau menutup pintu rezekiku secepat ini, sedangkan aku tidak mempunyai punca rezeki yang lain...

Kisah seterusnya dientry yang akan datang...

Friday, 29 August 2014

To Be Continue

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. masih dapat bersua kembali.

dah lama tak active blogging. blog walking pon dah lama tak buat.
usahkan nak baca blog orang, nak baca artikel pon tak berkesempatan.

rasanya sekarang keadaan dah mula stable, so boleh mula berjinak ke blog semula.
mungkin entry selepas ni banyak berkisar pasal kerja sahaja.
ingat nak tutup je akaun ni, and create new account tapi, bila fikir balik.. tak pe, teruskan je la.
kalau tak ramai follower pon tak pe, sebab saje suka-suka nak berkongsi apa yang dirase saje dalam blog ni. hehe

my working environment was 360' changed since 26 November 2013 till now.
seolah-olah sedang menguruskan sebuah negara yang baru terbentuk. 
tiada sistem organisasi yang teratur, sebagai seorang pekerja yang kurabg berpengalaman sememangnya menjadi satu kesukaran dan memerlukan masa untuk bertahan dan menjadi stabil.
sehingga kini walaupun masih kurang stabil, tetapi berjaya berada di satu target tertentu.
Alhamdulillah.
dan sejujurnya saya berbangga kerana masih bertahan sehingga kini walau boleh dikatakan setiap bulan menghadapi tekanan demi tekanan dan sudah berapa banyak liter air mata dan keringat tumpah untuk projek ini.

sekarang saya sedar, menjadi seorang leader atau ketua bukanlah suatu yang senang.
"the beginning is always the hardest"

more sharing later
till we met again.
wassalam

Wednesday, 23 April 2014

COME BACK

Assalamualaikum..

wah........... 
lama tak menjenguk blog, lama jugak tidak blog walking.

kekangan masa dan tugas yang sudah berubah membuatkan dari saya extra sibuk berbanding sebelum ni..

huhu..
will update soon..

wasalam...